BEN ASHAARI

Monday, June 30, 2014

SEMUANYA BERGANTUNG PADA 'NAWAITU'

Salam Ramadan, tamat sudah 2 hari kita berpuasa, alhamdulillah. Bila bulan Ramadan menjelma saja, kami blogger2 masakan turut merasa tempias, bukan tempias glamer, tapi tempias rasa dihargai bila blog2 masakan menjadi tumpuan mereka2 yang mencari resipi2 mudah untuk dimasak. Dan kami seperti biasa berkongsi resipi2 yang kami masak di laman2 sosial seperti FB, InstaGram dan twitter dengan ikhlas (in sha Allah walapun hak mutlak menentukan ke ikhlasan itu hanya ada pada Allah swt). Tapi dalam masa sama, macam2 isu timbul. Che mat bukan menolak pandangan orang2 bijak pandai, cuma ada tu terus terang kata 'haram' lah tayang2 benda makan di bulan puasa...Persoalannya, kalau apa kami buat tu salah, haram atau bercanggah dengan hukum agama, habis rancangan2 masakan di TV, apa cerita, tak haram ke?..

Benda macam ni che mat rasa bukan satu isu besar, tapi pandangan2 orang yang hati mereka selalu ke arah negetif yang membuatkan ia nampak tak elok, janggal dan sebagainya. Niat atau nawaitu kami berkongsi resipi dan gambar masakan hanya untuk membantu suri2 rumah tangga dan mereka yang memerlukan. Walaupun bukanlah dapat membantu 100%. Satu lagi ada yang tulis, kalau nak tayang gambar2 masakan tunggu lah lepas berbuka, memang boleh, tapi masa tu kan surirumah dah mula sibuk hal2 lain, takkan lah dia orang nak mengadap skrin laptop manjang. Masing2 ada komitmen, nak2 dalam bulan ramadan macam ni. Dan ada juga yang beri idea, blog masakan patut bercuti bila bulan puasa...maaf kata lah, idea anda itu amat "BODOH"...kalau tak suka, jangan singgah dan blog2 masakan bukan menyalurkan isu2 yang tidak elok atau mendidik anda berkelakuan sumbang, kenapa harus cuti?...Sepatutnya blog2 gossip celah kain orang yang harus bercuti....

Kadang2 kita manusia ni, sering menuding jari jika berlaku kesilapan pada diri sendiri. Kalau diri sendiri tak tahan puasa sebab tengok gambar masakan dalam FB, anda cuti lah ber FB, kalau tak suka mereka2 yang selalu berkongsi2 resipi dan gambar2 masakan, anda unfriend sajalah, tak perlu nak berkomen hebat sangat. Kami tak memaksa untuk anda suka dan taksub sangat dengan gambar2 makanan atau resipi2...kami juga tak memaksa anda melihat sampai nak gugur bijik mata dan kami pun tak paksa anda jadi sahabat FB kami. Bukan kekwat atau berlagak, cuma rimas dengan munculnya ustaz2 'segera' bila tiba bulan Ramadan...Apa2 kami buat biarlah Allah swt yang menilainya, dan ia akan jadi negatif bila anda orang yang berfikiran ke arah negatif dan begitu juga sebaliknya....Ampon maaf jika entri ini agak biadap terutama di bulan mulia ini...Selamat menjalankan ibadah puasa, moga kita semua dirahmati Allah swt.

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

rsz_petai_sambal_udang
Nak buat ke tak nak...nak buat ke tak nak, tapi memang mengidam sangat untuk makan sama nasi, ikan goreng dan ulam masa bukak puasa nanti. Fikir lah, terutama pasal haruman dia yang begitu memengsankan. Dan akhirnya che mat buat keputusan muktamad tanpa ada hasutan dari mana2 pihak. Terjadilah sambal tumis udang petai untuk berbuka puasa nanti. Yep, ini che mat masak awal, dan sebab ada masa sikit, cepat2 ku jadikan ia entri panas dari dapur mat gebu. Udang yang che mat guna bersaiz agak besar, dan guna dalam 15 ekor macam tu. Petai pulak ikut suka. Che mat guna isi dari 2 papan petai. Tak boleh buat banyak, sebab bulan puasa. Selain udang, sotong pun sedap gak masak macam ni. Sambal tumis pun nak buat entri ke?....Harus, sebab ada juga yang tak berapa reti nak masak sambal tumis...jadi entri ini khas pada mereka yang memerlukannya...terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 camca teh pes asam jawa
3/4 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah 1 camca besar minyak jika perlu.
  2. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman....


AYAM MASAK BRIYANI...

rsz_ciken_briyani
Assalmmualaikum, salam 2 Ramadan 1435 Hijrah. Entri pertama hari ni che mat share apa yang che mat masak semalam. Biasanya kalau bulan ramadan, juadah berbuka che mat biasa2 saja. Ringkas dan tidak lah yang meriah sangat. Jadi semalam selepas tercongak2 nak masak apa kat dapur, maka che mat ambik keputusan buat ayam briyani. Resipi mudah2 saja, tak guna santan, tapi susu cair. Sebab rumah che mat penduduk hanya 4 orang, maka ku buat kurang lebih 1/2 ekor (dalam 500+ gram macam tu, ayam saiz sedang2). Masa dah siapkan bahan2 yang ada, tiba2 che mat takde rempah briyani...masalah nih, korek2 lagi dalam peti sejuk, maka terjongollah rempah briyani MAGGI, errrr...boleh lah dari takde. Cuma rempah beriani maggi ni anda kena hati2 sikit dalam penggunaan garam, sebab dia memang dah ada garam. Tapi dalam resipi che mat akan tulis rempah beriani biasalah yea dan dalam resipi che mat tulis untuk seekor ayam...Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi berperisa...Kalau nak cuba masak untuk berbuka nanti, che mat kongsikan resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1+ kg), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca besar kunyit serbuk*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
1 genggam kismis
1/2 cawn susu sejat IDEAL
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji)
5 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar sos cili JALEN
2 camca besar tomato puree
5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
5 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api, hias dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa..


