BEN ASHAARI

Friday, February 28, 2014

SOTONG GORENG SAWI ASIN ALA SINGAPURA..

rsz_sotong_sawi_jeruk
Salam semua, tau tak, kadang2 menu yang nampak 'kosong' tapi cukup sedap, cukup menyentuh selera. Begitu lah ungkapan untuk resipi yang che mat akan kongsi dengan anda kali ni. Sebelum tu, terima kasih kekanda Rahayu Hassan dari seberang tambah, Singapura kerana sudi berkongsi resipi penuh nostalgia ini. Menurut cerita di blog Kak Ayu, menu ini adalah menu ketika zaman perang Jepun di Singapura sekitar tahun 1942 - 1945. Kira ini satu menu nostalgia yang penuh cerita, sejarah dan air mata. Walaupun resipi ini amat2 simple, tapi pada che mat rasanya tak kalah, kecuali bagi mereka2 yang tak makan sawi jeruk. Sedap dimakan bersama nasi panas. Jika anda nak mencuba che mat tulis resipi seperti dibawah, tapi che mat guna 1/2 dari resipi asal....dan ini ada satu lagi resipi yang pasti buat anda teruja nak mencuba...jangan tak percaya, klik sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong, potong ikut suka, cuci dan toskan
100 gram sawi asin jeruk (potong kecil dan rendam)
3 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk hancur)
10 biji cili padi, dihiris (che mat guna cili padi kampung
Garam jika perlu dan secubit gula
Secubit serbuk perasa (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga harum, masukkan cili padi. Kacau rata dan tambah sotong. Bila sotong 3/4 empuk, tambah sawi jeruk (tos dan perah). Gaul rata.
  2. Perasakan dengan garam (rasa dulu kerana sawi jeruk sediakala memang masin), secubit gula dan secubit serbuk perasa. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain....

Thursday, February 27, 2014

KARI CAIR IKAN TENGGIRI UNTUK ENCHE BERAHIM...

rsz_kari_encik_berahim
Assalammualaikum pheww, barulah dapat nak tengok blog dan update entri. Penat lah ni hari. Awal pagi tadi lepas che mat masak, pi pulak belanja barang dapur dan sebagainya. Gitu gini jam 3 petang baru sampai rumah. Satu masalah che mat bila beli barang2 dapur, bab nak mengemas memang ada sikit tak berapa nak rajin, tapi apa nak buat, rajin ke tidak kena lah kemas. Dah lah tu tadi ai nyaris2 pitam kat MyDin...hahaha....grrr, kalau tak gempar MyDin Kulai hari ni, haishhh...Takpe lah kita cerita pasal entri hari ni. Che mat masak kari ikan yang agak mudah untuk Bak, kata bonda masak style arwah nenek (mak pada Bak, dan datuk pada Bak seorang Baba peranakan, patut lah tak kuat pedas), sebab Bak memang biasa makan kari yang macam ni. Buat dia senang amat sangat, dan che mat guna ikan tenggiri papan untuk resipi ini. Kalau ada bendi atau terung, boleh masukkan sebagai bahan sampingan. Che mat letak tomato aje. Kuah kari amat sedap dicicah sama roti canai, lempeng pekak atau pun roti kosong. Terpulang pada selera anda..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul kepala ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
4 keping keratan isi ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
4 camca besar rempah kari ikan baba's
2 camca besar cili kisar
1/4 pati santan
3/4 camca besar asam jawa
1 inci halia, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis (optional)
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan. Masukkan halia tumbuk dan bahan2 tumis, tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Semetara itu, bancuh rempah kari dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes. Masukkan pes rempah ke dalam periuk. Terus memasak hingga pecah minyak (kalau kurang minyak, tambah sedikit lagi). Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Kacau dan bila mendidih, masukkan kepala dan isi ikan. Masak dengan api sederhana, tambah air jika perlu. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan masak sekejap.
  3. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan boleh masukkan tomato. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman..
CATATAN MAT GEBU :- Anda nampak ada penggunaan minyak masak yang agak banyak, tapi usah risau. Lepas anda menumis rempah hingga garing. Anda boleh tolak rempah ke tepi periuk dan cedok keluar lebihan minyak. Kemudian anda boleh terus memasak seperti biasa. Pada che mat rempah kari kalau tak cukup dimasak hingga pecah minyak, ia akan meninggalkan rasa maung pada kuah kari....


