BEN ASHAARI

Wednesday, January 7, 2015

KARI PEDAS IKAN TONGKOL..

rsz_gulai_tuna
Salam semua, siapa suka makan ikan tongkol, atau belah2 pantai timur dipanggil ikan aye?..Terus terang che mat masa kecil2 dulu tak pernah makan ikan tongkol. Bak pun tak makan ikan tongkol, tatau kenapa, mungkin juga dulu arwah nenek tak pernah masak ikan tongkol. Rupanya ikan tongkol ini sedap dan isinya banyak. Ada dua jenis ikan tongkol, satu jenis putih yang isinya seakan2 ikan tenggiri dan lembut. Satu jenis lagi yang hitam, isinya sedikit keras tapi lebih berasa. Kak ipar che mat asal orang Mersing, dia kata orang belah2 saya, ikan tongkol akan disalai kemudian masak lemak dan makan sama mi lidi, menarik kan...nanti che mat nak bikin, boleh share kat blog. Untuk resipi kari pedas ikan tongkol yang ni che mat guna tongkol hitam dan dimasak dalam periuk tekanan selama 1 jam. Bila anda masak dalam periuk tekanan selama 1 jam, tulang temulang ikan jadi lembut seperti ikan saridine, tapi ikan tak hancur, masih elok terbentuk. Kalau takde periuk tekanan, anda masak seperti kari biasa saja tapi ikan tu anda tak dapatlah teksture seperti sardine. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol (kurang lebih 1 kg)
1 biji terung ungu, belah 2, potong 3 setiap belahan, rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
2 keping asam gelugor
3 1/2 camca besar rempah kari ikan (baba's)
3/4 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar gula melaka
1 camca besar kerisik
2 batang serai, diketuk
1 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/2 camca teh biji sawi
1/3 camca teh jintan putih
1/3 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan tongkol dikerat pada beberapa bahagian, cuci dan toskan (kalau anda tak de periuk tekanan, rebus ikan tadi dengan asam gelugor dan sedikit garam selama 20 minit). Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari dan serbuk ketumbar, kacau hingga menjadi pes. Tambah air jika perlu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk tekanan (kurang lebih 1/3 cawan). Tumis serai dan bahan2 tumis hingga harum dan bawang perang. Masukkan bancuhan pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor, sedikit garam dan gula melaka. Kacau rata dan tutup periuk tekanan dan pasangkan pemberatnya. Masak hingga wap keluar dan bunyi berdesir. Kecilkan api dan masak selama 1 jam.
  4. Bila cukup satu jam, alihkan periuk tekanan ke dalam sinki dan lalukan air paip atasnya hingga periuk sejuk dan tiada wap terkumpul. Alihkan pemberat dan berhati2 buka tudung periuk dan alihkan kari ke dalam periuk biasa. Didihkan kembali.
  5. Tuang santan, masukkan terung dan kerisik. Kacau perlahan dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Masak sekejap lagi hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

1 comment:

Aku Penghibur said...

perghhh memang nampak sedap... waduh2.. terliur

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.