Sunday, June 29, 2014

GULAI SIPUT SEDUT SAMA BATANG KELADI...

rsz_siput_sedut_masak_lemak (1)
Assalammualaikum, salam 1 Ramadan 1435 Hijrah. Ehh...tengok tu che mat, time2 macam ni dia keluarkan menu tengah hari pulak...hahaha, memang betul sangat, tapi bukan lah masak tadi, ni dah 2-3 hari lepas, cuma tak dann nak jadikan entri. Maka sebagai pembukaan entri pertama Ramadan, che mat masukkan gulai siput sedut sama batang keladi. Batang keladi ditaja oleh Mak Jah Kg Parit Rasipan, Batu Pahat. Johor...ehemmm. Nak cerita sikit, siput yang kami masak tu hari kurang lebih 2 kg!, kus semangat, jenuh bonda menyunatkannya, che mat tukang masak aje. Sebab banyak, maka dibagi lah pada anak2 buah dan jiran jauh kita orang. Nanti dalam resipi che mat tulis 1 kg saja. Keladi tu jenis keladi minyak dalam satu pokok. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok sederhana keladi minyak @ keladi sayur
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
Secubit belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput sedut dicuci bersih, kemudian potong muncung siput sedut tadi, potong pada ruas ke-3 dari atas. Guna ragum atau player untuk memudahkan kerja. Cuci bersih dan toskan. Batang keladi dibuang kulit luarnya, kerat2 pendek dan celur dalam air mendidih yang dimasukkan asam gelugor, hingga lembut. Kalau nak masukkan ubi keladi pun boleh, rebus dulu kasi 3/4 empuk. Ketepikan.
  2. Masukkan siput dalam bekas besar. Kemudian tuang air, cedok siput sedut guna tangan dan masukkan ke dalam periuk, dengan cara ini serpihan kulit siput akan tertinggal. Kemudian tambah serai titik dan bahan2 kisar halur. Kacau rata dan masak hingga siput berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor dan ubi keladi (jika guna). Masak hingga ubi keladi empuk. Tambah batang keladi, tuang pati santan, kacau dan biar mendidih. Masukkan daun kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap hingga batang keladi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng..

Saturday, June 28, 2014

SINGGANG SERANI IKAN PARI...

rsz_serani_singgang_pari
Assalammualaikum, salam semua. Sebelum tu che mat mohon maaf sebab entri ni patutnya dah masuk dalam blog 2-3 hari lepas, ntah macam mana boleh tertinggal...grrr...faktor usia dah semakin remaja, macam tu lah. Singgah serani ikan pari antara hidangan ringkas yang menjadi kegemaran che mat dan bonda. Ianya pedas, beraroma, hangat dan membangkitkan selera, terutama jika anda kurang sehat. Bulan puasa pun sesuai dihidangkan, cuma pedas tu anda boleh kasi kurang sikit lah. Selain ikan pari, che mat suka guna ikan tongkol, nak2 ikan tongkol putih. Kalau ada bunga kantan, boleh juga dimasukkan, tapi bunga kantan bukan bahan wajib, kalau serai tu memang perlu. Ok, sebab ia ringkas dan senang dibuat, tak perlulah bercerita panjang, jomm lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
2 batang serai, diketuk
1 biji tomato, belah 4
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis MAGGI (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang, sebagai hiasan

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HANCUR :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
10 - 15 biji cili padi
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci dan perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak dalam periuk. Tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan2 tumbuk hancur dan masak hingga naik minyak.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 700 ml), kacau rata dan masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna), biar mendidih. Tambah ikan pari, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Masak hingga ikan pari masak, masukkan tomato, biar sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan, jika suka..

Friday, June 27, 2014

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA...

rsz_ikannn_masak_cuka
Assalammualaikum, salam semua. Che mat baru sempat nak ber on9 depan laptop. Siang tadi masak gulai siput sedut untuk Bak. Dan che mat pula bikin ikan tenggiri masak cuka. Ada yang tanya ikan masak cuka tu macam mana?. Ikan masak cuka tu kurang lebih macam masak acar. Anda boleh guna apa2 jenis ikan yang anda suka. Che mat lebih gemar ikan tenggiri. Menu ini juga sesuai untuk berbuka dan bersahur di bulan Ramadan nanti. Perasan tak che mat masukkan timun?..Anda juga boleh tambah lobak merah. Kalau suka pedas, gantikan cili merah dan cili hijau dengan cili padi merah dan hijau, anda ketuk2 sedikit sebelum dimasukkan ke dalam ikan masak cuka. Sempena bulan Ramada nanti in sha Allah che mat akan berkongsi resipi yang ringkas dan senang dimasak untuk memudahkan anda hidangkan pada keluarga...Jommm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tenggiri saiz kecil, kerat 3 setiap seekor, dibersihkan, cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 biji timun saiz kecil, kerat 3, buang empulur dan hiris seperti anak mancis
1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris seperti anak mancis
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris seperti anak mancis
7 biji bawang merah kecil, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1/2 inci halia, hiris halus
3 camca besar cuka JALEN
1 camca teh serbuk kunyit
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3/4 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat dan toskan. Panaskan kuali, masukkan 3 camca besar minyak masak. Masukkan biji sawi dan masak sekejap, kemudian masukkan semua bahan2 tumis, bawang putih, halia dan bawang merah. Masak hingga bawang layu.
  2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Tuang cuka, kacau dan masukkan air. Biar mendidih. Tambah timun dan masak hingga timun lembut sedikit. Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan gula dalam 1 camca besar penuh atau secukup rasa. Masak hingga pekat dan rasa, jika ok bole matikan api. Hidangkan bersama nasi panas. Boleh juga dimakan bersama nasi berperisa seperti nasi tomata atau nasi minyak.


Thursday, June 26, 2014

TIPS DAPUR DI BULAN RAMADAN..

Assalammualaikum, entri kali ini lain sikit dari selalu...buka masak2 tapi masih ada berkaitan dengan masakkan. Kadang2 bila bulan puasa, terutama yang bekerja, masa agak terbatas, bekerja lagi, nak masak lagi...peninggg!. Ke bazar tu memang boleh, tapi memasak pun perlu juga untuk keluarga. Oleh itu, entri kali ni jomm kita share tip2 di bulan ramadan bagi memudahkan kerja2 anda di dapur. Che mat pun bukan lah pandai sangat dalam hal2 ni, apa yang che mat tulis dan kongsikan hanya berdasarkan pengalaman di dapur. Anda pun kalau ada tips berguna boleh tinggalkan di ruangan komen, kita bertukar2 idea....Selamat berpuasa semua!!..

1 - Untuk yang bekerja che mat cadangkan anda boleh siapkan plan untuk seminggu, kalau ada ikan atau ayam, siang dan bersihkan dulu. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Asing2kan dalam plastik bersih. Kalau rajin, anda boleh labelkan plastik beg tadi untuk dimasak pada hari apa. Setiap plastik isi secukupnya ikan atau ayam untuk anda masak pada hari itu. Biasanya bulan puasa menu simple2 lebih disukai....

