BEN ASHAARI

Wednesday, December 31, 2014

SELAMAT DATANG 2015...

Selamat tinggal 2014...tahun penuh kedukaan bagi rakyat Malaysia..Ujian demi ujian menimpa, namun masih gagah menghadapinya, takdir Allah, tiada sapa yang dapat meramalkan....Che mat tak perlulah ceritakan apa kejadian2 yang menyedihkan berlaku sepanjang tahun 2014, anda sendiri tau. Hmmm, kita hanya manusia yang Allah swt 'tabur' kan di atas muka bumi ini, kekhilafan berlaku setiap detik waktu. Dunia blog juga bergerak pantas sepanjang 2014..blog che mat?...Seperti yang anda nampak...biasa2 saja. Kata orang biar tak berada terlalu di atas, agar kurang sakit bila jatuh nanti..itu semua kerja Allah swt...yang penting ilmu yang kita kongsikan bersama tak sikit banyak dapat membantu orang lain...

Bila muncul tahun baru, orang akan tanya, apa azam tahun baru?..Bagi che mat azam amat bagus, tapi lebih elok kita berazam untuk setiap hari. Sebab nak tunggu tahun akan datang, kita tah hidup atau mati pun tak pasti. Berazam untuk jadi insan yang lebih baik, lebih berguna dan senang kata benda2 ke arah kebaikkan itu yang penting. Dalam perhubungan persahabatan juga kita ada pasang surutnya, moga ini semua menjadi pengajaran dan dapat mematangkan diri, maklumlah usia pun dah makin 'muda'...baru masuk berapa?....pandai 21...hehe..

Tahun 2015 dikatakan tahun mencabar untuk kita rakyat Malaysia. Moga 2015 tanah bertuah ini dilimpahi rahmat yang penuh keberkatan dari Alla swt. Dijauhkan segala bencana2 besar. Pada blogger2 yang che mat kenali, teruskan usaha anda dan jadilah blogger yang bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Dan satu lagi, elakkan pertelingkahan sesama blogger, kita hanya satu komuniti kecil, pusing2 kat situ juga tak lari mana....Selamat tahun baru 2015 pada semua, semoga  anda semua dirahmati dan dilindungi oleh yang maha Esa...aminnn.....

Adnan Ibrahim @ Che Mat Gebu..

ASAM PEDAS IKAN TELUR BUNGKUS...

rsz_asam_kembung_telo_ikan

Assalammualaikum, salam Rabu semua. Cuaca dari pagi sampai masa che mat menulis entri ini mendung dan redup, nyaman saja, tapi alhamdulillah tidak hujan. Mula2 plan nak cuti masak, sebab pagi tadi ke Kluag sekejap (dalam masa sama sempat juga rembat barang2 lama di kedai feberet che mat...ehemm). Memandangkan pergi tak lama dan sampai rumah dalam jam 12.30 tengah hari, che mat sempat masak sejenis saja lauk. Menu paling kerap dimasak dan cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia amnya dan mat gebu khususnya iaitu asam pedas. Che mat guna 3 ekor ikan kembong saiz besar yang beli di pasar Batu Pahat, tempoh hari. Dan ingat tak semalam che mat masak gulai telur ikan?. Baki nya bonda suruh masukkan dalam asam pedas....

rsz_asam_kembung_telo_ikan1

Ikan kembong segar memang enak kalau dimasak apa saja. Selain asam pedas, boleh juga dibakar, dimasak singgang atau dibuat pais. Untuk mendapat asam pedas yang enak, guna cili kering yang baru dikisar. Gunting cili tadi, cuci dan rebus sekejap, toskan kemudian kisar halus. Che mat kerap guna kiub ikan bilis dalam masakan. Dan anda tak perlu tambah serbuk perasa, tapi terpulang pada selera masing2. Satu lagi kalau asam pedas kalau ditaruk sedikit lada hitam, ia memberi rasa hangat dan berangin. Bercerita pasal telur ikan tu pulak, untuk mendapat aroma lebih wangi, che mat bungkus dengan daun kunyit dan ikan dengan benang. Pastikan guna benang yang diperbuat dari kapas. Terung dan tomato dimasukkan juga sebagai tambahan. Resipi amat mudah dan biasa2 saja. Bagi anda yang tak biasa masak, jomm che mat kongsikan resipinya...

telo ikan

Contoh telur ikan yang telah dibungkus dengan daun kunyit dan diikat benang kapas.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong saiz besar
1 biji terung ungu
1 biji tomato saiz besar
1 kuntum bunga kantan
3 keping telur ikan (che mat guna telur ikan kurau)
3 helai daun kunyit saiz besar
Benang untuk mengikat
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1/2 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh lada hitam kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2, kemudian kerat 3 setiap belahan, rendam. Tomato dibelah 6 dan bunga kantan dibelah 2. Telur ikan dibersihkan, kemudian bungkus dengan daun kunyit dan ikat denga benang kapas seperti dalam gambar. Ketepikan.
  2. Panaskan 1/3 cawan minyak masak, tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), biar mendidih. Tambah kiub ikan bilis, bunga kantan dan telur ikan yang telah dibungkus tadi. Kacau perlahan dan biar masak selama 5 minit.
  4. Masukkan ikan dan terung. Kacau perlahan (jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air). Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan tambah lada hitam kisar. Akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan2 dan biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Tuesday, December 30, 2014

GULAI TELUR IKAN KURAU..

rsz_gulai_telur_ikan_senangin
Assalammualaikum, salam Selasa semua. Mendung saja cuaca hari ni berbeza semalam, cuaca agak cerah. Sebelum tu nak cerita sedikit, semalam che mat ke Caah, lepas tu terus ke Muar dan singgah sekejap di Pasar Parit Jawa. Sekarang ni kan musim hujan, jadi ikan agak kurang dan harga mahal (tapi harga ikan di Pasar Parit Jawa memang tinggi sikit, sebab ikan segar). Dalam ttu che mat terpandang satu kedai ni jual telur ikan, bila tanya telur ikan apa, nyonya tu kasi tau ni telur ikan senangin. Ok, che mat beli satu pinggan, tak mahal cuma RM 8 sahaja. Hari ni kita test kasi masak itu telur ikan, masak gulai campur rebung madu. Memandangkan che mat hanya berempat saja dalam keluarga ni, jadi ku masak 4 keping, baki 3 lagi simpan untuk masak asam pedas nanti. Saiznya bebeza2, ada yang besar ada yang sederhana, campur2 dalam satu pinggan, seperti gambar bawah ini.

telur ikan senangim
Contoh telur ikan kurau yang che mat beli semalam

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping telur ikan kurau
450 gram rebung madu yang telah dihiris dan direbus
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
2 batang cili merah
10 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur ikan diletak dalam tapis, cuci perlahan di bawah air paip mengalir, pastikan kalau ada kotoran warna hitam, anda buang secara berhati2. Ini mengelakkan telur ikan berasa pahit bila dimasak nanti. Ketepikan.
  2. Masukkan rebung ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai ketuk, asam gelugor dan serai. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair dan masukkan kiub ikan bilis jika guna. Masak hingga rebung empuk. 
  3. Kecilkan api, dan masukkan telur ikan, biar telur ikan masak dan berhati2 terbalikkan, dan biar mendidih perlahan. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, dan biar masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga telur ikan masak. Biar sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ulam2man dan sambal belacan.

