BEN ASHAARI

Friday, October 23, 2015

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH...

rsz_bpbu
Assalammualaikum, salam Jumaat. Sujud syukur atas limpah kurnia dan ehsan Allah swt, Ayah, Bonda dan Kekanda che mat selamat menunaikan fardu haji dan telah selamat kembali ke tanah air semalam (terima kasih pada semua yang mendoakan mereka). Che mat semalam ada projek masak2 sikit, untuk menyambut kepulangan mereka. Menu2 biasa saja sebenarnya, ada rendang ayam, pulut kuning, sambal tempoyak daun kayu, kari kambing dan sebagai penutup acara sempat juga bikin bubur putih - bubur merah. Ini lambang tradisi masyarakat melayu kita, terutama mereka yang berketurunan jawa, sebagai tanda kesyukuran dan kesempurnaan sesebuah majlis. Bukan satu kewajipan cuma 'tanda' saja. Arwah nenek che mat pun memang tak putus dengan bubur putih bubur merah ini terutama bila ada peristiwa2 penting, contohnya macam bayi tanggal tali pusat dan sebagainya. Kadang2 kita lihat tradisi ini semakin dilupakan. Resipi agak mudah dan mungkin anda ada resipi tersendiri. Jika ingin mencuba, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pulut susu, cuci dan rendam sekejap (anggara 30 minit)
3 cawan air
1 cawan pati santan
1 helai daun pandan
4 - 5 camca besar hirisan gula melaka*
1 - 2 camca besar gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
Garam secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam periuk bersama2 air dan daun pandan, Masak dengan api kecil hingga pulut kembang. Kacau sekali sekala. Kemudian tuang pati santan dan kacau rata dan biarkan mendidih sekejap.
  2. Cedok keluar kurang lebih 3/4 cawan dan masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati (hingga terasa lemak2 masin). Bakinya masukkkan air gula melaka, kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih, kalau kurang manis, anda boleh tambah sedikit gula lagi. Tambah air jika terlalu pekat. Matikan api.
  3. Cedok secukupnya bubur merah ke dalam mangkuk sesuai, kemudian sudukan sedikit (atau secukupnya) bubur putih atas bubur merah. Hidangkan segera....Selamat mencuba!!.


2 comments:

Rizziela said...

sedapnya... dpt merasa kalau mertua buat aja

LM said...

Alhamdulillah mereka dh selamat smpi. Haah che mat kami pun sama klu ada berita gembira atau tanda rasa bersyukur mmg buat pulut kuning dan bubur merah bubur putih. Kalau birthday kami dulu takda bubur ni rasa cam pelik pula. Kek bagai tu tak wajib pun sebab susah masa tu.. Yg ada beras.. Kelapa carik je sekitar rumah masa tu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.