2 - Kupas bawang putih, bawang merah, bawang besar dan kisar secara berasingan. Kisar juga cili kering (kalau suka). Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk. Tak perlu lah kisar terlalu banyak, kalau lama2 sangat pun rasa dia nanti tak sedap. Anda agak2 lah untuk masak 3 - 4 hari macam tu.

3 - Pes2 masakan segera juga perlu ada, terutama untuk dimasak waktu sahur. Pes2 ini anda boleh beli atau boleh buat sendiri dan bekukan. Ok, che mat kasi contoh, macam asam pedas. Anda boleh buat rencah2 asam pedas dan tumis seperti anda buat sambal tumis. Masak dengan api kecil hingga naik minyak. Kemudian sejukkan, simpan dalam botol dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila nak guna, anda tinggal didihkan air, cedok pes tadi (yang ni agak2 lah yea) dan masukkan. Tambah asam jawa, masukkan ikan, daun kesom dan sayuran seperti terung, bendi atau tomato. Sesuaikan rasa, dah siap...Begitu juga sambal asas untuk anda masak mi goreng dan sebagainya. Buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk.

4 - Satu lagi yang che mat selalu nampak bonda buat kalau beli sayur seperti kangkung, pucuk manis dan sayur2 berdaun, ialah, sayur2 tadi biar dalam keadaan kering, kering kat sini bukanlah layu, tapi tak basah. Kemudian disiang dan simpan dalam bekas plastik bertututp (guna bekas plastik bulat yang isi kuih baulu, saiz besar). Kemudian simpan dalam peti sejuk. Tahan sampai 3 hari atau lebih, sayur tak lecur pun, masih segar. Ini juga anda boleh pratikkan dalam bulan ramadan untuk mempercepatkan kerja...

5 - Kalau ada lebih2 air minuman yang tak habis pada masa berbuka puasa,..apa kata anda jadikan eskrim Malaysia. Tapi bila dan jadi eskrim, jangan pulak dimakan tengah hari esoknya, kes naya tu. Kalau ada 2-3 jenis air, lagi bess, jadikan eskrim semuanya. Selain air, manisan seperti bubur kacang, bubur pulut hitam juga anda boleh jadikan eskrim Malaysia. Hmmm...sedapnya..

6 - Kalau anda masak menu yang agak susah dan berat seperti rendang atau kari daging. Boleh saja didingin bekukan untuk dimakan pada hari2 mendatang. Yang penting, anda kena biarkan masakan tadi betul2 sejuk. Isikan dalam bekas, tutup rapat dan terus masukkan dalam freezer, seelok2nya kasi label lah, samada rendang atau kari. Bila nak makan, panaskan dalam microwave. Jangan kata 'hek eleh' dengan apa che mat tulis ni. Bila anda kesuntukkan masa, ia pasti membantu..

7 - Simpan air rebusan untuk memudahkan kerja anda, manalah tau kalau anda nak bikin mi sup ke atau mi2 yang berkuah. Air rebusan samada air rebusan tulang lembu atau ayam, anda boleh bekukan. Ada che mat nampak dia orang bekukan dalam bekas untuk membuat ais kiub. Jadi bila nak guna ambil beberapa ketul dan masukkan ke dalam kuah. Masak megi pun boleh masukkan juga untuk rasa lebih ampuh. Kaedah ini boleh anda praktikkan kalau tak suka guna kiub2 ayam atau daging..

8 - Sardine antara makanan segera yang menjadi pilihan untuk bulan puasa terutama masa bersahur. Jangan lupa simpan beberapa tin dalam kabinet dapur anda. Sardine tin saiz sederhana pun dah cukup, tapi ikut bilangan keluarga anda lah. Kalau tak habis pun takpe, boleh dioter jadi sandwich masa berbuka nanti, atau boleh dicampur dalam inti karipap. Selain sardine dalam tin, kalau suka boleh juga simpan stok sotong dalam tin...

9 - Untuk mendapat rupa paras cincau yang cantik, anda boleh parut cincau tadi, guna parut yang saiz lubangnya kasar, jangan yang halus sangat. Kadang2 ada juga yang cincang kasar, yang ni terpulang, tapi che mat suka cincau diparut. Satu lagi, bancuh air cincau bila waktu berbuka dah hampir, kalau anda bancuh awal sangat, nanti rasanya kurang enak. Rasa tak bes. Apa yang anda boleh buat, siapkan air masak, air gula dan ais secukupnya. Ok, bila dalam 6-7 minit nak masuk waktu berbuka, masukkan air, air gula, ais kiub dan cincau. Untuk tau air cincau anda cukup manis, bila anda letak cincau, cincau terapung...Boleh juga campur dalam sirap bandung...

10 - Acar ikan masin juga boleh anda simpan sebagai stok berbuka puasa atau bersahur. Boleh beli (dah ramai jual secara on9), atau mana2 yang rajin tu anda boleh buat sendiri, resipi ada di sini. Buat banyak2, dan simpan dalam botol. Masa menumis, taruk minyak lebih sikit, biar acar tu tenggelam masa anda simpan dalam botol. Nak makan cedok isi saja. Rasanya acar ikan masin dah ok sangat untuk bersahur, tambah telur dadar dan semestinya renjiskan sedikit kicap lemak manis JALEN...ehemm...

IKAN PARI BERLADO

rsz_ikan_pari_berlado (1)
Salam Khamis semua...che mat cuma masak yang mudah2 saja hari ni. Untuk bak che mat masak lemak taugeh sama tauhu, lepas tu goreng ikan tenggir jeruk, ikan pari berlado ni che mat punya..ehem. Dan tak lupa sambal belacan yang che mat kena hempok sendiri (selalu bonda yang hempok, tapi ni hari bonda berada di luar kawasan). Menu seperti ini juga sesuai untuk berbuka puasa atau bersahur. Ikan pari antara ikan kegemaran che mat dan anda boleh ganti dengan ikan kembung atau ikan keli. Satu lagi boleh juga anda ganti dengan terung atau bendi. Terung anda boleh panggang atau goreng, bendi pulak dicelur. Kemudian baru letak sambal atasnya. Psstt..sambal ni anda boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Senang nak guna bila perlu...ingin mencuba?...resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
3 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :-)
5 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dihiris nipis 1 cm tebal, perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit. Cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam. Kemudian goreng hingga keemasan, angkat dan toskan.
  2. Kisar buah keras dan bawang putih hingga lumat. Masukkan bawang merah dan cili merah, kisar sekejap2 hingga hancur, tak perlu sampai halus, guna kaedah "PULSE" pada alat pengisar anda (kalau rajin boleh tumbuk guna lesung batu). Panaskan 1/4 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar tadi hingga harum. Tambah daun limau purut, kecilkan api dan terus memasak hingga garing.
  3. Masukkan jus limau kasturi, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan ikan pari goreng, gaul rata2 dan matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