Monday, December 29, 2014

SAMBAL HIJAU SAMA PETAI....LAGI?...

rsz_sambel_ijou
Assalammualaikum, salam Isnin semua. Hari ni takde apa sangat yang istimewa, cuma berkongsi satu resipi yang pernah che mat buat sedikit masa dulu. Asalnya che mat nampak Kak Jee bikin, dan rasa teruja sangat. Lepas pertama kali cuba, memang sedap dan mendapat sambutan. Dan sebab tu, semalam, che mat buat sekali lagi, kali ni buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Petai memang ngam sangat dengan sambal ni dan che mat guna 3 papan petai. Tambah pulak dengan segenggam ikan bilis tamban. Ikan bilis tamban tu guna yang saiz kecil, perlu dibuang tulang tengahnya. Satu lagi ikut kata kak jee, cili hijau dan bawang besar hanya ditumbuk hancur, bukan sampai lumat. Bagi yang tak kuasa nak tumbuk dan jika anda ada mesin pengisar makanan atau food processor (bukan blender tu yea), anda boleh guna FP untuk mengisar hingga hancur. Guna kaedah pulse. Walaupun resipi pernah che mat tulis dalam entri lepas, untuk memudahkan anda, che mat tuliskan sekali lagi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 tangkai cili hijau, cuci dan potong kasar
3 biji bawang besar, belah 4 setiap 1
1 kiub pati ikan bilis
1 keping asam gelugor (kalau saiz kecil, guna 2 )
1 genggam ikan bilis tamban
3 papan petai. ambil isinya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cili hijau ditumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Begitu juga bawang besar, ditumbuk hingga hancur. Ikan bilis tamban direndam, buang sisik, dan belah 2, buang tulang tengah, cuci dan rendam sekali lagi. Isi petai dibelah 2 setiap sebiji. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (nak sedap guna minyak lebihan goreng ayam). Tumis cili hijau dan bawang hingga layu. Masukkan asam gelugor, ikan bilis tamban (tos dan perah) dan petai. Kacau rata dan masak hingga petai dan ikan bilis lembut.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar.....selamat menjamu selera!!..

Sunday, December 28, 2014

DILEMMA KAMI BILA MUSIM BANJIR..


Hmmm....salam semua, sekarag ni musim banjir di Pantai Timur semenanjung dan juga beberapa negeri lain juga. Dah takdir Allah swt yang kita tidak boleh elak, tapi dapat dijangkan. Dan masa ini juga dinding FB penuh dengan gambar banjir dari negeri2 yang terlibat. Alhamdulillah...bantuan2 dari masyarakat2 prihatin mencurah2 datang. Dan para suka relawan juga bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar dan setiap mangsa mendapat bantuan. Namun kita hanya manusia dan ada juga yang tak terjangkau dek akal fikiran...Moga bah kali ini cepat surut...

Dan dalam masa sama, kami blogger2 masakan juga turut menerima tempias, bila gambar2 masakan yang dikongsi membuatkan ada yang berkecil hati, persoalannya, mangsa2 banjir tu punya banyak masa kah untuk mentelaah FB setiap waktu?...Faham, gambar2 ini lalu di timeline dan akan muncul bila2 masa walaupun itu gambar makanan yang dikongsi sejak sebelum musim banjir lagi. Bila che mat baca status sorang teman blogger pasal ni, dalam diam terasa juga, rasa serba salah dan risau dicop blogger tidak prihatin jika diteruskan. Kongsi pasal bantuan banjir tak dak, tapi asyik kongsi gambar2 masakan saja. Kalau anda yang biasa mesti tau kan menu che mat macam mana, ia setaraf masakan di pusat2 pemindahan banjir...bukan taraf hotel 5 bintang...

Hmmmm, pada mereka2 yang terasa, sekali lagi che mat minta maaf yea. Kalau terdaya rasa macam nak berhenti saja berblog, lagi bagus...biar semua orang senang hati. Buat masa sekarang ni memang rasa tak mood sangat nak berblog. Perkongsian che mat lakukan di InstaGram dan twitter saja. Itu pun kalau ada juga yang komen2 negetif, tatau lah nak kata apa, mungkin mereka bukan mangsa banjir tapi mangsa hati berkudis!.....Terima kasih sudi baca....


PECEL JAWA 'CLEAN CUT' UNTUK CHE MAT...

rsz_1pecel_jawa

Assalammualaikum, salam Ahad semua. Sujud syukur pada Allah swt kerana diperintahkannya matahari menyinar di kampung che mat, dan dapatlah mengeringkan kain baju. Dalam masa sama juga doa dipanjatkan untuk mangsa2 banjir di negeri2 pantai timur. Bertabahlah, itu saja yang boleh kami beri kata2 semangat. Hari ini che mat bikin pecel (pecal) jawa 'clean cut'...errr kenapa 'clean cut?'...sebabnya pecel che mat tak de taugeh, huhu.. Tapi dek sebab 2 - 3 hari lepas mengidam sangat nak pecal takde taugeh pun tak pelah, ON aje, janji ada rasa pecel. Pada che mat, kuah kacang untuk pecel memainkan peranan utama, bukan bahan2 sayurnya sahaja. Ia berbeza dari kuah kacang biasa kerana...

rsz_pecel_jawa1

...menjadi kebiasaan, kuah kacang untuk pecal dicampur dengan cekur atau kencur dalam bahasa Indonesia. Kali ni kuah kacang pecel che mat gunakan cili padi, isi dan daun cekur dikisar sekali dengan bahan2 lain untuk kuah kacang. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili padi, kalau tak suka boleh ganti cili padi dengan cili merah atau cili kisar. Satu yang bess pasal pecel ini, ia mengenyangkan dan dalam kategori makanan sihat, walaupuan ada beberapa bahan perlu digoreng seperti tempe, kentang dan tauhu. Kata Bak, kalau di kampung, mereka gunakan taugeh buatan sediri yang menggunakan kacang hijau dan saiz taugeh lebih kecil dan kontot2. Sayang pecel che mat takde taugeh, tapi kalau anda buat, jangan lupa taruk taugeh ok. Disebabkan itu, ku namakan pecel ku....Pecel Jawa 'Clean Cut'...

BAHAN-BAHAN KUAH PECEL :-)
300 gram kacang tanah
1/2 camca besar pes asam jawa
2 camca besar gula perang (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
4 biji bawang merah kecil, goreng hingga layu*
2 ulas bawang putih, goreng hingga layu*
20 biji cili padi hijau, goreng hingga layu*
2 inci isi cekur*
2 helai daun cekur*
1 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus dengan 1/2 cawan air masak)
Air masak secukupnya

BAHAN-BAHAN PECEL :-)
2 keping tempe berbungkus daun, didadu
2 biji kentang, kupas dan potong berbaji, rendam
2 kelopak kobis bulat bulat
1 cekak kangkung, disiang, cuci dan toskan
5 tangkai kacang panjang, potong pendek
2 keping tauhu keras digoreng
2 cawan taugeh, dibersihkan
1 batang timun, dipotong seperti anak mancis
Beberapa helai daun cekur dimayang halus untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH PECEL :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan. Buang kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur. Masukkan ke dalam bekas bersama2 gula perang, pes asam jawa dan bahan2 kisar halus. Kacau hingga rata dan sebati. Tambah air masak secukupnya hingga mendapat kuah kacang yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan garam secukup rasa, kacau lagi dan sesuaikan rasa. Ketepikan.
  2. UNTUK BAHAN2 PECEL :- Tempe, kentang dan tauhu digoreng hingga kekuningan, angkat dan toskan dan hiris kecil. Celur kacang panjang hingga lembut, angkat dan toskan. Kemudian celur kobis, selama 30 saat, angkat. toskan dan potong kecil. Masukkan kangkung, celur 15 saat, toskan dan biar sejuk. Akhir sekali celur taugeh untuk 15 saat, toskan dan biar semuanya sejuk.
  3. UNTUK PECEL JAWA :- Dalam pinggan sesuai, letakkan kangkung rebus, taugeh, kacang panjang, kobis, tauhu hiris, tempe, kentang goreng dan taugeh secukupnya. Tuang kuah pecel atasnya dan tabur sedikit hirisan daun cekur sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!