Wednesday, February 26, 2014

PRATA WRAPS PUN JADI LAHHH.....

rsz_prata_wraps
Salam semua, rasa nak cuti masak hari ni, malas gileer. Semalam che mat sakit tekak, che mat pun minum air asam jawa, tapi lepas tu suara jadi aneh, tenggelam2 timbul aje, dah macam suara itik pulang petang. Rasanya sebab cuaca agaknya, dan minum air batu berlebihan. Hari ni ok sikit, tapi rasa macam demam pulak..ngada2 sangat kan..haishhh. Tadi che mat konon nak buat wraps, dan cari mission wrap yang selalu guna tu, tapi tinggal bungkusan aje, isi takde lah, habis. Hmmm, takpe, kita guna alternatif lain, guna prata segera jenama "KAWAN", kan kita buat dia. Cuma anda kena panggang dalam pan dengan api kecil dan jangan sampai garing sangat, nanti tak boleh nak gulung, dia pecah. Ok malas cerita banyak, tak larat dah...mata dah nampak bintang2...che mat tulis serba ringkas macam mana nak buat prata wraps ni yea...Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping prata segera jenama 'KAWAN'
1 keping Fillet ikan tempura 'PACIFIC"
4 helai daun salad (che mat guna butterhead salad)
2 biji jeruk gherkins, hiris memanjang
1 biji tomato, hiris
Sedikit hirisan bawang besar
Sos thousand island secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng terendam fillet ikan hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Biar sejuk. Sementara itu bakar roti prata hingga masak, guna api kecil dan pastikan roti prata tidak terlalu garing. Ketepikan.
  2. Kerat 2 fillet ikan yang telah digoreng tadi (fillet ikan PACIFIC ni saiznya besar), kemudian belah 2 setiap keratan. Ambik sekeping prata, susun 2 keping daun salad, diikuti jeruk gherkins, tomato, bawang dan 2 bahagian fillet. Paipkan dengan dengan sos thousand island secukupnya. Lipat prata kanan dan kiri kemudian anda boleh ikat bahagian tengahnya macam che mat buat tu. Hidangkan segera...



Tuesday, February 25, 2014

HEBAT SANGAT KAH 'FAUZIAH ABDUL SAMAD" TU?...

Malam semua, rasanya lama che mat tak bercerita pasal mana2 blogger. Ok, malam ni nak selitkan sedikit pasal sorang blogger yang boleh dikatakan 'hardworking lady' pun yea, 'iron lady' pun yea jugak. Rasa che mat kalau tengok gambar header tu, tak perlu cerita banyak, orang dah tau siapa yang che mat maksud kan....Tapi kan, hebat sangat kah Fauziah Abdul Samad tu?....Meh sini che mat story..pssstt ni rahsia tau, jangan kasi tau orang lainn...diam....diamm....

Kak Jee @ Puan Fauziah Abdul Samad bukan calang2 blogger, bukan blogger yang tau bercakap saja. Beliau luas pengalamannya, pernah bertugas sebagai wartawan menjadikan Kek Jee (KJ) wanita cekal, hebat dan kental (skema gileerr ayat aku..haha..gasak!!). Serius che mat mula2 dulu tak tau pun KJ ada blog dan dia dengan rendah diri tegur che mat dulu...terkejut okeh bila tengok KJ tegur, maklumlah KJ ni selain dulu bertugas sebagai wartawan, beliau juga seorang artis era 80-an..Kalau anda pembaca blog KJ (di sini), sejak dulu lagi, pasti anda tau cerita pasal KJ, susah payah KJ dalam usaha beliau meneruskan kehidupan dan sebagainya.....

Pertama kali che mat jumpa dengan KJ dulu masa dia datang Sedenak. Rasa macam aku ni adik beradik dengan KJ, sedap sangat berborak dengan macam2 isu.. Pada pandangan che mat, KJ ni easy going person, jenis telus dan kalau tak suka dia tak de nak cakap2 belakang...situ juga dia lambakkan semuanya...lepas tu settle. Tapikan, KJ ini bukan jenis menyimpan dendam orangnya, insha Allah. Satu lagi, bab2 masak, memang che mat saluteee...terror okeh, jangan memain, takde shortcut2, kalau bab2 kualiti, semua harus ikut citarasa KJ, kalau tidak, masa kan pai daging dan kuih bakar berlauk KJ mendapat sambutan hangat di pasaran. Kak Ogy (Fauziah Ahamd Daud), sendiri mengaku di FB, kuih bakar KJ terbaik, tu pasal Kak Ogy asyik repeat order terus....tuu diaa...terus aku ngidammm...

