BEN ASHAARI

Wednesday, July 29, 2015

BLOG TIFFINBIRU 2007 - HINGGA KINI...

(Gambar kredit pada Dr Faiz Blog)

Assalammualaikum, salam Rabu 29 July 2015 bersamaan 13 Syawal 1436 Hijrah. Hari ni blog che mat menyambut ulang tahun yang ke 8 tahun. alhamdulillah. Bila che mat menulis blog bergenrekan masakan, tidak terfikir ia akan bertahan sehingga kini. Dari usia che mat muda sedikit hingga menghampiri ke ranum, blog ini masih ada dan masih diterima oleh mereka2 di luar sana. Che mat bukan lah hendak pergi jauh sangat bila menulis blog masakan, sekadar menulis dan berkongsi sedikit ilmu. Segala di atas dunia ini pinjaman semata2, jadi benda yang elok dan mendatangkan faedah kalau kita simpan semata2 untuk diri sendiri pun tak berguna..

Dengan rendah diri che mat ucapkan terima kasih pada anda semua, yang sentiasa memberi sokongan moral dan tak jemu2 singgah dan menambah bilangan pageviews di blog tiffnbiru. Terima kasih juga pada teman2 FB, Twitter dan Instagram. Pada geng2 blog masakan yang che mat kenal sejak zaman MyResipi hingga sekarang, terima kasih atas segala perkongsian ilmu dari anda semua. Tak lupa geng wassap group masakan, Kak Ummi Kuantan, Mamafami, Kak Jun dan Kak Maz..terima kasih atas segala nasihat. Pada teman2 dari #kelabbloggerbenashaari, terima kasih atas sokongan anda. Sis Linn dan Sue Suraya, terima kasih menjadi sahabat che mat, dan tak lupa Ben Ashaari, blog tiffinbiru dan blog benashaari berpisah tiada....in sha Allah..

KERIS PUSAKA HIASAN JATA,
BERHULU EMAS BILAH SUASA,
ILMU BUKAN HAK MILIK KITA,
HANYA PINJAMAN DARI YANG ESA

BUAH CEREMAI DALAM RAGA,
BIKIN JERUK SEDAP RASA,
BUKAN NIAT MERASA BANGGA,
CUMA SEKADAR BLOGGER BIASA.

RUMAH GADANG ATAP RUMBIA,
MILIK PADUKA ORANG KAYA,
MOGA ALLAH LANJUTKAN USIA,
BERKONGSI ILMU SELAGI DAYA..


5 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Tahniah Che Mat...
Blog yang memberi inspirasi pada akak dari dulu hingga kini... walaupun xmampu serajin Che Mat.. tapi sekurang2nya.. dpt menambah ilmu setiap kali berkunjung ke blog istimewa ini.. teruskan menulis che Mat..

Lyssa Faizureen said...

weee ..... Happy Berblogging lagi ..
Semoga kekallah berblog sampai bila2 ...
Semua orang akan support Mat Gebuu Tiffin Biruu ^^

Salina Johari said...

Salam Hari Kelahiran Blog PCM...Salam Aidilfitri..

notie said...

wah Tahniah hepy aniversary Tiffin biru. Semuga semakin berjaya. Ilmu yang baik yang di war-warkan dapat memberi manfaat kepada semua termasuk yang memberi ilmu juga mendapat manfaatnya.

ASMA DINIE- OMyDroid said...

terima kasih che mat terus berkongsi resepi masakan kpd kami semua.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.