Saturday, December 27, 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI SAMA NENAS...

rsz_ikan_pari_masak_asam
Assalammualaikum, salam Sabtu semua. Hari ni che mat hanya masak asam pedas ikan pari sama nenas. Menu teramat biasa dari dapur che mat. Yang mana dah biasa tengok, sah2 berbulu biji mata sebab jemu sangat. Apa nak buat dah nama pun blog masak2 harian. Kenalah letak apa yang kita masak. Kalau nak update tunggu resipi yang meletup2 saja, alamatnya seminggu sekali pun belum tau ber update. Dan untuk sekian kalinya che mat mohon maaf jika gambar masak2 yang che mat kongsikan di InstaGram buatkan anda rasa tersentuh. Bukan tidak menghormati mangsa2 banjir...Anda sendiri faham kan, che mat ni blogger masakan, bukan macam blogger personal. Mereka lainlah, entri ikut keadaan semasa bukan terhad pada satu2 saja. Macam kami blogger2 masakan nak tak nak, kenalah letak gambar masak2. Buat masa sekarang ni di FB, che mat stop dulu share gambar masak2. Tu saja nak kasi tau...harap anda mengerti, terima kasih....Jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari (che mat guna jenis ikan pari daun)
1 biji saiz sederhana, nenas madu @ nenas Sarawak 
1 batang serai, diketuk
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
2 senduk nasi cili kisar
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1 camca teh lada hitam kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kuyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari, dipotong pada saiz sederhana, cuci, kemudian perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Nenas dibuang empulur, kemudian hiris sederhana tebal, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik, bawang merah dan bawang putih hingga harum dan bawang perang. Masukkan bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter atau secukupnya). Kacau dan masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan pari. Biar mendidih.
  4. Tambah bunga kantan dan daun kesom, perasakan dengan garam secukupnya dan lada hitam kisar dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...

Friday, December 26, 2014

PUCUK MANIS MASAK LEMAK..

rsz_lemak_manis_pucuk_manis
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni Negeri Johor mula dilanda banjir di beberapa daerah. Dan che mat perasan lah di FB dan yang berkongsi pasal segelintir manusia cetek akal memburuk2kan negeri yang banjir dengan kata2 yang kurang enak. Kenapa macam tu, kita dalam satu negara, kenapa perlu kutuk mengutuk dengan musibah yang Allah turun kan, itu tempat mereka, dan tempat kita belum tentu terlepas...beristigfar lah, dan kejadian boleh berlaku sekelip mata...hmmm.. Dan che mat sebagai blogger masakan turut rasa tercuit perasaan pasal gambar2 yang makanan yang dikongsi di FB dan sebagainya. Takkan sebab ini che mat terpaksa berehat dari berblog? Anggap lah apa yang che mat kongsikan ini ke arah yang positif, bukan untuk menunjuk2, kadang2 benda macam ni buat rasa mood hilang...hurmmm... Entri hari ini, cuma masak pucuk manis masak lemak saja, menu2 biasa...jangan lupa sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin yea bila nak makan nanti....Jomm kita lihat macam mana che mat masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk manis
2 biji keledek saiz sederhana
Cendawan secukupnya (boleh guna cendawan pilihan anda)
2 keping tempe, dipotong kiub
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
1/2 kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, direndam sekejap
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan daun pucuk manis dari batangnya, cuci dan toskan. Keledek dikupas kulit, kemudian potong berbaji. Jika cendawan bersaiz besar, potong sedikit. Tempe dipotong kiub. Udang kering ditoskan, perah dan tumbuk hancur. Ketepikan.
  2. Masukkan keledek ke dalam periuk bersama2 hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering tumbuk. kiub ikan bilis (jika guna) dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah tempe dan masak hingga keledek 1/2 empuk.
  3. Sementara itu, ramas daun pucuk manis tadi dan masukkan ke dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga daun lembut. Masukkan cendawan, hirisan cili merah dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak hingga mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin..


Thursday, December 25, 2014

BILA GAMBAR MAKANAN MENJADI 'ISU'....

rsz_tuna_croissant
Salam semua. Che mat ada satu entri tertinggal yang belom sempat untuk dipublishkan. Mula2 tadi nak keluarkan untuk entri pagi, tapi keadaan tak mengizinkan. Dan sejak2 ni nak post gambar2 makan di FB pun rasa tak selesa. Yelah menghormati mangsa2 banjir di negeri2 pantai timur yang agak kritikal. Tapi sebagai blogger masakan, kami takde pilihan lain. Suka tak suka kena gak upkan di mana2 yang perlu. Untuk menjadi blogger masakan bukan semudah anda pergi ke kedai makan, pelayan hantar hidangan dan anda ambik gambar, tulis serba sedikit termasuk komen pasal harga, kebersihan, persekitaran dan sebagainya, terus boleh publish. Tapi tidak bagi kami, Blogger masakan perlukan masa dan tenaga, waimah ia hanya sandwich seperti gambar di atas tu anda kerja luangkan masa dari proses membuat hingga mengambil gambar lebih dari satu jam, bergantung pada keadaan. Satu che mat nak pesan lah, bagi anda yang rasa post2 gambar makanan ini mengganggu perasaan terutama dalam keadaan2 macam sekarang ni, takpe, anda boleh hindarkan blog che mat atau mana2 tempat che mat share kan gambar2 makanan terutama di instagram dan fb (boleh unfriend, takpe che mat tak kecil hati)...tu saja....Terima kasih sebab memahami...Bagi yang ingin mencuba, resipi mudah ini seperti dibawah, menghasilkan lebih kurang 4 biji tuna croissant sandwich...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji croissant (roti tanduk)
1 tin tuna (ayam brand)
1 biji bawang holland, saiz sederhana, dicincang halus
2 biji jeruk gherkin, cincang halus
1 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar penuh mayonnaise

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Salad butterheas secukupnya (che mat hiris)
Keju cheesdale secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan ikan tuna dalam tin, kemudian lecek dengan garfu hingga hancur. Tambah bawang holland, jeruk gherkins, mayonnaise dan jus limau kasturi. Kacau rata hingga semua mesra. Rasa dan jika ok, boleh ketepikan..
  2. Belah roti croissant, kalau suka anda boleh sapu sedikit mentega atau majerin. Susun, salad butterhead yang telah dihiris tadi (nak guna sehelai2 pun ok, ikut suka anda). Susun pulak keju (che mat potong 4 sekeping keju cheesedale). Kemudian susun timun, tomato dan akhir sekali sudukan bancuhan ikan tuna, ratakan dan tutup dengan bahagian atas croissant. Hidangkan segera untuk sarapan atau bila2 masa yang anda suka...Selamat mencuba!!.

MENU RINGKAS CHE MAT HARI INI..

rsz_che_mat

Assalammualaikum, salam Khamis. Mood memasak ke laut mengenangkan nasib mangsa2 banjir di Pantai Timur. Kediaman abang che mat di Taman Hj Wan Ngah di Kemaman juga kena banjir, Insiden sama berlaku tahun lepas, kini kembali lagi....dugaan Allah, tawal saja lah. Hari ni che mat masak menu yang amat ringkas dan menjadi kegemaran Bak. Fucuk atau tauhu kering masak lemak putih menjadi menu utama dan sambal belacan (yang ni bonda che mat yang bikin), ikan masin tenggiri jeruk dan tak lupa ulam kacang botol. Kalau ada petai, lagi sedap gileerrr!!. Ini merupakan satu menu paling ringkas dan typical orang2 kampung.

rsz_che_mat1

Nampak bess aje kan, nak2 kalau makan masa cuaca mendung dan hujan. Kalau che mat malas nak masak bagai, che mat akan masak seperti ini. Bak pulak bukan suka masak2 kari dia, kurang minat masakan yang berempah dah pedas. Yelah dari kecil dah diajar makan benda2 yang kurang pedas dan berempah, maka bila dah berusia, tak hairan lah ia bukan menu pilihan Bak. Ikan masin wajib ada, dan kalau goreng ikan tenggiri jeruk, perah sedikit jus limau kasturi sebelum anda makan bersama nasi. Tujuan untuk mrngurangkan rasa masin terlampau dan menjadiikan rasa ikan tersebut lebih istimewa, sebab ini tentri baisa2 saja tulis serba ringkas resipi fucuk masak lemak putih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram fucuk @ tauhu kering
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Fucuk @ tauhu kering dikerat pendek, dan rendam hingga lembut. Toskan udang kering dan perah sedikit, kemudian tumbuk hancur. Masukkan kedalam periuk bersama bawang besar, bawang putih. fucuk dan santan cair. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masal hingga fucuk lembut.Masukkan soo hoon. kiub ikan bilis (jika guna) dan masak hingga menidih. Akhir sekali tuang pati santah, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ikan masin, sambal belacan dan ulam kegemaran anda...ehemmm..