Tuesday, June 24, 2014

TEH C PENG...PENYEJUK HATI MARAH!...

rsz_teh_c_peng
Panaskan cuaca sekarang, dan che mat sendiri memang panas gak sejak2 ni..Ada orang cuba "mengusik", tapi kenangkan dia orang tua, baik lupakan saja lah kan...nanti dikata kurang ajar pulak, walhal dia sendiri yang kurang jaga tata tertib, haish...Jadi untuk menyejukkan hati, che mat pun buat Teh C Peng, alah hai teh biasa saja, dah melambak orang bikin, tapi sebab ini pertama kali che mat cuba, maka jadilah ia entri blog. Teh C Peng agak unik, kerana ada tiga lapis, pertama air gula melaka, kemudian susu cair atau susu sejat (kalau guna susu segar atau susu rendah lemak ok gak, tapi TAK SEDAP!!), diikuti air teh, teh pekat. Tang kemanisan tu anda pandai2 lah. Tapi teh ni memang nyaman sangat. Resipi kalau ikutkan bersepah kat internet, anda google aje Teh C Peng, keluarlah segala sumber2 yang boleh anda cuba. Tapi kalau nak mudah lagi kan...kan...anda lungsuri laman sesawang www.tiffinbiru.com , in sha Allah pun ada resipi, siap gambar cantik lagi....Ehhh tu macam blog che mat aje...hahaha....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Air gula melaka secukupnya
Susu sejat secukupnya
Air teh pekat tanpa gula secukupnya
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Untuk air gula melaka tu, che mat masak setengah ketul gula melaka dengan 1/4 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut dan pekat. Kemudian tapis dan sejukkan (kalau mana2 yang suka manis, boleh gak campur 1-2 camca besar gula pasir masa masak gula melaka tadi).
  2. Untuk air teh pekat, che mat rendam 2 uncang teh BOH dengan 1 cawan air panas, biar sampai air teh tu sejuk. Tak perlu campur gula.
  3. Ok, cara nak bikin Teh C Peng ni senang gileerr...Siapkan gelas yang lawa, seperti dalam gambar (mesti guna gelas, baru nampak 3 lapis). Masukkan 2-3 camca besar gula melaka, atau ikut suka, masukkan ais kiub secukupnya. Tuang susu sejat perlahan2, dalam 1/4 cawan. Kendian tuang pulak teh pekat, tuang perlahan2 hingga penuh. Biar sejuk, dan masa nak minum, kacau rata2...Baca bismillah, lepas tu minum...in sha Allah, panas hati pun boleh sejukk...alhamdulillah...


RENDANG DAGING SAMA NANGKA MUDA...

rsz_rendang_daging_sama_nangka1

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak rendang daging sama nangka. Tapi ni nak kasi tau awal2...yang ada gout, sila berhati atau ganti daging dengan ayam. Kalau makan juga risiko anda tanggung sendiri dan jangan salahkan che mat. Menu yang anda lihat ini atas permintaa bonda, yelah kang kalau tak sebut, ada pulak bisik2 kat belakang, gossip panas, maklumlah manusia kan...ehh ter emosi pulak. Resipi rendang daging sama nangka ni secara jujur tak susah nak buat, tapi bagi yang baru2 nak mencuba, ia nampak agak susah, nak2 bila melihat deretan bahan2nya. Ada yang sampai takut nak cuba. Bertenang, nampak saja banyak, tapi in sha Allah anda masih mampu membuatnya..Ingat air tangan isteri penerat kasih sayang keluarga...bersusah2 sedikit apa salahnya, bukan selalu...

rsz_rendang_daging_sama_nangka

Che mat guna 500 gram daging batang pinang dan kurang lebih 1 kg nangka muda..banyak kan?..Sapa suruh melantak sampai habis tu jam juga, ia lagi sedap dimakan keesokkan harinya, janji anda kena pandai jaga. Jaga kat sini berhati2 agar tidak basi. Salah satunya bila dipanaskan jangan sekali2 tutup permukaan bekas atau periuk, rapat2. Kasi renggangkan dan biar sampai rendang sejuk. Kalau ada wap air terkumpul pada tudung periuk, lap kering dulu sebelum ditutup rapat. Che mat ucapkan terima kasih juga lah pada Mak Jah Parit Rasipan atas tajaan daun limau purut untuk resipi hari ini..Terima kasih Mak Jah dan Pak Long. Ok che mat kongsikan resipi rendang daging sama nangka muda ini dengan anda...Jommm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan
1 kg nangka muda (kurang lebih) yang telah disiang, celur 1/2 empuk dan toskan
1 liter pati santan
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 helai daun kunyit, dimayang halus
4 helai daun limau purut
2 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging (baba's)
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3 biji buah keran, hiris
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi kampung
6 batang serai, hiris

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bahan2 kisar halus dicampur dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan masak hingga mendidih. Bila kuah pekat, tambah nangka dan kerisik. Kacau rata, masukkan asam gelugor, daun limau purut, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga kering.
  3. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dimayang tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain. Sedap juga dimakan bersama ketupat..

Monday, June 23, 2014

NIKMATI SEPOTONG KEK SAMBIL BERBELANJA DI 'LAZADA'

rsz_kek_minyak
Assalammualaikum, salam semua. Tak sampai seminggu lagi kita akan menyambut Ramadan yang mulis, dan che mat pasti ramai teruja untuk menunggu ketibaannya. Hari ni che mat kongsikan resipi kek minyak yang boleh dikatakan menjadi trend di kalangan blogger masakan. Teruja juga bila melihat teman-teman blogger yang telah cuba membuatnya. Cara memasak kek ini ada dua versi, yang pertama dibakar dan kedua, dikukus. Che mat buat yang dibakar. Kek ini sesuai untuk mereka yang tidak makan mentega atau marjerin, kerana ia menggunakan minyak jagung...

rsz_kek_minyak1
Resipi agak mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan-bahan yang sukar. Untuk perisa, anda boleh ikut selera sendiri. Kalau nak kek sekadar rasa vanilla dan tanpa corak marble, anda boleh letak esen vanilla. Jika suka kek bercorak seperti che mat buat tu, anda boleh guna sebarang perisa dan corakkan ikut kreativiti anda, tak susah bukan. Dan dalam masa sama, sambil anda menunggu kek masak, apa kata kita shopping on line dulu!!... Iyea, membeli-belah secara on line dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran. Betul, tak tipu punya...Wahh..ada yang tak sabar dah. Che mat pun tak sabar gak nihh...teruja!.. Errr...membeli belah kat mana tu?..

