BEN ASHAARI

Monday, March 9, 2015

SPAGHETTI CARBONARA PALING MUDAH....

rsz_cabonara
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni pagi sikit che mat update blog. Psstt...nak kasi tau ni, sebenarnya kan, ni lah pertama kali che mat bikin spaghetti carbonara, bukan apa, kadang2 tak rasa nak makan benda2 macam ni, tapi entah kenapa tiba2 temengidam pulak. Ini resipi paling ringkas che mat buat dan untuk menambah rasa, ku masukkan sebiji cili padi merah yang dicincang halus, saja lah ambik rasa pedas. Che mat guna cooking cream, tapi boleh saja guna whipping cream. Mula2 tu ingat akan rasa muak, atau lemak sangat, tapi tidak langsung, walaupun rasanya berkrim. Che mat tambah sebatang sosej ayam. Kalau anda bikin untuk kanak2, tak perlu taruk cili padi. Mungkin renjiskan sedikit lada hitam kisar tu boleh lah. Ok, kalau anda nak mencuba resipi senang dan ringkas ini, jomm che mat kongsikan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak spaghetti
1 batang sosej ayamas, hiris serong
200 ml cooking cream (boleh guna whipping cream)
50 ml air
1 biji cili padi merah thai, cincang halus
2 pokok kucai, hiris halus
1/2 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam kisar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam dan minyak zaitun. Rebus hingga lembut atau anda boleh ikut masa merebus pada bungkusan spaghetti. Toskan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak zaitun dalam frying pan. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili padi dan sosej yang dihiris tadi. Masak sekejap dengan api sederhana.
  3. Masukkan cooking cream (atau whipping cream) dan air. Kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil. Masukkan sedikit garam, kacau dan tambah spaghetti tadi. Gaul hingga rata, masukkan kucai (tinggalkan sedikit untuk hiasan) dan sedikit lada hitam. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok matikan api. Alih spaghetti ke dalam pinggan sesuai, hias dengan sedikit kucai dan herba thyme segar, jika suka..Sedap dimakan panas..

9 comments:

sukasukitulisblog said...

sedapnya..dah ler puasa ni huhu

Suria Lekatlekitgurl said...

aduhai cik mat.. sy sebelum ni memang tak suka cabornara. lebih suka bolognese tapi sebab asben sy gastrik serius aritu pantang makan pedas buat la cabonara ni.. tersedap la pulak.. ni tengok spaghetti cik mat.. terus rasa mengidam macam orang preganat trimister pertama hahahaha

aima said...

Ooo...bole guna whipping cream....

Azney Shamsuddin said...

laaa kebetulan pulak sama hehehe baru je updated carbonara

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Sedapnyaaaa. Terliur dah ena. Nanti nak cuba sendiri buat mengikut resepi mat gebu

ummi aqilah (LM) said...

Salam che mat. Nampak x byksgt bahan. Sy copy resepi ye. Nnt nk cuba buat menu bekal ank2

Syasya Harun said...

sedapnya.....

Amsran Sanuin said...

SEDAP.... NI NANTI TRY BUAT

HASRUL HASSAN said...

Ntah camner .. tak leh nak pi la masakan camni ..

Malaysia Best Blog 2015

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.