BEN ASHAARI

Thursday, July 23, 2015

KARI SARDINE DAN LEMPENG KUCAI DI TUJUH SYAWAL

rsz_sardine_curry

Assalammualaikum, salam semua. Dari pagi sampai malam ni che mat baru dapat nak bukak laptop. Rasa penat juga nak tulis entri, tapi risau kalau diikutkan mood 'raya' yang masih rancak di pondok che mat (dengan kunjungan tetamu dan yang bakal menyusul untuk beberapa hari lagi). Hari ni che mat masak kari sardine. Seperti biasa, sardine pilihan che mat dah tentu sardine cap ayam. Kadang2 che mat guna juga sardine jenama lain dan jenama Pertima, menjadi pilihan selepas cap Ayam. Kari sardine satu hidangan yang cukup menarik, menu orang bujang, menu anak2 dan paling utama menu yang versatile. Boleh dimakan bersama nasi, cicah roti, lempeng pekak dan sebagainya. Tapi kali ni che mat tak bikin lempeng pekak, kita ubah jadi kan lempeng kucai...errr...macam mana tu?...

rsz_sardine_curry1
Lempeng kucai sama saja adunan dia dengan lempeng pekak, cuma anda tambah sedikit santan dan hirisan daun kucai. Che mat bikin sikit saja dalam 1 cawan tepung, dan jika anda nak lempeng yang comel, guna non stick pan saiz 8 inci. Bulan2 syawal ni kita asyik diasak dengan makanan yang bertemkan hari raya saja, jadi ubah selera dengan kari sardine bersama lempeng kucai. Che mat tambah sedikit santan dalam kari sardine. Jika anda tak suka, boleh abaikan santan, atau gantikan dengan susu cair...Che mat tuliskan resipi kari sardine dan lempeng kucai di bawah ini, jangan malu2 untuk mencuba ok!..

KARI SARDINE....

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 tin sardine cap AYAM (che mat guna 1 tin besar sardine cap ayam jenis leper)
2 - 3 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap 1, rendam
2 camca besar penuh rempah kari ikan (Baba's)*
1/2 cawan air*(*dibancuh dan kacau rata hingga menjadi pes)
1/3 cawan santan
2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 kiub pati ikan bilis

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah kecil, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh jintan kasar
1/4 camca teh biji halba
1/2 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dari sosnya. Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan kentang (toskan), gaul rata dan tuang sos dari ikan sardine tadi. Tuangkan air, kacau dan masak hingga kentang empuk, tambah air jika perlu. Masukkan asam gelugor, ikan sardine dan kacau perlahan.
  3. Masukkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil untuk 1 - 2 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..,Hidangkan bersama lempeng kucai....

LEMPENG KUCAI ....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur saiz kecil (gred C )
3 camca besar santan
1 1/4 cawan air
2 pokok kucai, hiris halus
Garam secukup rasa (anggaran 1/3 sudu teh)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali kucai. Kacau rata dan tapis, kemudian masukkan hirisan kucai, kacau rata dan rehatkan adunan selama 10 minit. Boleh juga kalau nak bancuh guna blender atau alat pengisar makanan. Tapi kucai jangan dimasukkan sekali, taruk kucai bila adunan sudah tidak berbintil2, licin dan.
  2. Sediakan non stick pan saiz 8 inci (atau saiz pilihan anda), lenser dengan sedikit minyak masak, kemudian tuang bancuhan lempeng kurang lebih 1/4 cawan dan boleh ratakan. Masak hingga permukaan lempeng pucat.Titiskan sedikit minyak pada permukaan lempeng kemudian terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga keemasan. Angkat dan boleh hidangkan bersama kari sardine...Selamat mencuba!!


5 comments:

Azlinda Azman said...

Sedapnya...air tangan org Johor ;)

Azlinda Azman said...

Sedapnya..air tangan org Johor ;)

www.azlindaalin.com

Azlinda Azman said...

Sedapnya..air tangan org Johor ;)

www.azlindaalin.com

idamarinaazman said...

wah. sedapnye. first time tengok lempeng dengan kuchai. menarik. lepas ni boleh try lah guna sardine jenama Pertima. selalu pakai Botan/Marina je. sebab ayam brand mahal. hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam, Che Mat..

Kak Sari tak pernah guna (dan macam tak pernah jumpa Sardin Pertima tu). Kita pun mmg selalu guna cap ayam, kadang King.. sebab tu jer yg selalu elok isinya. Kdg2 ada sardinnya hancur.. yg paling tak tahan hanyir.. ayam brand terbaiklah pd akk.. cuma rega dia makin mengancam.. potong leher.. huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.