NAK BELI KUIH?..GERAIKUIH.COM KAN ADA....

Salam semua, ok, che mat nak tanya..anda pernah dengar nama 'geraikuih.com'?...Macam menarikkan bunyinya. Dan pasti ada sesuatu yang istimewa mengenai geraikuih.com...Teruja ni nak bercerita, apa tah lagi bila melibatkan kuih2 tradisional yang menjadi warisan bangsa kita. Terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, geraikuih.com menyediakan pelbagai jenis kuih tradisional dan makanan yang siap dimasak lebih dari 100 jenis!!, banyak tu jangan memain. Satu yang menariknya, selain anda boleh beli secara terus dari gerai, anda juga boleh beli melalui tempahan atas talian atau on-line tapi dalam kuantiti yang disyaratkan. Kan mudah tu...kerja anda pun senang.

Bayangkan kuih2 yang pelbagai jenis ini menghiasi meja santapan anda ketika menerima tetamu, atau untuk jamuan petang. Juga sesuai untuk majlis keraian atau majlis kenduri kendara. Inilah masanya kita nak memperkenalkan kuih2 tradisi. Ada tu jarang anda lihat dan rasa. Nampak tak kuih samosa yang ada macam2 jenis inti tu, aduhh bikin terliur saja. Tu belum lagi pelbagai jenis kuih2 talam....boleh pengsann!..

...dan ada lagi. Ini hanya sebahagian. Kalau che mat nak bercerita ada sampai esok tak habis. Untuk pengetahuan anda, geraikuih.com dibuka setiap hari, kecuali pada hari Raya Puasa dan Raya Haji. Waktu perniagaan dari jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang, jadi anda tak perlu risau. Oh yea, geraikuih.com milik Encik Ramli Manaf dan Isteri juga pernah disiarkan dalam Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 sedikit masa dahulu...anda boleh saksikan sedutan video di bawah ini....


Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi...

SMS/WASSAP : 012 974 8909 ( En Ramli Manaf )



EMAIL : ramli2020@gmail.com

Post a Comment

2 Comments

  1. ok lagi harganya cikmat... kat kajang baru ni...kuih serimuka 2 ketul rm1.50.. yg ada kelapa macam kasui rm1.70 ..pengsan..

    ReplyDelete
  2. Eh.. che mat tinggal dekat2 situ ke.. saya selalu gak beli kuih kat situ.. popia sira dia sedap.. kalau bulan puasa pun kadang2 beli kat situ.. ;)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.