Wednesday, December 24, 2014

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI..

rsz_cili_padi_ayam

Assalammualaikum, salam Rabu. Cuaca hari ni agak mendung dan kebarangkalian petang nanti akan hujan. Melihat bah yang melanda pantai timur, rasa sedih mengenangkan nasib2 mereka yang terlibat. Kata bonda che mat, rumah kita bila hujan atap bocor sikit, dah bising. Bayangkan mangsa banjir, air jejak ke bumbung rumah!...Huhu, moga hujan teduh air bah cepat surut. Hari ni che mat masak lemak cili padi ayam. Dan teringin sejak beberapa hari lepas. Ingat nak masak masa Ady datang, tapi masa tu che mat hidangkan nasi dagang, jadi tak ngam dengan menu macam ni. Ayam masak lemak cili padi satu hidangan yang mudah disediakan. Pada che mat yang memainkan peranan utama dari segi rasa, ialah santan kelapa. Nak sedap guna santan segar dan jangan lokek menggunakan serai. Cili padi ikut anda, nak pedas tambah lebih dan kalau tak suka pedas, kurangkan cili padi. Untuk yang baru2 nak mencuba, anda boleh ikut resipi che mat yang mudah dan in sha Allah menjadi...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana (1.2 kg kurang lebih)
5 biji kentang
2 keping asam gelugor (guna 1 kalau saiz besar)
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub pati ayam MAGGI (optinal)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
25 biji cili padi kampung, warna hijau (boleh kurangkan)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong ikut suka (seelok2nya pada siaz sederhana), cuci bersih dan toskan (che mat buang kulit, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung dan perahkan 2 biji limau kasturi. Gaul rata dan perap 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan). Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Ketepikan.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan gaul rata. Masak sekejap hingga ayam berubah warna, kemudian tuang santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah kentang (toskan) dan masukkan kiub pati ayam, jika guna. Kacau dan masak hingga kentang dan ayam empuk.
  3. Masukkan asam gelugor dan pati santan. Kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan daun kunyit dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

Tuesday, December 23, 2014

KARI IKAN SENANGIN

rsz_kasi_ikan_senangin
Assalammualaikum salam Selasa. Mendung cuaca kat kampung che mat, hujan renyai2 sekali sekala..ehh dah macam ramalan cuaca pulak. Tapi begitu lah, dah musim tengkujuh, hujan merata tempat. Seperti yang anda tau negeri2 belah Pantai Timur mengalami musibah banjir sekarang ni, mudah2an hujan reda dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Hari ni che mat tak masak apa sangat. Pagi tadi keluarkan ikan senangin dan che mat masak kari. Kari biasa2 saja yang kurang pedas. Hujan2 ni sedap pulak makan kari ikan. Belen2 kuah tu nanti boleh lah bikin lempeng pekak dan cicah sama kuah kari. Kari ikan ni che mat guna santan. Kalau anda tak nak guna santan pun boleh dan petua nak kasi kuah kari tu rasa lemak seakan2 bersantan, anda boleh kisar buah keras dalam 3 biji dan  gaul sama rempah kari ikan tadi. Tapi Bak suka kari yang ada santan. Kalau suka pedas boleh tambah cili kisar semasa menumis. Che mat cuma guna 1 camca besar cili kisar. Jadi kari tak pedas cuma ada rasa 'angin2' saja...Bagi yang nak mencuba, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan senangin saiz sederhana (kurang lebih 500+ gram)
1 biji tomato saiz besar
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 keping asam gelugor saiz kecil
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili JALEN
3 1/2 camca besar rempah kari ikan Baba's
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*(*ditumbuk halus)
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1/3 camca teh biji sawi
20 biji halba
1/3 camca teh jintan manis
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan senangin disiang kemudian kerat kepada 5 bahagian, bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan. Tomato dibelah 6, kalau guna tomato saiz kecil, guna 2 biji dan belah 4 setiap 1. Rempah kari dibancuh dengan 1/2 cawan air, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam periuk. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang layu. Tambah bahan2 tumbuk halus, cili kisar dan sos cili. Kacau rata dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau selalu dan masak dengan api kecil hingga rempah garing dan naik minyak.
  3. Tuang air (anggaran 800 ml atau secukupnya), kacau dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna). Masukkan ikan dan masak sekejap. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali tambah tomato, cili hijau dan cili merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, telur dadar dan ulam2man..


Monday, December 22, 2014

LEMAK NENAS SAMA UDANG....

rsz_udang_lemak_nenas1

Assalammualaikum, salam Isnin. Tak sampai 10 hari lagi kita dah masuk tahun 2015, umur pun bertambah juga, in sha Allah. Dan dikatakan 2015 tahun yang agak mencabar, ringgit pun semakin kecil, tapi perbelanjaan makin besar, sukar nak kecilkan perbelanjaan bila wang kita nilainya susut dan harga barang meningkat naik. Hari ni che mat masak lemak nenas sama udang, ini satu menu klasik orang Malaysia, sebab popular dikalangan orang Melayu kita dan peranakan Baba Nyonya. Che mat guna sebiji nenas madu dan 10 ekor udang kaki merah atau udang pengantin. Kalau guna udang galah pun sedap. Masakkan ini tidak pedas kerana menggunakan 2 biji cili merah sahaja. Kalau anda nak pedas boleh tambah cili padi. Resipi memang mudah dan che mat pasti anda terutama anak2 dara yang baru nak belajar memasak boleh lakukannya.....Jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu saiz sederhana
10 ekor udang kaki merah atau udang pengantin saiz besar
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping kecil asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas nenas madu, belah 4 dan buang empulurnya. Hiris sederhana tebal dan ketepikan. Udang digunting muncung tajamnya, kerat kaki2 kecil dan bersihkan. Ketepikan.
  2. Masukkan nenas ke dalam periuk bersama serai ketuk, bahan2 kisar halus, asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih, masak hingga nenas lembut sedikit.
  3. Masukkan udang dan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan biar masak hingga udang berubah warna. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  4. Masak dengan api kecil hingga mendidih sambil dikacau sentiasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan...

Sunday, December 21, 2014

SAYUR CHAP CHAI SAMA SCALLOP

rsz_chap_chai_scallop
Assalammualaikum, salam Ahad semua. Hari ni masak yang ringkas2 sudah lah. Malas sebenarnya tak melangok kat dapur lama2, boring juga. Jadi masak secepat mungkin, kemas2 dan tinggalkan dapur. Tapi sempat juga che mat bikin apam gula melaka. Sayur chap chai atau lebih dikenali dengan sayur campur satu menu yang ringkas dan menjadi kesukaan che mat. Boleh masukkan beberapa jenis sayur tapi antara yang wajib ialah bunga kobis, lobak merah, putik jagung, saleri, sweet pea dan cendawan butang. Kalau nak masukkan yang lain seperti brokoli, capsicum dan sebagainya juga boleh. Sos tiram sebagai bahan perasa utama, selain anda boleh masukkan udang atau daging ayam untuk perencah. Kali ni che mat guna scallop, disebabkan scallopt tidak boleh dimasak lama, nanti keras, maka che mat saute atau goreng dengan sedikit minyak hingga keperangan dan angkat. Kita masukkan scallop pada proses akhir memasak chap chai dan untuk kelainan, scallop che mat goreng guna mentega..er...pening yea?...haha. releks....baca resipi dulu, in sha Allah anda akan faham...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji isi scallop*
1/2 camca teh lada hitam kisar*
Secubit garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 batang saleri, hiris sederhana tebal
Sebesar penumbuk bunga kobis, dipotong sekuntum2
15 tangkai kacang sweet pea
1/2 biji red capsicum, dipotong kiub
5 batang putik jagung, hiris serong
6 biji cendawan butang, belah 2 setiap 1
1/2 batang lobak merah, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
1/2 kiub pati ikan bilis, dihancurkan
1 camca teh lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mentega kemudian goreng scallop tadi sekejap dengan api sederhana hingga perang pada kedua2 bahagian. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan 3 camca besar minyak masak dan biar panas.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang dan layu. Masukkan sos tiram dan kiub pati ikan bilis. Kacau rata, tambah sayur2 yang keras dulu seperti lobak merah, bunga kobis, saleri dan putih jagung. Tuang sedikit air (anggaran 5 camca besar). Kacau dan masak hingga sayur lembut.
  3. Tambah cendawan, kacang sweet pea dan red capsicum. Gaul rata dan masukkan serbuk lada sulah, scallop dan jika perlu perasakan dengan sedikit lagi garam. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Saturday, December 20, 2014

