OLD SCHOOL SARDINE SANDWICH

rsz_old_school_sardine_sandwich
Assalammualaikum, salam semua. Cerita petang tadi semasa che mat menonton drama Filipina, Be Careful With My Heart (BCWMH). tiba2 termengidm nak makan sandwich sardine macam zaman dulu2 tu. Bukan yang fancy2 bagai, yang simple dan asas sahaja. Kadang2 tekak ni memang macam tu kan, yang bukan2 saja ngidamnya. Jadi lepas habis drama filipina, che mat ke dapur kejap. Stok sardine memang ada, guna sardine cap ayam saiz sedang. Kalau saiz kecil macam sikit sangat. Anda boleh guna apa2 jenama sardine kegemaran, tapi pilihan che mat cap ayam dan sardine pertima. Buat dia memang mudah dan sesuai untuk sarapan pagi sebenarnya. Tapi kat Malaysia ni dah tak kira masa, contohnya nasi lemak, dulu sinonim untuk sarapan pagi, sekarang ni tengah malam buta pun boleh makan nasi lemak. Cuma toksah selalu lah kan, kang takut gak, lepas2 makan terbongkang kat situ gak. Untuk sandwich 'old school' ni, che mat bikin 2 tingkat, anda boleh saja nak buat setingkat, takde masalah.Yang ni anak2 sekolah rendah pun boleh cuba, tak susah...Ok  jommm che mat kongsikan resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping roti sandwich (boleh guna jenis biasa atau whole wheat)
16 keping hirisan nipis timun
Majerin Planta secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 tin sederhana (230 gram) sardine cap ayam
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 keping nipis hirisan halia, cincang halus
2 biji cili padi, cincang halus (optional)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit Maggi Seasoning, contoh di sini 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dari sosnya. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi hingga layu. Masukkan ikan sardine dan 3 camca besar sos ikn sardine. Kacau rata dan pecah2kan ikan sardine tadi. Masak hingga kering dan kacau sentiasa. Renjiskan sedikit 'maggi seasoning' (jangan renjis banyak2 nanti masin), dan masukkan jus limau kasturi. Gaul rata dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti sardine untuk kegunaan kemudian.
  2. Roti dipotong sedikit tepi2nya, ambil sekeping, sapukan dengan sedikit majerin planta, kemudian susun 4 keping timun, sudukan 1/4 bahagian inti sardine atasnya, ratakan. Ambil sekeping lagi roti, sapukan sedikit majerin dan tutup atas inti tadi, tekan sedikit biar padat. Sapukan sedikit lagi majerin atas roti, susun lagi 4 keping hirisan timun, taruk 1/4 bahagian inti sardine dan tutup dengan sekeping lagi roti, pastikan anda sapukan sedikit majerin sebelum menutup inti. Tekan sedikit agar kemas (akan jadi seperti dalam gambar di atas).
  3. Buat kaedah sama untuk baki roti, timun dan inti. Boleh dihidangkan untuk sarapan pagi, minum petang atau bila2 masa sahaja. Kalau anda nak buat seperti sandwich biasa, anda kena tambah 2 keping lagi roti sandwich, dan dapat 4 set sandwich....Selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. Esok gak pas hantar anak g skola..trus cari bahan dan buat.
    Lebiu Che Mat

    ReplyDelete
  2. Makanan macam ni memang sedap, ringkas, sihat dan kenyang. Dapur pun bersih je.

    ReplyDelete
  3. Makanan macam ni memang sedap, ringkas, sihat dan kenyang. Dapur pun bersih je.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... sedapnya lah Resepi ni... Bila ntah nk cuba. Hehe...

    Cek Mat Cek Mat...
    Akak ada 2 soalan.
    1) Apakah syarat utk akak dapat berada di dlm bloglist blog Cek Mat ya...?
    2) Bagaimana nak buat yg mcm kat ats blog Cek Mat tu ya? Ada nama Ben dan senarai entrinya. Akak dh bloglistkan blog Xek Mat ni... Tp nak buat mcm tu tak mnjadi²... Boleh ajar akak tak?

    Trm kasih ya Cek Mat...

    Psss. . Dgr citer... Cikgu Ali nak buat cafe sempena nama Cek Mat Gebu tau...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.