lazada
Tak lain tak bukan, di LAZADA lahh. Serius, pertama kali che mat lungsuri laman web mereka...rasa 'WOWW', teruja, tergoda dan macam-macam TER lagi. Barang-barang yang mereka jual bukan yang biasa-biasa, tapi berjenama dan harga pulak amat berpatutan dan dalam kategori murah dari harga pasaran (dua kali dah sebut...jangan tak percaya), mampu milik punya. Pendek kata barang-barang keperluan raya semua ada, nak oven, nak mesin kek, pinggan mangkuk, periuk belanga sampai ke gadget-gadget canggih, cakap aje apa in sha Allah ada. Pasti anda rasai keseronokkan berbelanja tanpa meninggalkan keselesaan rumah anda, nak-nak dengan cuaca panas sekarang ni. 

Sambil membeli-belah on line, jangan lupa jeling-jeling manja kek dalam oven tu, takut hangus pulak nanti. Bila kek dah masak anda boleh lah sambung membeli-belah di sini dan di sini, sambil menikmati sepotong kek dan secawan teh O....Jangan lupa ajak kawan-kawan anda juga....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 camca besar ovallate
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
Perasa yang anda gemari (che mat guna pandan, mocha + coklat emulco dan stoberi)
Sedikit gula aising, untuk hiasan (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan
  2. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih bahulu. Perlahankan kelajuan, masukkan susu pekat manis, putar rata.
  3. Masukkan minyak jagung dan kacau hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata, jangan lama2, sekadar ia sebati sahaja. Bagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak perisa masing, kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam tin kek secara berselang-seli antara setiap adunan berperisa atau ikut kreativiti anda. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sekejap sebelum dikeluarkan dari tin. Ayak sedikit gula aising sebagai hiasan, jika suka...
CATATAN MAT GEBU :- Che mat buat 1/2 dari resipi diatas dan guna acuan bundt-pan. Che mat guna 2 biji telur + 1 putih telur untuk 1/2 adunan. Jika anda guna acuan bewarna hitam, turun kan suhu sekitar 15 darjah (contohnya kalau suhu 170C, turunkan kepada 155C), untuk mengelakkan kek anda cepat hangus..

ASAM TUMIS BATANG KELADI 'PARIT RASIPAN'...

rsz_tumis_asam_batang_keladi_mak_jah

Salam Isnin semua, panas kan cuaca sekarang ni...Kampung che mat bukan main hangat lagi. Kalau buat kerja2 kat luar rumah, sekejap aje pancit, huhu, tak boleh tahan lama. Cuaca2 macam ni sedap juga kalau kita makan asam tumis batang keladi. Batang keladi ini ada ceritanya. Sabtu lepas che mat kan ke Batu Pahat, dan sempat juga singgah di rumah Mak Jah di Parit Rasipan, kira masih dalam kawasan Parit Raja lagi rasanya. Dan kami diberi batang keladi, bersusah payah Mak Jah dan Pak long (suami Mak Jah) ngambik kat tepi rumah. Bukan batang keladi aje yang dapat, malah bermacam2 lagi...terima kasih Mak Jah dan Pak Long. Asam tumis batang keladi che mat masukkan sekali dengan ubi keladi dan rencahnya guna isi ikan kurau masin. Guna isi ikan kurau masin yang agak tebal untuk rasa yang ampuh. Kalau isi ikan kurau masin nipis, rasanya kurang sikit, mungkin usia ikan tadi agak muda. Alhamdulillah batang keladi pemberian mak jah ni cukup2 sedap, tak gatal langsung!!....


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi minyak (yang ni agak2 lah yea)
6 - 7 ketul isi ikan kurau masin (yang ni pun agak2 lah nak besar mana), rendam 30 minit dan toskan
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub pati ikan bilis (optional)
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah (buang biji kalau tak nak pedas)
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi minyak diasingkan ubi dan batangnya. Kupas ubi keladi, potong kiub, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk, toskan. Batang keladi dibuang kulit luar, kemudian kerat pendek (kurang lebih sejengkal). Cuci dan celur 5 minit dalam air mendidih yang ditambah sekeping asam gelugor, toskan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), masukkan keladi dan kiub ikan bilis (jika guna). Masak hingga keladi empuk.
  3. Masuk batang keladi, baki asam gelugor, isi ikan masin kurau dan daun kunyit. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan telur dadar...
CATATAN MAT GEBU :- Kenapa isi ikan masin kurau letak kemudian?..Ini kerana, kalau anda leta k awal sah2 isinya akan hancur bersepai dalam kuah. Jadi sila letak kemudian. Satu lagi rasa dulu kuahnya baru ditambah garam secukup rasa....harap dapat membantu...Selamat mencuba!!..

Sunday, June 22, 2014

IKAN BILIS GARING YANG MENGASYIKKAN...

rsz_bilis_goreng_garing
Salam semua, makin hampir dah...makin hampir...suspen yea..Releks lah, maksud che mat makin hampir tu ialah bulan Ramadan. Seperti che mat tulis dalam entri lepas, in sha Allah che mat akan berkongsi resipi2 mudah yang sesuai untuk berbuka dan bersahur. Salah satunya resipi yang anda nampak dalam gambar tu...Jangan ingat hanya biasa2, bila masa sahur, ini lah yang boleh buat anda berselera makan. Nak2 kalau anda curahkan sedikit kicap dan perah jus limau kasturi tu...makan sama nasi panas....mo cerita pun gua malas dah...luu sendiri rasa lahh. Sebenarnya tu hari che mat teruja bila melihat teman blogger Puan Maszul menayang ikan bilis goreng yang ada bawang, cili merah dan hijau di FB beliau...meleleh ok air liur aku, haishh..Maka ni hari che mat pun buat, alhamdulillah...selamat sudah masuk ke dalam perot...hehe... Resipi yang ni semua orang pandai buat, tapi che mat tuliskan juga lah sebab, dari sumber2 dari yang boleh dipercayai, ada orang masak mi maggi pun tatau!!...apa lagi goreng ikan bilis, yea tak...sori..tak perli sapa2 yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 10 minit
1 biji bawang besar, hiris kasar
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
Limau kasturi, jika suka
Sedikit kicap lemak manis JALEN, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis ditoskan dan perah. Panaskan minyak untuk goreng terendam (kurang lebih 1 cawan). Goreng ikan bilis hingga garing, pastikan minyak dalam kepanasan sederhana. Angkat dan toskan.
  2. Goreng pulak bawang besar hingga keperangan, angkat dan toskan. Kemudian goreng cili padi (berhati2 kerana ia akan meletup sedikit), goreng hingga perang. Angkat dan toskan. Gaul ikan bilis goreng, bawang besar goreng dan cili padi goreng hingga rata. 
  3. Jika suka anda boleh renjiskan sedikit kicap lemak manis dan perahkan limau kasturi sebelum dihidangkan bersama nasi panas. Hidangkan segera....sedappp okehh!!!...

