BEN ASHAARI

Thursday, March 19, 2015

IKAN KEMBONG MASAK KICAP

rsz_kicap_ikan_kembong
Salam semua, entri ikan kembong masak kicap ini pada pendapat che mat bukan satu resipi yang 'biasa-biasa', walaupun hakikatnya ia memang masaka biasa-biasa. Menjadi kegemaran setiap peringkat umur, baik tua, muda dan kanak2. Che mat sendiri antara penggemar menu ikan masak kicap dan che mat lebih suka guna ikan yang banyak isi seperti ikan kembong, ikan tenggiri, ikan kerisi, ikan bawal dan ikan pari. Ikan selalunya digoreng, tapi jangan sampai garing. Pemilihan kicap juga memainkan peranan. Che mat seperti biasa, menggunaan kicap lemak manis JALEN, dan ditambah sedikit kicap pekat JALEN. Jika anda suka pedas, boleh masukkan 3-4 biji cili padi yang diketuk. Sedap dimakan bersama nasi panas atau bubur nasi. Resipi ini che mat tujukan khas pada anak2 yang baru ada keinginan nak memasak, walaupun ia hidangan yang boleh dikatakan amat senang dan mudah. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar
1/2 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, dihiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, dihiris serong
1 biji cili hijau, dihiris serong
1/4 camca teh cuka makan JALEN
5 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
1 camca besar sos tiram JALEN
1/3 camca serbuk lada sulah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (anggaran 1 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam) hingga rata. Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing, goreng lembab2 sudah memadai. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

5 comments:

Nooriah Abdullah said...

sedapnya cikmat rindu lah kat ikan kembong msk kicap ni

Mat Gebu said...

@nooriah Abdullah - kak nor...apa2 pun masak kicap sama nasi panas memang mengiurkan sangat...

Atiqah Aziz said...

mak aihhh...ikan kembong masak kicap pun nampak mcm sedap gilos kalah hotel 5 bintang

teratai said...

Masakan kicap memang kegemaran ramai!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!! said...

Elok pulak suami mintk masak ikan kicap ni. Nasib baik jumpa resipi kat sini. Ingatkan just goreng ikan and tumis kicap sket. Hewhew. Thanks ye!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.