Uik...ada yang pelik ke, che mat tulis panjang lebar sangat?...Releks, tujuan che mat tulis entri ini sebagai ucapan terima kasih, kerana blog KJ merupakan penyumbang traffic utama ke blog che mat. Adatlahkan orang berbudi, kita berbahasa. Orang beri kita madu, takkan nak balas dengan tuba, yea tak. Pada KJ, terima kasih kerana menjadi seorang blogger, terima kasih kerana menghormati kami blogger2 muda (errr...muda ke?), terima kasih sudi berkongsi pengalaman hidup KJ yang penuh warna warni, baik dalam bidang kewartawanan, masakan, lakonan dan sebagainya..Moga Allah swt memberkati hidup KJ sekeluarga...aminn...

ACAR BETIK ALA SOMTAM....

rsz_acar_betik
Tiba2 ada betik muda @ betik mengkal sebiji kat pokok, saiz kecik aje, terus che mat teringat somtam, tapi tu lah, dalam peti sejuk takde stok2 sayur lain, biasanya somtam ada kacang panjang atau mangga muda tak pun lobak merah...ni satu haram pun takde. Ok takpe, kita yang buat dia, gunakan idea. Maka jadilah acar betik ala somtam..boleh gitu?...Tapikan sedap i tell you che minah!!!...takyah makan dengan nasi, ratah macam tu aje pun bess, tau2 habis aje tak yang nak komen apa2. Kebiasaannya somtam anda kena parut memanjang atau diracik betik muda tadi, tapi untuk acar ni anda cuma perlu hiris nipis atau guna pisau pengupas kentang untuk mendapatkan kenipisan yang sekata dan nampak molek. Ia agak pedas tapi itu semua ikut selera anda, nak kurang pedas, kurangkan penggunaan cili, nak pedas boleh tambah cili. Ok, resipi seperti berikut...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram hirisan nipis betik mengkal (nak senang hiris guna pengupas kentang)
1 biji bawang besar, hiris halus dan leraikan
2 camca besar kacang tanah tumbuk (kacang disangai dan tumbuk hancur)
1 1/2 camca besar bijan, digoreng tanpa minyak hingga harum 
1 genggam udang kering, rendam sekejap dan toskan
8 biji cili padi, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos ikan
2 camca besar cuka makan JALEN
1/2 camca besar gula halus
1 1/2 camca besar minyak jagung
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Daun salad sebagai hiasan
Sedikit hirisan cili padi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang kering diperah, kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga garing, gunakan api kecil, dan tumbuk hingga hancur. Sementara itu dalam satu bekas, masukkan minyak jagung, cuka makan, sos ikan, jus limau kasturi, bawang putih, cili padi dan gula. Kacau dengan whisk hingga semua rata.
  2. Masukkan kacang tumbuk, bijan (asingkan sedikit kacang tumbuk dan bijan untuk hiasan) dan udang kering tumbuk tadi. Gaul rata. Tambah betik dan bawang, gaul lagi hingga semua mesra. rasa dan jika perlu anda boleh tambah garam atau pun gula (ikut selera anda). 
  3. Tuang dalam bekas yang telah dialas dengan daun salad. Tabur kacang tumbuk dan bijan yang diasingkan tadi. Hias dengan cili padi dan hidangkan segera sebagai pembuka selera..