IKAN MASAM MANIS BERNENAS....

rsz_sweet_sour_pineapple_fish
Assalammualaikum, salam Ahad. Kurang lebih seminggu lagi kita akan menyambut Ramadan, in sha Allah dalam masa2 terdekat ni che mat akan letak resipi2 yang mudah dan sesuai sebagai juadah berbuka dan bersahur. Bila berpuasa, kalau boleh kita nak masak yang ringkas tapi sedap dimakan (yelah takkan hari2 nak ngadap bazar ramadan saja, kena gak masak sekali sekala). Semalam, che mat habiskan baki ikan kunyit bersaiz agak besar juga. Bosan pula asyik nak masak asam pedas, maka ku jadikan ikan masam manis seperti gambar diatas. Che mat guna bahan2 yang ada kat rumah saja. Yang penting ianya sedap. Selain ikan seperti che mat tulis tadi, ikan siakap, kerapu, bawal antara ikan yang sesuai. Kalau takde, ikan kembong pun boleh juga. Kebetulan ada 1 tin kecil nenas dalam pantry, maka ku gunakan dalam masakan ini. Ia memang biasa2 sahaja tapi mungkin ada yang teragak2 nak mencuba. Tahun ni siapa2 yang baru berumahtangga atau bahasa biasa2....baru kawin, boleh cuba masak untuk dan hidangankan pada suami/isteri anda...Ehh, hari tak puasa pun boleh buat yea....ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan kunyit bersaiz besar (atau ikan pilihan anda)
1 tin kecil nenas dalam tin
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar penuh sos cili JALEN
1 camca besar penuh sos tomato JALEN
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. Lumur ikan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan 1 camca besar tepung jagung. Lumur rata2, kemudian goreng hingga ikan masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat dan letak dalam bekas sesuai. Nenas dalam tin dikeluarkan dan dipotong kecik. Airnya diasingkan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak. Tumis serai, bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili dan sos tomato. Masak sekejap dan tuang air dari dalam tin nenas tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan nenas yang dipotong kecil, cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam secukupnya dan jika perlu baru masukkan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan, ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan dengan segera..

Saturday, June 21, 2014

URAP PEGAGA MENU WARISAN...

rsz_uraps_pegaga_johor
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat hanya dapat bersiaran waktu ni...siang tadi sibuk sikit (konon2 lah, walhal idok leer sibuk sangat). Ada hal sikit tadi. Entri urap pegaga yang boleh dikatakan menjadi kegemaran Bak. Dulu che mat selalu buat, tapi sejak2 musim panas ni pegaga pun macam payah aje nak dapat. Tu hari Bak ke Pontian dan bawak balik pegaga segar, beli kat pasar lambak. Plan asal cuma nak dijadikan ulam, tapi biasalah, selalunya disaat2 akhir plan  akan bertukar, dari dijadikan sebagai ulam, terus suruh buat urap pulak. Ok, kita buat urap. Urap sama seperti kerabu tapi tidak sama seperti kerabu. Urap biasanya kita guna kelapa mentah, kerabu pulak guna kelapa yang digoreng atau kerisik. Urap salau satu pelengkap untuk nasi ambeng. Resipi seperit berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram pegaga
1 cawan kelapa parut putih
1 genggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
3 hirisan nipis kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
1 biji cili merah, buang biji
1 camca besar udang kering, rendam dalam air panas sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga dicuci bersih dan toskan sampai kering. Asingkan akarnya dan pegaga dipotong pendek. Ikan bilis dibersihkan, rendam 5 minit. Toskan dan perah hingga kering. Kemudian goreng hingga garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Gaul bahan2 tumbuk halus dengan kelapa parut hingga rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian masukkan pegaga yang telah dipotong kecil. Gaul rata2, masukkan ke dalam kuali, kemudian goreng tanpa minyak selama 1 - 2 minit. Matikan api.
  3. Rasa dan jika ok boleh alihkan ke dalam bekas sesuai. Tabur dengan ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.

Friday, June 20, 2014

JANTUNG PISANG TUMIS SAMA UDANG..

rsz_jantung_pusang_goreng_taucho
Assalammualaikum, salam semua. Petang sikit baru dapat bersiaran. Entri kali ni che mat nak berkongsi satu resipi yang mungkin anda biasa buat atau pun tak biasa buat. Jantung pisang tumis sama udang ini pertama kali che mat makan di rumah mak usu che mat di Pontian. Resipi ini che mat guna sebiji jantung pisang nipah. Pisang nipah jantungnya bersaiz besar, dan sebiji sudah memadai. Satu petua yang che mat gunakan, jangan hiris jantung pisang terlalu awal, nanti cepat lebam. Hiris ketika ia hendak dimasukkan ke dalam kuali yang rencahnya sudah kita masak dahulu. Tak perlu rebus dulu ke?...Tak perlu rebus, dan in sha Allah ia tak menjejaskan rasa. Kalau anda suka pedas boleh taruk cili padi. Che mat tambahkan juga sedikit taucho sebagai pemangkin, yang atas pilihan anda, tak nak pun takpe. Kalau anda nak cuba, che mat tuliskan resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah. buang kulit luar hingga jumpa bahagian yang cerah, rendam
12 ekor udang saiz besar, dibuang kulitnya dan dibersihkan
1 camca besar tauco
1 camca teh sos tiram
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
1/4 cawan air
1 biji bawang besar hiris

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum. Masukkan tauco dan sos tiram. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah udang, kacau dan masak hingga udang berubag warna. 
  2. Masukkan bawang besar yang dihiris dan air. Biar mendidih, sementara itu toskan jantung pisang. Belah 2, kemudian belah 2 lagi. Hiris serong setiap belahan, hiris sederhana kasar. Masukkan ke dalam kuali, gaul rata dan masak dengan api sederhana.
  3. Masak hingga jantung pisang lembut. Masukkan secubit gula dan sedikit garam jika perlu (rasa dahulu sebelum anda tambah garam). Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng.

