BEN ASHAARI

Tuesday, January 6, 2015

SAMBAL GORENG ISI KERANG SAMA PETAI...

rsz_kerang_sambal_goreng
Assalammualaikun, salam semua. Entri mudah dari dapur che mat. Seperti anda tau, resipi2 di blog ini semua jenis mesra pengguna, maksudnya mudah dimasak dan tak banyak karenah. Campak2 pun boleh jadi. Ini atas permintaan Bak, dan permintaanya lagi, supaya dimasukkan isi kerang sebagai perencah sambal goreng. Bahan2 untuk sambal goreng biasakan tak perlu dalam kuantiti yang banyak, ini kerana bila bahan2 lain sudah disatukan, ia akan jadi banyak. Kecuali kalau anda nak buat kenduri atau majlis2 tertentu atau masak untuk nasi ambeng. Mungkin anda ada versi lain, tapi che mat masak ikut apa yang ada saja, janji menepati selera. Kali ini che mat masukkan isi petai, yang ni anda boleh skip, kalau tak suka petai. Kalau nak pedas boleh guna cili padi, che mat guna 1 camca besar cili kisar sahaja. Ingin mencuba?, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe berbungkus daun, didadu, goreng dan toskan
1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
3 kelopak kobis bulat, hiris kecil, cuci dan toskan
30 gram fucuk @ tauhu kering, kerat kecil dan rendam dengan air panas hingga lembut
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
3 papan petai, ambil isinya dan potong 2 setiap 1
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca teh pes asam jawa
1 kiub pati ikan bilis, dihancurkan
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar cili kisar
1/3 cawan isi kerang
Kicap cair atau garam, jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, tambah pes asam jawa dan kiub pati ikan bilis yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata.
  2. Masukkan kerang dan masak sekejap. Tambah fucuk (toskan), tempe, tauhu dan petai. Kacau rata dan masak hingga petai dan fucuk empuk. Masuk kacang panjang, kobis, cili merah dan cili hijau. Gaul hingga semua rata.
  3. Tambah kicap lemak manis dan gaul rata. Masak hingga sambal goreng sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair atau garam secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

7 comments:

Muzai Samilan said...

masakan orang jawa eh?? tengah hari ni lapar plak tengok makanan

Eny Abdullah said...

dpt meratah je pun sedap ni

adda syuhada said...

CM,... heaven sangat2.... kalau dpt lauk cmni konpem makan nasi byk... he he he

Syasya Harun said...

sedapnya meratah mcm tu je pun sedap....

Maria Hasun said...

sedap tp kalau saya mmg x la letak petai. .

sukasukigadget said...

Hai.

Nak promote blog jap. Sape2 yg kaki shopping, penggemar2 gadget handpfhone,speaker dan seumpama dengannya, boleh singgah ke blog saya http://sukasukigadget.blogspot.com

Aku Penghibur said...

perghh ini kalau makan dengan nasi sedapnya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.