SAMBAL HIJAU SAMA PETAI...

rsz_sambel_ijo
Assalammualaikum, salam Sabtu. Alhamdulillah cuaca baik hari ni, dapat lah mendobi tak sikit banyak. Petang belum pasti lagi, silap2 hujan. Dan turut bersimpati dengan mangsa2 banjir di tige negeri di pantai timur. Kata bonda, kita, baru rumah bocor sikit dah bising, ni dia orang ada tu air sampai bumbung dan ada yang lebih malang, rumah roboh dihanyut dek banjir...huhu. Hari ni che mat masak gulai labu manis, dan tak perlu entri lah kan, sebab benda2 biasa saja. Tapi ada satu lagi yang bess che mat buat. Ni semua gara2 Kak Jee menayang bagai di blog beliau di sini, sampai ku ternoda sudah. Sambal hijau yang amat sedap dimakan bersama nasi panas, ikan goreng dan sedikit kicap JALEN. Kali ni che mat masukkan ikan bilis tambah dan petai. Cili hijau petik kat belakang yang bonda tanam. Menurut kata kak jee, petua untuk mendapat sambal hijau yang sedap, guna minyak lebihan anda menggoreng ayam untuk memasak sambal ini. Tapi che mat takde minyak goreng ayam. Maka ku tambah kiub ikan bilis saja...Resipi memang senang che main agak2 saja ye masa memasak sambal ini dan in sha  Allah rasanya sedap....Jommm cuba!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji cili hijau saiz besar, cuci dan patah2kan
20 biji cili padi kampung, yang warna hijau
2 biji bawang besar, dibelah
1 kiub pati ikan bilis
1/3 cawan isi petai, kerat 2 setiap 1
1 genggam ikan bilis tamban
1 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis tamban direndam, buang sisik dan tulang tengahnya. Kalau saiz ikan bilis tamban anda besar, pecah2kan sedikit. Cili hijau dan cili padi ditumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Bawang besar juga ditumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bawang besar dan cili hijau hingga harum. Masukkan petai dan ikan bilis tamban tadi. Kacau rata, tambah kiub ikan bilis (hancurkan) dan asam gelugor. Kacau lagi.
  3. Masak dengan api kecil hingga petai lembut. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar.....


Friday, December 19, 2014

FRESH FRUIT CHEESE TART...

rsz_fresh_fruit_cheese_tart

Salam semua. Entri kali ni che mat nak berkongsi satu resipi pastry yang sedap dan amat sesuai bagi penggemar2 cheese. Tu hari masa di Tesco, tatau pasai apa gatai tangan pi ambik blueberry, strawberry dan fresh cherry, tapi fresh cherry tu che mat tak masukkan dalam ni, sebab tak ngam. Kalau bluberry dan strawberry tu boleh lah. Mesti ada yang kata...alaa susah lah nak buat, leceh lah nak bikin pastry dia. Hmmm, tak susah mana sangat dan untuk pastry tu anda boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Macam apa yang anda nampak ni. Pastry dia che mat buat beberapa hari lepas. Dan simpan dalam peti sejuk. Bakinya che mat buat lah apa yang anda nampak ni...menarik kan...bukan saja menarik, tapi rasa dia...ummphhh!!!...

rsz_fresh_fruit_cheese_tart1

Kali ni che mat guna acuan tart berukuran 7 inci. Acuan yang jenis loose bottom. Fresh fruit cheese tart ini agak kaya tapi in sha Allah tidak memuakkan, kerana penggunaan buah2 segar yang menyeimbangkan rasa cheese tadi. Tart yang telah masak dan sejuk perlu disimpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam. Sesuai untuk hidangan majlis2 formal, Dan kalau majlis anda bertemakan English ia paling sesuai, nampak ngam sangat. Ada beberapa langkah yang perlu anda buat, seperti blind bake..ia itu, proses membakar kulit tart dalam keadaan kosong. Yang tu kita cerita nanti...Jangan malu2 untuk mencuba ok, pasti ia menjadi kebanggaan anak2 dan suami anda nanti...

BAHAN-BAHAN PASTRY :-)
300 gram tepung gandum
120 gram mentega sejuk, didadu kecil
40 gram lemak sayur sejuk, didadu kecil
1 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
4-5 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI CREAM CHEESE :-)
160 gram cream cheese
20 gram mentega
4 camca besar whipping cream
1 camca besar gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
100 gram fresh bluberry
10 biji strawberry, belah 4 setiap 1
Strawberry filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PASTRY :- Satukan tepung, garam dan gula aising dalam mangkuk adunan. Masukkan mentega dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat adunan seakan2 serbuk roti. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang tak melekat dimangkuk adunan (jangan terlebih uli). Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan dinginkan dalam peti sejuk selama 40 mini.
  2. UNTUK INTI CREAM CHEESE :- Putar cream cheese, mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar hingga kembang dan licin. Tambah whipping cream dan putar hingga sebati. Ketepikan...
  3. UNTUK FRESH FRUIT CHEESE TART :- Keluarkan doh dari peti sejuk dan bahagi dua, simpan sebahagiannya untuk kegunaa lain. Tabur tepung pada meja kerja atau gunakan sekeping plastik bersih dan alaskan pada meja kerja. Canai doh tadi setebal kurang lebih 0.3 cm, pasti tabur sedikit tepung semasa anda mencanai untuk mengelakkan ia lekat pada kayu penggelek @ torak.
  4. Alihkan doh ke atas acuan tart, kemas kan doh tadi dan potong bakinya. Kemudian cucuk permukaan kulit tart, letak sehelai kertas minyak atasnya dan taruk benda berat (seperti kacang merah atau kacang soya yang mentah). Bakar pada suhu 190C selamat 20 minit, pastikan kedudukannya pada rak bawah oven anda. Lepas 20 minit, alihkan kertas dan kekacang, sambung bakar lagi selama 6 - 7 minit. 
  5. Keluarkan kulit tart dari oven. Sapu dengan strawberry filling pada dasar kulit tart, tabur sedikit hirisan strawberry dan blueberry. Tuang inti cream cheese atasnya dan ratakan. Tabur baki buah strawberry dan blueberry atasnya dan bakar selama 25 minit atau hingga masak. 
  6. Keluarkan dari oven, biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam. Keluarkan tart dari acuan, ayakkan sedikit gula aising sebagai hiasan (jika suka) dan bolh hidangkan untuk minum petang....Selamat mencuba!!

SOTONG GORENG KUNYIT PEDAS..

rsz_sotong_kunyit_pedas
Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Pagi2 lagi dah hujan kat kampung che mat, kensel semua plan nak mencuci baju (tapi yang dah ter cuci pun ada tu dalam mesin basuh, huhu...basi lah alamatnya ). Bila hujan macam ni, mula lah nampak bantal aje. Nak ke dapur pun lemau macam biskut masuk angin. Tapi takpe, kena semangat. Ok, bukak peti sejuk, keluarkan apa yang perlu dan jomm kita mula masak. Paling senang sotong goreng kunyit. Tapi kali nak pedas sikit, tapi bukan sampai pedas gileer...cuma pedas2 terasa saja. Sebab saiz sotong agak comel, che mat tak kerat, terus masak sekor2 macam tu, tapi dah dibersihkan terlebih dahulu. Resipi simple dan cepat dan sedap dimakan bersama nasi panas. Kalau lepas makan gatal macam mana?...Seperti biasalah, telan ubat...kalau gatal gak, kawin satu lagi...ehhh...haha...jangan caya yea, yang tu gurau saje... Resipi seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram sotong saiz sederhana, dibersihkan*
1 1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1 camca teh garam*(*ditumbuk halus dan gaul rata dengan sotong, perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar tepung jagung
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kacau rata, masak hingga naik minyak. Sementara itu masukkan tepung jagung ke dalam sotong yang telah diperap tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam kuali dan kacau.
  2. Masak hingga sotong berubah warna. Tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika kurang masin, boleh masukkan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..