Thursday, June 19, 2014

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2014..

Bulan Ramadan menjelang tiba dan sebagai panduan untuk che mat sendiri, serta anda2 yang memerlukannya, che mat kongsikan jadul waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2014 masehi bersamaan 1435 Hijrah....Klik pada negeri masing2 untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak di tempat anda...

Sumber : JAKIM

 


ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESOM..

rsz_asam_ikan_pari_daon_kesom
Assalammualaikum, salam Khamis. Asam pedas hari ni, biasalah orang Johor dan asam pedas berpisah tiada katanya. Hari ni che mat masak asam pedas ikan pari, campur bendi, tomato dan masukkan daun kesom untuk menambahkan keharuman asam pedas. Kalau ada bunga kantan pun boleh masukkan sekali. Seperti che mat selalu tulis, ikan anda boleh guna apa jenis ikan sekali pun, kalau dapat ikan segar, in sha Allah asam pedas anda akan lebih enak. Selain bendi, terung, sawi jeruk dan nenas antara yang kerap kali digunakan sebagai bahan campuran dalam asam pedas di Johor. Kalau suka berangin, anda boleh tambah sedikit lada hitam yang ditumbuk halus. Bila memasak asam pedas, keseimbangan rasa amat dititik beratkan, mesti ada rasa pedas sedikit, masam, manis dan bauan, maksudnya aroma dari herba yang kita guna samada daun kesom atau bunga kantan. Sesuai sebagai juada berbuka puasa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari (che mat guna ikan pari 'daun')
12 batang bendi muda. jenis kontot
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
1 kiub ikan bilis (optional)
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh pes asam jawa
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah, buang biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong ikut suka, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan kerat sedikit pangkalnya (tak perlu dipotong sebab bendi jenis kontot). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 600ml), biar mendidih. Masukkan ikan pari, bendi dan daun kesom, kacau dan masak hingga ikan masak dan bendi lembut. 
  4. Masukkan lada hitam, kiub ikan bilis, tomato, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sayur dan telur dadar..

Wednesday, June 18, 2014

BUBUR NASI SUP AYAM...

rsz_bubur_sup_ayam
Assalammualaikun, salam Rabu. Hari ni nak makan bubur nasi sup ayam. Sebab semalam che mat dah masak yang ganas2, maka ni hari tinggal masak nasi dan makan sama lauk2 semalam yang masih berbaki. Dan untuk tekak che mat, bubur nasi sup ayam menjadi pilihan...bukan beli, tapi bikin sendiri di dapur che mat yang macam kapal titanic karam itu. Resipi bukan satu yang memeningkan, mudah sangat, main campak2 masuk semua. Kalau bikin bubur atau moi, selalunya guna beras yang kandungan kanjinya agak tinggi seperti beras siam atau beras wangi. Tapi pada che mat beras nasional yang punya kadar peratusan beras hancur yang tinggi, lebih sesuai dan sedap. Che mat guna beras super tempatan saja untuk masak bubur. Kalau tak nak guna ayam, boleh ganti dengan daging. Selain ayam, kacang kuda dan kacang merah juga che mat masukkan sekali...meriah kan?...Sesuai dihidangkan pada bulan Ramadan akan datang nanti...cuba lahh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras super tempatan @ beras siam
10 cawan air
2 batang serai, diketuk
1 keping dada ayam, potong kiub
1 cawan kuda kacang yang telah direbus (che mat guna yang dalam tin)
1 cawan kacang merah yang telah direbus (che mat guna yang dalam tin)
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1/2 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ayam (optional)
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
1 bunjut sup tulang adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama2 air, daun pandan, halia, serai, bawang putih, daun sup, bawang goreng dan bahan2 rempah. Kacau dan masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api, masak hingga beras kembang.
  2. Masukkan daging ayam, kacang kuda, kacang merah dan kiub pati ayam (jika guna), kacau rata dan terus memasak hingga bubur pekat. Tambah lada hitam tumbuk dan perasakan dengan garam secukupnya. Jika anda suka bubur yang cair, boleh tambah sedikit air lagi. 
  3. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan suam..


YUMMY AIDILFITRI COOKIES UNTUK HARI RAYA!!..

Salam semua, ehemm,,,,belum apa2 mesti ada yang tergodakan tengok gambar biskut2 kat bawah ni. Bayangkan hari raya anda tanpa biskut raya?....Langsir, sofa, permaidani semua dah tukar, pendek kata semua serba baru. Siap beli bekas kuih raya baru, kristal lagi....tapi isi takde, malu tak?...Haish kalau che mat, segan okeh, jatuh air muka gamaknya. Nak buat tu bukan tak boleh, faham2 sajalah dengan kekangan masa, dengan kerja lagi dan sebagainya....sampai pening kepala jadinya.

Takpe, tak perlu khuatir, che mat ada jalan penyelesaiannya. Apa kata tahun ini hidangkan biskut raya yang enak lagi berkualiti dari Yummy Aidilfitri Cookies / NSL Hampers & Gifts. Pasti menjadi bualan tetamu anda bila mereka merasainya. Dan insha Allah menepati citarasa anda sekeluarga dan tetamu berkunjung....ehemm...amacam, bagus kan idea che mat....

rsz_biskutt1rsz_biskut2rsz_biskut3
rsz_biskut6rsz_biskut5rsz_biskut4
rsz_biskut7rsz_biskut8rsz_biskut9
rsz_biskut10
Biskutnya lebih simple tapi insha Allah, terjamin kesedapannya. Harga pula amat berpatutan dan berbaloi dengan rasa. Mesti ada yang ingat, mahal nih.. Jangan risau, anda mampu punyalah...meh sini che mat senaraikan harga2nya...
  1. Royale Coffee Almond Chip
  2. Royale Cheese Tart (che mat suka yang ni)
  3. Royal Pineapple Tart (yang ni pun sedapp!!)
  4. Royale Belgium Choc Chip
  5. Royale Golden Coconut (palinggg sedaappp!!!)
  6. Royale Moche Delight
  7. Royale Cappucino
  8. Royale Chocolate Chip
Dijual dengan harga RM 20 untuk satu jar. Kalau anda beli 5 jar ke atas, harga akan jadi RM 19 satu jar. Dan akan jadi RM 18 satu jika anda beli 10 jar ke atas....tempah 10 jar teruslah kan...kuih sedap macam ni cepat habisnya....Manakala...

