GULAI PISANG MUDA CENDAWAN KUKUR

rsz_pisang_gulai_muda
Assalammualaikum, salam Rabu...panasnya cuaca, nak menulis entri pun takdak mood nih, sakit kepala sebenarnya ni. Pagi tadi che mat goreng nasi untuk Bak sebagai sarapan pagi. Lepas tu masak sikit lagi untuk tengah hari. Lauk tak masak, sebab semalam che mat masak gulai pisang muda cendawan kukur, masak banyak dan memang plan nak makan sampi hari ni. Lagi pun gulai2 macam ni, lebih sedap selepas sehari dimasak tapi dengan syarat anda kena lah panaskan. Seperti biasa, kalau masak pisang muda, che mat suka guna tulang ikan masin kurau dan campur sedikit isinya. Selain ikan masin kurau, anda boleh guna ikan talang masin, pun sedap. Ini satu masakan tradisi orang2 kampung dan kalau ada majlis2 tertentu seperti kerja kawin, ia dimasak untuk santapan pada mereka2 yang datang rewang atau bergotong royong. Masakan ini tidak susah membuatnya, in sha Allah ada pasti boleh buat...resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 sisir pisang kapas muda
2 cawan cendawan kukur @ kulat sisir
4-5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
20  biji cili padi kampung (che mat guna cilipadi hijau)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dicuci berish, kemudian siat sedikit kulitnya, dan hiris serong (ini ikut suka anda, kalau nak ketuk2 saja pisang tadi pun boleh, kulit pisang diambik juga, jangan buang) dan di rendam. Cendawan kukur direndam hingga kembang, kemudian bersihkan. Tos, dan perah sedikit. Tumbuk cendawan tadi, tapi jangan sampai lumat, sekadar memar2 sahaja. Tulang ikan masin kurau direndam selama 1 jam, ganti dengan air baru setiap 20 minit, ini untuk mengurangkan rasa masin terlampau ikan masin tadi. Ketepikan.
  2. Toskan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama cendawan kukur, bahan2 kisar halus, asam gelugor, serai yang diketuk serta santan cair. Tambah air jika perlu hingga pisang tenggelam. Kacau dan masak hingga mendidih. Masak hingga pisang 1/2 empuk. 
  3. Toskan tulang ikan masin kurau dan masukkan ke dalam gulai, kacau dan masak hingga pisang empuk. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Biar mendidih dengan api kecil sambil dikacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi, sambal belacan ikan goreng dan telur dadar.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ya Allah, sedapnya, sedapnya.
    Bila la saya dapat makan sayur macam ni.
    Nak demam dah tengok gambar masakan ni.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.