BEN ASHAARI

Saturday, January 3, 2015

KERABU MANGGA - ENTRI PERTAMA 2015

rsz_mangga_kerabu
Assalammualaikum, salam Sabtu semua dan masih tak terlambat che mat ucapkan selamat tahun baru 2015. Dua hari bercuti sebentar dari berblog, hari ni che mat kembali bersiaran. Hari ni kita mulakan dengan satu resipi mudah, ringkas tapi cukup menyelerakan anak tekak. Nak2 kalau ada yang kurang enak badan dan tekak kurang selera makan, boleh cuba kerabu mangga ini. Buatnya amat mudah dan enak dimakan sejurus siap dibuat. Kebetulan Khamis lepas che mat ikut abang che mat ke Edau dan singgah dirumah kenalan Bonda. Masa tengah berborak2 tu, gugur mangga dari pokok tua berhampiran rumah mereka, tak banyak dalam 2 biji dan diberikan pada che mat. Alhamdulillah, terus ngidam kerabu mangga tu jam juga...hehe. Hari ni che mat laksanakan maka jadilah seperti anda lihat dalam gambar di atas. Ehemmm, nampak sedap kan....Ok, kalau nak mencuba, jomm che mat kongsikan resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji mangga epal yang masih mengkal (saiz sederana)
2 ekor sotong saiz besar
2 tangkai kacang panjang, hiris halus
5 biji bawang merah kecil, mayang halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
2 biji limau kasturi
2 camca besar kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, ditumbuk kasar
Sos ikan secukup rasa
Gula secukup rasa
1 batang cili merah*
7 biji cili padi*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 ulas bawang putih, dibakar*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, kemudian hiris bulat. Celur dalam air mendidih yang ditambah 1 camca teh garam, selama 30 saat. Angkat dan toskan. Biar sejuk. Mangga dikupas, kemudian isi mangga dihiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk bersama. Ketepikan.
  2. Tambah hirisan serai, bunga kantan, bawang merah kecil, kacang panjang dan sotong yang telah dicelur serta bahan2 yang ditumbuk lumat tadi. Gaul rata2 dan masukkan sedikit gula. Tambah sos ikan secukup rasa dan gaul lagi hingga mesra.
  3. Perahkan jus limau kasturi secukupnya dan sesuaikan rasa. Sebelum dihidangkan, jangan lupa tabut kacang tumbuk dan jika suka hias dengan daun pudina. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 kegemaran anda...Selamat mencuba!!


8 comments:

Lisa Nurulain said...

Kalau tk makan sotong.. boleh tukar dengan yang lain tak?

Mat Gebu said...

@lisa - boleh tukar dgn ikan bilis...goreng dulu sampai garing, lepas tu masukkan dalam kerabu.

Sis Lin said...

Assalam Mat...

Simple dan ringkas tapi mesti sedap ni, aku suke yang resepi senang2 gini..nanti bole cuba juga...TQ Mat !

Etuza Etuza said...

terbaik resepi pun mudah..tahniah

The Black Jubah said...

Assalamualaikum Che Mat,
Selamat tahun baru dan saya nak ucapkan Jazakallah khairan kathira....sebab Che Mat buat blog begini. Dulu tiap hari kalah breakfast, roti canai, roti telur, capati, tosai. Sekarang Alhamdulillah...menu breakfast saya dah berubah, lempeng kelapa Ngah sambal ikan bilis, roti jala ngan kari ayam semalam, cucur ikan bilis, dan banyak lagi breakfast menu yang saya nak cuba....semuanya tak sampai 1 jam dah siap....Alhamdulullah....semalam saya masak ayam masak lemak cili api, kami sekeluarga tak kuat pedas, saya letak 3 biji jer cili padi nya, serai ada sebatang jer dalam fridge, dan daun kunyit kat depan rumah tu dah habis di makan dek siput, tapi cukuplah....itu pun dah rasa sedap sangat, lepas ni nak ikut resipi betul2...memang sedap...anak2 saya yang kat luar negara dan yang bakal ke luar negara, semua saya dah suruh bukak web site Che Mat ni....untuk masakan Melayu authentic....semoga Che Mat dan Bonda tercinta dalam peliharaan Allah sentiasa.....

Nadia Johari said...

sedap kerabu mangga..makan macam tu je pun takpe

Eny Abdullah said...

nanti buat kerabu mangga nak juga tambah sotong mcm cik mat buat hehehehe

haplic said...

resepi Tomyam kuah jernih tak ado ko Mr Chef?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.