Thursday, December 18, 2014

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA..

rsz_santan_jelly
Assalammualaikum, salam Khamis. Takde apa sangat che mat nak kongsikan sama anda hari ni. Semalam Ady Budika dan isteri Sunah datang rumah che mat. Adalah masak sikit2 kasi jamu kat dia orang. Dan lepas tu ada baki santan, che mat bikin agar2 santan gula melaka. Benda ni biasa2 saja sebenarnya. Buat pun tak susah mana. Selain gula melaka, boleh juga buat aga2 seri kaya, yang kaler hijau. Pesen sama saja dengan agar2 yang macam ni cuma guna jus pandan. Agar2 santan satu hidangan yang sinonim dengan orang melayu kita. Disajikan sebagai pencuci mulut terutama di majlis2 kenduri kendara. Ada juga yang panggil agar2 ini, agar2 gudel atau agar2 lumut....tapi benda yang sama...

rsz_santan_jelly1
Senang ke nak membuatnya? Pada che mat agar2 santan antara agar2 yang paling senang nak buat. Dulu che mat kalau buat agak kurang menjadi terutama part lapisan atas dan bawah. Tapi bila lama dah buat dan baca tips2 yang dikongsi oleh mereka2 yang pakar membuatnya, alhamdulillah, menjadi juga 2 lapis. Paling mudah anda guna agar2 serbuk 1 paket 10 gram tu. Tapi jangan keliru antara agar2 dan jelly powder. Jelly powder, dia lebih kenyal seperti sumi. Kalau agar2 lebih pejal sedikit. Anda boleh bekukan agar2 santan menggunakan acuan kegermaran anda. Kalau anda guna loyang 4 segi, saiz 8 inci x 8 inci x 1 inci amat2 sesuai. Ok, bagi yang nak mencuba, che mat tuliskan resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket serbuk agar2 (sebarang jenama, dan pilih yang tanpa warna)
1/3 cawan gula melaka, hiris*
1/4 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
Air secukupnya
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji telur, dipukul sedikit
Santan secukupnya (anggaran 150ml)
Secubit garam
1/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan serbuk agar2 ke dalam periuk. Tuang air gula merah dalam jug penyukat. Tambah air sehingga mendapat sukatan sebanyak 1 liter. Masukkan ke dalam periuk berisi serbuk agar2 tadi bersama daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga agar2 larut, kacau sentiasa.
  2. Sementara itu, masukkan telur ke dalam satu bekas, tuang santan, masukkan garam dan esen vanilla. Kacau rata dengan garfu. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam periuk berisi agar2, keluarkan daun pandan, kecilkan api. Perlahan2 tuang bancuhan santan + telur tadi. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap (dalam 1 minit). Matikan api dan tuang dalam acuan kegemaran anda. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk..

Tuesday, December 16, 2014

GULAI NANGKA MUDA LADA HITAM

rsz_nangka_muda_gulai

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak gulai nangka muda lada hitam. Nangka muda ini ada ceritanya. Sabtu lepas che mat ke majlis kenduri kawin adik perempuan pada salah seorang teman FB che mat, di Benut. Al kesahnya kami dilayan amat mesra dan baik sangat. Satu yang menarik, keluarga mereka dari kalangan orang Bugis dan dah tentu ada makanan2 tradisi orang bugis yang dihidangkan. Ada satu yang che mat perasan, sejenis kuih baulu yang dipanggil 'Baulu Pecak'. Tidak seperti kuih baulu biasa, ia menggunakan gula merah dan di kukus. Rasa amat berbeza tapi manis. Lagi satu makanan seperti pecal jawa, tapi menggunakan pucuk paku hijau @ pucuk paku perak yang dicelur dan sosnya kuah kacang seakan2 kuah pecal, tapi takde rasa cekor dan ditambah ikan bilis...memang unik... Terima kasih che mat pada Puan Mia Madeha Amin atas jemputan....dan..ada lagi...

rsz_nangka_muda_gulai1

Masa balik tu che mat diberi nangka muda yang boleh dibuat sayur, bak kata orang2 tua rezeki jangan ditolak, yea dak...ku hangkut bawak balik. Dan hari ini terhasilkan menu gulai nangka muda lada hitam. Anda pasti biasa nampak menu macam ni di blog che mat, betul tak?..Dan ia memang menjadi kegemaran bonda dan bak. Ada orang mereka tak boleh makan nangka, angin dan sebagainya, tapi kami setakat ini alhamdulillah takde mendatangkan apa2 alahan. Bila menu macam ni, seperti selalu. Sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng jangan dilupakan, baru lengkap hidangan anda....Ok, jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda (nangka sayur) yang telah dibersihkan dipotong kiub, rendam
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 biji bawang besar, hiris
4 biji bawang putih, diketuk
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk hancur
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
1/4 camca teh serbuk kunyit
1200 ml santan cait
450 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Toskan nangka, masukkan ke dalam periuk bersama udang kering, serai titik, hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan santan cair. Kacau dan masak hingga nangka lembut. Tambah air jika perlu.
  2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), dan lada hitam tumbuk. Kacau rata dan tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api kecil. Tambah daun kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin...ehemmm.

Monday, December 15, 2014

CEKODOK UDANG GERAGAU...

rsz_cekodok_gerragau

Salam semua. Petang tadi cuaca agak mendung, dan bila dok termenung, mulalah gatal tangan nak buat cemilan. Tempoh hari masa ke Johor, che mat singgah pasar kipt mart dan nampak ada jual udang geragau. Beli lah 2 pinggan RM 5, plan nak bikin cekodok geragau. Dulu che mat alah makan udang geragau, nanti jadi meruam2 pada kulit. Tapi sejak ni alhamdulillah, dah ok, tak perlu makan ubat pun tak gatal. Kalau alahan macam mana nak makan belacan, yea tak. Kan belacan dan cencalok diperbuat dari udang geragau. Ada yang panggail gerago atau udang pepai. Udang ni kadang2 saja jumpa jual yang segar. Kalau yang telah dikeringkan tu biasa ada dijual....

rsz_cekodok_geragau1

Memandangkan che mat agak rajin, maka ku jalankan projek cekodok udang geragau, macamlah susah beno. Che mat guna kurang lebih 1 cawan udang geragau yang telah dibersihkan. Tapi dalam gambar atas ni, tak nampak pulak udang geragau, sebab saiz dia kan kecil. Tapi rasa dia memang ke udangan geragau sangat. Satu lagi, tadi, che mat makan dengan kuah kacang, semalam punya....Sedap lah. Tapi kat gambar tu che mat guna sos cili aje. Bagi yang ragu2 nak bikin cekodok udang geragau, che mat kongsikan resipinya dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan udang geragau segar
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, potong kecil
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
2 cawan tepung gandum
1 biji telur dipukul sedikit
1/4 camca teh baking powder
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sos kegemaran anda untuk dimakan bersama cekodok

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Udang geragau diletak dalam tapis kemudian lalukan bawah air paip, gunakan tapis berlubang kecil untuk mengelakkan udang geragau lolos. Perah sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga bahan lain kecuali air, garam dan sos. Kacau rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diadun dan air habis. Masukkan garam secukup rasa, dan kacau rata. Rehatkan adunan 10 minit. Kemudian sudukan 1 camca besar adunan dalam minyak panas dan goreng hingga masak. Pastikan jangan goreng terlalu banyak (ikut saiz kuali yang anda guna). Goreng hingga kuning keemasan pada semua bahagian cekodok. Angkat dan toskan.
  3. Buat kaedah sama untuk baki adunan, Hidangkan bersama sos kegemaran anda untuk minum petang atau sarapan pagi...Selamat mencuba!!

