TUNA CROISSANT SANDWICH, PALING MUDAH DIBUAT...

rsz_tc

Assalammualaikum, salam Jumaat dan selamat petang. Hari ni che mat bersiaran agak lewat....errr, petang tu kira lewat lah kan...huhu nak kata apa. Anda makan apa hari ni?...che mat tadi masak lemak labu manis, lepas tu ada sambal belacan dan ikan kembong rebus goreng, kegemaran bak. part. Nak masukkan entri labu, dah selalu sangat dan entri tuna croissant sandwich ni pun dah berpuluh kali che mat masukkan di blog. Tapi ada yang kasi tau, mereka ok saja walaupun entri ulang tayang. Kalau dah macam tu, kita masih relevan lah entri ni. Tuna croissant sandwich ini sesuai bila2 masa saja bukan setakat terhad pada waktu bersarapan pagi (tapi kebiasaannya memang untuk sarapan pagi), nak makan tengah hari,petang atau malam pun boleh. 

rsz_tc1

Tuna croisaat sandwich antara hidangan yang cepat dibuat dan nampak cantik. Selain sesuai untuk setiap waktu jika anda rasa lapar dan ingin sesuatu yang cepat (kira ia lagi elok dari mi segera, yea dak). Yang penting anda ada roti croissant atau roti tanduk dan bahan2 yang diperlukan. Satu tin tuna tu dah dicampur dengan bahan2 lain anda boleh dapat 2 - 3 biji croissant seperti dalam gambar (ikut saiz roti croissant yang anda guna). Kalau nak dapat lebih anda kurangkan lagi inti dia, tapi sandwich inti banyak baru sedap. Bagi anak2 yang tak makan sayur, anda boleh letak inti dalam roti croissant saja. Nak bebel banyak pun ini cuba resipi mudah, resipi pasang siap....Budak2 pun boleh buat..tak percayakan?...Ok, meh tengok resipi yang sangat  mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji roti croissant
1 tin tuna, toskan dan lecek
2 camca besar mayonnaise
1 biji bawang holland saiz kecil, dicincang
1 biji jeruk gherkins, cincang halus
1/4 camca teh serbuk lada hitam
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit red capsicum, didadu kecil2
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Daun salad secukupnya
Keju cheesedale, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tuna, bawang besar, gherkin, serbuk lada hitam, mayonnaise dan jus limau kasturi. Kacau hingga rata dan ketepikan.
  2. Roti croissant dibelah 2 tapi tak putus. Susun daun salad, kemudian keju cheesedale (potong kecil dan susun beberapa keping, jika suka). Susun pun hirisan timun dan tomato. Akhir sekali sudukan inti tuna. Tabur sedikit red capsicum yang didadu kecil dan sedikit bawang holland yang dihiris, jika suka.
  3. Buat kaedah yang sama untuk baki croissant dan bahan2 lain. Hidangkan untuk sarapan atau bila2 masa saja...Selamat mencuba!..

Post a Comment

1 Comments

  1. tak payah pergi delifrance nak makan roti croissant ni..ahhaa

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.