BEN ASHAARI

Thursday, March 5, 2015

BANANA SPLIT PENYAMAN TEKAK...

rsz_banana_split
Assalammualaikum, salam semua. Panas sungguh cuaca, lepas tu tekak pulak kering manjang, rasanya air mineral dah berbotol2 minum. Satu masalah che mat, kalau minum banyak air, maka peluh pun banyak keluar. Untuk entri pertama hari ni che mat saja2lah kongsikan bersama anda banana split yang senang dibuat dan rasa dia begitu nyaman sekali ditekak. Tempoh hari masa che mat ke tesco, nampak pisang cavendish cantik2, jadi beli lah satu sisir, dan Bak memang ada pesan belikan dia pisang. Bila dah beli, pisang tu macam tak laku aje, duduk lah dalam tapis macam melukut tepi gantang aje. Hari ni masih berbaki 2 biji, sebiji lagi dah rosak. Jadi untuk habiskan pisang tu, jomm kita bikin banana split. Paling simple dan mudah, ikut apa bahan2 yang anda ada. Untuk hiasan anda boleh guna apa saja, chocolate rice, manik gula warna warni, coklat cip, semua boleh digunakan. Che cuma taburkan milo, kacang tanah dan buah stoberi yang dipotong dadu, kemudian drizzle dengan coklat cair...Ok, jomm kita bikin banana split!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji pisang cavendish
Ais krim vanilla secukupnya
1 camca besar kacang tanah goreng, dicincang kasar
2 biji stoberi segar, dipotong dadu
3/4 camca besar milo
Coklat susu, dicairkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan bekas untuk banana split (piring bentuk bujur atau yang sesuai). Pisang cavendish dikupas kulitnya dan dibelah dua. Letak dalam piring atau mangkuk tadi pastikan dalam keadaan terbuka.
  2. Kemudian scoopkan 4 - 5 ais krim vanilla (atau apa2 perisa aiskrim kegemaran anda) ditengah2 bahagian belahan pisang tadi hingga penuh. Taburkan dengan milo dan drizzlekan coklat susu yang telah dicairkan tadi.
  3. Hias dengan stoberi yang dipotong kiub tadi dan taburkan kacang tanah goreng yang dicincang kasar. Hidangkan segera atau anda boleh simpan sekejap (10 - 15 minit) dalam freezer sebelum dihidangkan..


7 comments:

MamaFaMi said...

Oh, tak jadi marah mama eh? Hihihihi...

Mat Gebu said...

@mamafami - hehe..tak jadi ...

Syasya Harun said...

terliur tgk....aduhai....

mrs.smile said...

semalam tengok kat mamafami punya pages hari ni tengok kat sini pulak..haaish macam kena cari aje ni

cik muntel said...

Kelakar CM eje stoberi.. hahaha

Salma Tayo said...

terliurnya.aduhai..

sayidah napisah said...

ohhh simple je :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.