RENDANG DAGING GUNA PES PACERI TOK MOMMY KITCHEN...

rsz_tok_mommy_rendang_daging

Assalammualaikum, hari ni che mat Monday Blues sangat, tak berapa mo rajin, macam rasa nak bermalas2 aje. Dan bertambah malas bila perlu melangkah ke dapur. Kalau ikutkan hati telur goreng mata kobau curah kicap Jalen, potong2kan bawang dan cili padi sudah cukup sangat. Tapi itu untuk che mat. Bagaimana pulak yang lain. Dalam duduk memikirkan menu apa nak masak sampai che mat up di FB tadi, sebab blurr sangat tatau nak masak apa. Tiba2 teringat pes paceri Tok Mommy Kitchen yang ada dalam peti sejuk. Nak bikin paceri, nenas takde, terung pun takde juga. Ok, sambung fikir lagi, mencari2 idea untuk menderhaka. Dan dengan izin Allah maka idea derhaka itu sampai jua. Ada daging batang pinang dalam 1 kati (600 gram) dalam freezer, hmmm, apa kata che mat bikin rendang guna pes paceri tok mommy kitchen...Haaa...biar betul?...Logik ke nak bikin rendang dengan pes paceri?...ehemmm...

rsz_tok_mommy_rendang_daging1

Dan seperti biasa che mat mulakan operasi. Ok, secara asas rendang anda perlukan kerisik. dan pes paceri ini memang ada kerisik dalamnya (dari apa yang che mat rasa lah), dan anda perlu juga bahan2 tambahan untuk menjadikan menu anda 'rendang'. Kalau main lebur gitu aje, jadi pulak paceri daging...erkk..anehnya!. Memasak ni anda kena kreatif. Jika guna pes instant, tak perlu terikat sangat, be creative, be wild....ok. Dan che mat tambah cili padi untuk kasi pedas (boleh ganti dengan cili kisar dalam 1 - 2 camca besar), santan wajib lah sebab nak dapat rasa lemak rendang. Bahan2 lain tu nanti che mat tulis yea. Kalau tak makan daging, boleh ganti dengan ayam. kalau dapat ayam anda potong pada saiz sederhana, jangan besar sangat, tak comey dehh. Rasa rendang tu macam mana?..SEDAP GILEERR!!.. Sebarang pertanyaan anda boleh singgah di FB Tok Mommy Kitchen di sini atau boleh rujuk entri ini...Ok, jomm kita mula memasak, in sha Allah tak sampai 30 minit anda boleh merasi keenakan rendang dari dapur anda sendiri.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan
1 paket pes paceri tok mommy kitchen
1 cawan pati santan (guna santan kotak pun ok)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, mayang halus
2 helai daun limau purut
15 biji cili padi kampung, tumbuk halus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tuang santan ke dalam kuali, masukkan pes paceri tok mommy kitchen dan cili padi yang ditumbuk halus tadi, kacau rata. Masukkan serai dan masak hingga mendidih, kecilkan api dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata, masak dengan api kecil dan kacau selalu.
  2. Terus memasak hingga pekat. Masukkan asam gelugor dan daun limau purut. Biar hingga rendang kering seperti anda membuat rendang tradisional (kering di sini bukan lah kering kontang, tapi masih lembap2 lagi). Akhir sekali masukkan daun kunyit, gaul rata dan boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi atau ketupat...Tak sampai 30 minit, dah siap rendang...
CATATAN MAT GEBU :- Dengan menggunakan pes paceri tok mommy kitchen, anda tak perlu tambah garam atau gula, semua dah cukup rasa. Dan jika anda suka rendang kemerah-merahan, gantikan cili padi dengan 1 atau 2 camca besar cili kisar, yang ni ikut lah kalau suka pedas taruk lebih, tak suka boleh kurangkan...Selamat mencuba!!..

Sunday, December 14, 2014

LAKSA ASAM DARI PES ASAM PEDAS TOK MOMMY KITCHEN?..

rsz_tok_mommy_laksa_asam

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat malas nak masak, tapi tadi masak gulai siput sedut sama rebung dan goreng pucuk paku (eerr...tu bukan masak ke?...pening kejap). Yang tu semua che mat takmo jadikan entri blog sebab dah kerap sangat buat. Satu lagi, entah kenapa tak pasal2 ni hari tekak nak sangat makan laksa asam, mood pulak tak berapa stabil sangat. Tapi kan nasib baik che mat ada idea dan memang dalam peti sejuk ada simpan baki pes asam pedas Tok Mommy Kitchen. Siapa kata pes2 segera seperti pes asam pedas tok mommy kitchen kita tidak boleh ubah jadikan sesuatu yang lain. Bukan hanya untuk dimasak asam pedas semata. Betul tak, jadikan diri anda lebih kreatif....kan kita yang buat dia..

rsz_tok_mommy_laksa_asam1

Ok, macam laksa asam ni, che mat gunakan isi ikan kembong. Katalah anda takde ikan kembong, boleh saja guna isi ikan sardine dalam tin, atau guna isi ikan tuna dalam tin. Tumbuk atau lecek hingga hancur dan masukkan ke dalam kuah. Tapi seperti anda tau, kuah laksa asam harus ada daun kesom dan bunga kantan. Dan kalau perlu tambahlah asam gelugor dan garam. Untuk 1 paket pes asam pedas tok mommy tu boleh hidangkan untuk 4 orang, bergantung pada saiz lah kan. Kot2 masa tengah lapar sangat2, anda hadap 1 mangkuk besar punya, idok leer boleh sampai 4 orang, yea bukan. Sebarang pertanyaan untuk pembelian dan penghantaran anda boleh rujuk entri ini atau ke FB rasmi mereka di sini jangan lupa klik LIKE dulu ok.. Errr ada juga yang masih tak tau cara nak bikin laksa asam ni? Ok tak pe, che mat tulis cara2 che mat oter pes asam pedas tok mommy menjadi laksa asam yang ada ummphh!!....Jommmm!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket pes asam pedas 'Tok Mommy Kitchen'
2 keping asam gelugor
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
4 ekor ikan kembong saiz besar*
2.5 liter air*(* direbus hingga ikan masak)
Garam secukup rasa (jika perlu)

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Timun, dihiris halus
Bawang besar, dimayang halus
Daun kesom, dihiris halus
Bunga kantan, dihiris halus
Daun salad, dihiris halus
Nenas dipotong kecil (tak letak)
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rebus hingga lembut)
Telur rebus, dibelah 2
Limau kasturi, dibelah 2
Petis @ otak udang secukupnya
Sedikit kicap jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LAKSA ASAM :- Asingkan isi ikan dari tulang dan tumbuk hancur. Kisar tulang ikan, gunakan air rebusan tadi dan tapis ke dalam periuk. Masukkan pes asam pedas tok mommy kitchen, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugor, bunga kantan dan daun keson. Kacau dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu (rasa dulu baru taruk garam). Masak 15 minit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ok..siap dah kuah laksa asam...
  2. UNTUK LAKSA ASAM :- Jika anda guna mi laksa segar, jirus dengan air panas dan cuci bawah air paip. Toskan dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa hingga penuh. Tabur bahan2 ulam, letak 1/2 biji telur rebus, belahan limau kasturi dan sudukan petis atas laksa asam tadi. Jika suka boleh renjiskan sedikit kicap. Hidangkan segera.....ehemm, jemput makan semua.... 

Saturday, December 13, 2014

CRANBERRY MINI APPLE PIE....

rsz_cranberry_apple_pie
Assalammualaikum, salam Sabtu. Entri hari  ni sama macam yang tu hari tapi tak berapa sama sangat...haha, ada yang pening dah tu. Ingat entri apple pie mat gebu tempph hari?. Che mat buat lagi, tapi kali ni guna acuan kecil, kecil pun tak juga lah, saiz tapak tangan. Kali ni sedikit perubahan dalam intinya. Kalau yang dulu guna kismis, kali ni guna cranberry. Ada yang tanya, pasal pastry, ada kah che mat beli ready made atau bikin sendiri. Seelok2nya buat sendiri. Bukan susah mana pun. Yang penting anda kena guna mentega dan lemak sayur disejukkan, tepung gandum (ada yang guna tepung halus) serta sedikit air ais. Doh perlu disimpan dalam peti sejuk 30 minit.

rsz_cranberry_apple_pie1
Che mat guna 6 biji epal hijau, sebab saiz dia agak kecil, tu yang guna lebih. Untuk mendapat inti pai epal yang sedap, goreng epal yang telah dikupas kulit dan dipotong kiub dengan mentega hingga layu. Masukkan serbuk kulit kayu manis. Kalau takde, anda boleh campakkan sebatang kayu manis dalam dia. Ada juga yang komen dalam entri lepas, mereka cadangkan makan epal pie sama aiskrim vanilla, sedap jugak kan. Baki doh yang che mat simpan tu nanti plan nak bikin chicken pie pulak, tunggu yea kalau ada kesempatan nanti. Resipi sama saja, tapi che mat tuliskan sekali lagi untuk memudahkan anda...