  1. Royale MM's Chocolate Peanut
  2. Royale MM's Dark Milk Chocolate
Dijual dengan harga RM 25 untuk satu jar. Kalau 5 jar ke atas, harga akan jadi RM 24 satu dan 10 jar ke atas RM 23 satu... Wowww, ini sudah jimat!!. Boleh bawak balik kampung masa raya nanti. sah2 anda akan jadi anak/menantu kesayangan.....ehemmm... Sebarang pertanyaan untuk pembelian, anda boleh hubungi...Dan setiap jar mengandungi kurang lebih 30 keping biskut (minimun 30 keping)...

Yummy Aidilfitri Cookies / NSL Hampers & Gifts

Tel/Wassap : 019-2141408 (Ieta) atau 017-2415508 (Nurul)

Email : nsl_dynamic@yahoo.com

Instagram : NSL Hampers & Gifts

Buatlah langkah bijak dengan melakukan tempahan lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah...apa tunggu lagi...Jommm!!..

Tuesday, June 17, 2014

AYAM MASAK KURMA..

rsz_ayam_kurma
Assalammualaikum, salam Selasa semua. Hari ni che mat masak kurma ayam. Plan asal nak bikin kari, tapi menu bertukar tanpa dirancang bila Bak nak makan kurma ayam. Baik lah kita dahulukan selera big boss. Tak susah nak bikin, senang saja. Rempah kurma tu ikut pilihan anda nak guna jenama apa atau guna yang rempah kurma timbang pun boleh. Che mat guna rempah kurma Baba's. Hari ni kurma che mat sedikit berkuah, selalunya suka kurma yang pekat. Bak kata nak nak cicah roti nanti, jadi buat yang berkuah...baek lahh.. Kalau anda nak guna daging pun boleh, telur rebus pun sesuai. Boleh juga nak masukkan sekali telur rebus dalam ayam masak kurma, kasi goreng dulu telur sampai kekuningan, lepas tu kasi masuk dalam ayam kurma...rasa pelik?...Releks...kan kita buat dia, toksah risau sangat dengan kritikan orang. Pada che mat ia biasa saja, yang penting keluarga kita suka apa yang kita masak...ada betul tak?...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lenih 600 gram), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 batang lobak merah (optional) potong berbaji, rendam
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
4 camca besar rempah kurma (Baba's)
1 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor 
1/2 cawan pati santan
1 camca besar minyak sapi/mentega (optional)
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kurma dan lada hitam kisar, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi. Biar minyak sapi cair.
  2. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang perang. Tambah pes rempah kurma tadi dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam. lobak merah (toskan) dan kentang (toskan). Gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan masak hingga kentang, lobak merah dan ayam empuk. Masukkan asam gelugor, kerisik, pati santan, cili merah, cili hijau dan kacau rata. Biar mendidih dengan api perlahan. Tambah gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


Monday, June 16, 2014

IKAN KUKUS KICAP..

rsz_ikan_kukus_kicap_pedas
Assalammualaikum, hari ni malas masak lagi, dah hari2 malas masak, payah juga kan. Lama2 tak masak dah. Semalam che mat kukus ikan dan entri ini menu che mat masak semalam, bukan hari ni. Ikan kukus kicap resipi olahan yang che mat rasa sesuai dengan selera che mat, cuma tak pasti lah dengan anda. Kat rumah pun bukan semua suka ikan kukus, cuma che mat saja yang suka, yang lain tu ikut suka dia orang, kalau nak makan, dia orang makan lah, kalau tak, jamah pun tak sudi. Jadi ini menu lebih pada selera che mat. Anda boleh guna ikan juga jenis ikan yang anda suka, che mat guna ikan kunyit bersaiz kurang lebih 4 jari orang dewasa. Anda boleh guna ikan bawal putih, ikan siakap, kerapu, ikan merah dan sebagainya. Tapi lain ikan, pasti lain rasanya. Resipi macam ini juga sesuai dihidangkan pada bulan ramadan yang akan tiba kurang lebih 2 minggu lagi...Resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan kunyit, atau ikan pilihan anda
1 batang leek, saiz kecil, belah dua dan cuci
Sedikit lobak merah, dihiris halus memanjang
Daun bawang, dihiris memanjang
Cili merah, buang biji dan hiris halus memanjang
1/2 inci halia, hiris nipis

BAHAN-BAHAN DISATUKAN :-)
3 biji bawang merah, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
4 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar sos tiram JALEN
1 camca teh tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang dan kelar sedikit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci dan toskan. Lap kering ikan tadi dengan tissue dapur dan letak dalam bekas tahan panas. 
  2. Masukkan leek dan sedikit halia hiris ke dalam perut ikan. Kemudian lumur dengan serbuk lada sulah pada semua bahagian ikan. Susun baki halia atas ikan dan dicelah2 bahagian ikan yang dikelar. Tuang bahan2 yang disatukan atas ikan tadi termasuk bahagian dalam perut.
  3. Kukus selama 10 minit, kemudian tabur lobak merah, hirisan daun bawang dan cili merah atas ikan dan sambung kukus lagi 3 - 4 minit. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih..

Sunday, June 15, 2014

RESIPI PACERI TERUNG

rsz_paceri_terungg
Salam Ahad semua dan selamat hari bapa. Rasanya lama juga che mat tak bikin paceri terung....err...paceri ke pajeri eks?...Konpius kan kadang2, tapi ia benda yang sama cuma ejaan dan sebutan ada sikit beza. Selain terung, nenas, mangga dan ada juga yang buat paceri kedondong atau buah amra. Tapi che mat cuma pernah buat dan pernah makan pajeri nenas dan terung sahaja, yang lain2 tu tak pernah lagi. Insha Allah akan dicuba nanti. Che mat masak Jumaat lepas paceri terung ni, ia antara menu kegemaran Bak. Guna terung ungu bersaiz comel2 dalam 5 biji. Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi berperisa. Che mat lebih suka paceri yang pekat dan bukan berkuah sangat. Tapi kalau anda guna nenas, macam mana pun ia akan sedikit berkuah memandangkan nenas mengeluarkan air. Mungkin resipi anda berbeza dari che mat dan, che mat sendiri masak guna resipi yang biasa kami orang2 Johor buat. Kalau nak mencuba, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji terung ungu saiz sederhana (kurang lebih 1 jengkal)
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1/2 camca teh pes asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
1 helai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan pati santan
2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba's)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang pangkalnya, kemudian belah 2 setiap 1 dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus dan kacau hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
  2. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau rata, masak dengan api kecil hingga rempah garing dan naik minyak.
  3. Masukkan pes asam jawa, santan dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan terung (toskan). cili merah, cili hijau dan kerisik. Kacau rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Selalunya paceri sedikit manis. Masak hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.