BAHAN-BAHAN PASTRY :-)
300 gram tepung gandum
120 gram mentega sejuk didadu kecil
40 gram lemak sayur (shortening), didadu kecil
1 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
4 - 5 camca besar air ais
1 kuning telur*
Beberapa titik esen vanilla*
1 camca besar susu segar*(*disatukan dan kacau rata)

BAHAN-BAHAN INTI :-)
6 biji epal hijau saiz sederhana
100 gram cranberry
3 camca besar mentega
2 1/2 camca besar gula perang (atau secukup rasa)
1/4 camca teh garam
1 camca teh serbuk kulit kayu manis
1/2 camca besar tepung jagung*
3 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PASTRY :- Ayak tepung dan gula aising ke dalam mangkuk adunan. Masukkan garam halus, mentega dan lemak sayur (pastikan kedua2nya sejuk). Gaul dengan hujung jari hingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  2. UNTUK INTI APPLE PIE :- Epal dikupas, kemudian, rendam dalam air (perah sedikit jus lemon untuk mengelakkan epal cepat lebam). Belah 6 setiap 1, buang bahagian tengahnya dan potong kiub, buat hingga siap. Ketepikan sebentar (tak perlu direndam). Panaskan mentega dalam periuk, kemudian masukkan epal tadi dan goreng hingga layu.
  3. Tambah gula perang, serbuk kayu manis, garam dan cranberry. Terus memasak hingga epal lembut. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masak sekejap hingga pekat, guna api kecil. Alih ke dalam bekas lain dan biarkan sejuk.
  4. UNTUK CRANBERRY MINI APPLE PIE :- Keluarkan doh dari peti sejuk. Bahagikan kepada 2 bahagian, simpan kembali yang sebahagianya dalam peti sejuk. Sebab che mat bikin mini apple pie menggunakan acan bersaiz kurang lebih 3 inci, che bahagikan 1/2 doh tadi kepada 10 bahagian. Tabur tepung pada meja kerja atau anda boleh guna plastik yang bersih. Canai sebiji doh dari 10 biji tadi, hingga mendapat saiz lebih besar dari acuan. Masukkan ke dalam acuan dan kemaskan. Potong lebihan pastri tadi. Kemudian cucuk2 dengan garfu. Buat hingga siap.
  5. Isikan dengan inti apple. Guna 1/2 bahagin doh (yang anda simpan dalam peti sejuk) tadi sebagai penutup apple pie anda (yang ni buat lah ikut suka,  corak apa yang anda inginkan, atau boleh tutup macam tu saja guna pastry). Sapu bancuhan kuning telur dan bakar pada suhu 175C selama 30 minit, guna api bawah sahaja dan letak apple pie pada rak bawah. Kemudiah tukar pada api atas dan bawah, alih apple pie pada rak atas dan bakar sekejap hingga permukaan pie kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Berhati2 keluarkan apple pie dari acuan dan letak dalam paper cup. Boleh hidangkan.

Friday, December 12, 2014

DARI DUNIA MAYA KE ALAM NYATA....

Khamis semalam (11.12.2014), Ben Ashaari berkunjung ke rumah che mat. Masih ada yang tertanya2 macam mana boleh kenal ben?. Senang cerita, ini semua kerja Allah swt...bukan tak sudi nak jawab, tapi dah penat dan letih. Ada entri pasal ni samada di DTS dan BA, anda boleh google yea. Dulu datang berdua, kemudian bertiga dan sekarang berempat. Makin besar Zahra, baik dan tak banyak karenah. Muka comel, senyum agak mahal, ketat macam dady dia juga...Tapi opkos lah Zahra nya ketat lebih kiut. Masa Ben sekeluarga datang semalam, che mat keseorangan, sebab bonda dan lain2 ke LBJ, ada saudara kami meninggal dunia (al-fatihah). Tapi takpe, janji che mat ada..in sha Allah semua beres..... 

Qhaliff makin besar bijak dan kacak. Pipi menten gebu aje. Perubahan agak ketara, nampak lebih bertanggungjawab dan berdikari. Pandai menyesuaikan diri. Satu yang che mat suka, pembawakan diri Qhaliff, baik dan 'behave' sangat, part ni memang salute pada Ben. Bukan mudah mendidik anak2. Mungkin ada yang beranggapan, che mat terlalu awal memberi pujian. Namun begitu, tingkah laku anak2 bermula dari peringkat awal cara didikan yang diberi..setuju kan. Tu pasal che mat respek kat Ben...Nak2 dengan Zahra lagi dan akan datang dengan yang baru lagi.....err...anak leer, bukan bini baru!...haha....sorry Zila...

Terima kasih juga atas tanda ingatan dari Ben, bukan import dari Paris, tapi memang dia pi beli di Paris sedikit masa dulu...yang tu pun anda boleh google kalau nak tau cerita kenapa Ben Ashaari ke Paris. Semata2 datang ke Sedenak untuk kasi benda ni 'by hand' pada che mat?.. Huhu, terharu dengan masa dan tenaga yang diluangkan...Bila che mat menulis entri untuk seseorang, bukan tujuan mencuri 'kepopulariti' mereka. Tetapi sekadar menceritakan jika kita bersahabat kerana Allah swt, in sha Allah dari dunia maya ke alam nyata dan mudah2an hingga ke syurga...aminnn.....Terima kasih sekali lagi...

Adnan Ibrahim @ Che Mat Gebu



CONGO BARS...SENANG DIBUAT...

rsz_congo_bars
Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Uikk awalnya entri minum petang?...Tak masak tengah hari ke? Semalam che mat memerima kunjungan Ben Ashaari sekeluarga, dan memang che mat masak lebih. Jadi hari ni masak nasi saja, lauk2 semalam kasi panaskan dan boleh makan. Nak dijadikan entri pun menu2 biasa saja. Nak tau apa che mat masak semalam?...ada gulai kambing, asam pedas ikan pari, gulai rebung, sambal tumis petai dan sayur campur. Tak lupa sedikit pencuci mulut termasuk resipi yang akan che mat kongsi kejap lagi. Siapa sini pernah bikin congo bars?...

rsz_congo_bars1
Congo bars bole dikatakan popular dan sering muncul di blog2 masakan, FB dan InstaGram. Che mat sendiri tak berapa teruja sebenarnya nak bikin congo bars walaupun ia telah menjadi satu benda yang viral diblog2 masakan. Dan semala tergerak hati dan mencuba, sedap ke?..dan ada yang che mat terbaca, mereka buat tapi tak menjadi. Maka che mat pun google, bila tengok resipi (kat blog ABM), senang banget, dah lah tak banyak, lepas tu tak banyak karenah membuatnya. Yang penting anda kena bakar dalam tin yang bersaiz 10 inci x 10 inci untuk mendapat congo bars yang elok dan cantik. Tunggu sejuk baru potong. Seperti gambar2 congo bars yang bersepah kat internet, dipotong dan taruk dalam paper cup untuk nampak lebih menarik....comel kan?...Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
220 gram gula perang (resipi asal 280 gram)
3 biji telur gred A
315 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 camca teh garam (che mat guna 1/4 saja, sebab guna mentega jenis salted)
1 camca teh esen vanilla
1 cawan coklat chip (atau ikut suka)
1 cawan flakes almond (atau ikut suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin atau loyang kek berukuran 10 inci x 10 inci dengan mentega dan alas kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula perang dan garam hingga berkrim, tak perlu sampai kembang sangat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Tambah esen vanilla, 1/3 bahagian coklat chip dan 1/3 bahagian flakes almond. ke dalam adunan. Gaul rata dengan spatula. Tuang ke dalam tin pembakar dan ratakan. Tabur baki coklat chip dan flakes almond atasnya. Bakar 30 minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang.


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.