LEMAK CILI PADI SARDINE SAMA BELIMBING BULUH..


rsz_sardine_mlcp_belimbing_buluh
Salam Selasa semua, hari ni che mat masak lemak cili padi ikan sardine sama belimbing buluh...phewww..panjang menjela nama dia, tak muat mykid kalau nama anak panjang macam tu. Pagi tadi masa ronda2 kawasan rumah ibu, nampak pokok belimbing buluh tengah galak berbuah dan berbunga dalam masa yang sama. Kat tanah dah melacak buah2 belimbing yang gugur. Musim panas ni agaknya yang menyebabkan pokok belimbing buluh galak sanga berbuah. Kalau dapat masak dengan telur itik bess juga, tapi telur itik takde. Takpe, kita  ubah suai masak sama sardine. Alhamdullah, dalam pantry ada setin besar lagi sardine cap ayam. Bahan2 dah ada kita ON lah projek, yea tak. Apa tunggu lagi. Biasanya che mat akan guna santan segar dari kelapa yang diparut, diperah santannya. Satu lagi santan pekat dan santan kemancar (cair), che mat asingkan. Kalau rasa nak cuba masak, anda boleh lihat resipi seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine cap ayam, ambik ikannya sahaja
15 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap 1
3 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping kecil asam gelugor
700 ml pati cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan serai titik, bahan2 kisar halus dan santan cair ke dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah asam gelugor dan masukkan ikan sardine. Kacau perlahan dan biar masak sekejap.
  2. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau perlahan, tambah belimbing buluh dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga belimbing buluh lembut sedikit. Guna apa kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

Monday, February 24, 2014

URAP MENTAH KACANG BOTOL...

rsz_urap_mentah_kacang_botol__1
Cuaca2 panas seperti sekarang ni, menggalakkan pokok2 mengeluarkan bunga terutama pokok kacang botol yang memang ada dibelakang dapur che mat. Abang che mat yang tanam. Selain dibuat ulam, kacang botol juga boleh dicampur dalam nasi goreng atau dibuat urap seperti che mat buat dalam gambar atas tu. Tadi che mat petik dalam dalam 15 tangkai macam tu....ehem boleh lah buat urap dan untuk membuat urap mentah anda kena guna kacang botol yang muda, kalau yang tua sikit, agak keras dan kurang enak masa makan nanti, macam berhampas aje. Kacang botol perlu dihiris nipis, tapi bukan lah nipis sangat, agak2 lah yea. Rasa kacang botol lemak2 dan bila dan digaul bersama kelapa dan bahan2 lain, ia jadi bertambah enak. Che mat taburkan juga dengan ikan bilis yang digoreng garing sebagai rencah tambahan. Resipi memang senang. Sedap dimakan bersama nasi dan asam pedas melaka seperti entri sebelum ni...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 tangkai kacang botol muda, hiris nipis
1 cawan kelapa parut putih
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci dan goreng garing, toskan
4 helai daun cekur yang muda, dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 inci isi cekur
Secubit belacan, dibakar
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
4 biji bawang merah kecil*
1 ulas bawang putih*
10 biji cili padi kampung*
1/2 inci kunyit hidup*(*digoreng hingga perang)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk halus bahan2 yang digoreng tadi, kemudian masukkan isi cekur dan belacan, sambung tumbuk hingga semua mesra. Masukkan kelapa parut dan gaul rata dengan bahan2 tumbuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  2. Gaulkan kelapa tadi dengan kacang botol yang telah dihiris dan ikan bilis goreng (tinggalkan sedikit untuk hiasan) hingga rata. Rasa dan jika ok boleh hidangkan, tabur baki ikan bilis untuk hiasan..Sedap dimakan segera bersama nasi panas..


ASAM PEDAS MELAKA...

rsz_asam_pedas_melaka
Assalammualaikum, salam Isnin semua. Boring ke?..releks, bersabar che mat faham ada antara kawasan2 anda yang dicatu air paip...huhu, nak kata apa, dengan keadaan sekarang yang panas, kering serta berangin menyebabkan air di kawasan2 tadahan susut dengan mendadak. Hujan pun lama dah tak turun kat kampung che mat ni, sebulan lebih dah. Hari ni che mat masak asam pedas lagi, sebab dah boring, kita masak asam pedas Melaka. Apa beza asam pedas melaka?...Banyak bezanya dari asam pedas Johor, antaranya asam pedas Melaka kaya dengan penggunaan rempah ratus. Kali ni che mat guna ikan tebal pipi, ikan lain pun boleh nak guna, tenggiri pun sedap, ikan merah pun bes, ikan kembong pun tak salah, semua boleh asal ikan banyak isi. Kalau anda penggemar asam pedas, apa kata cuba masak asam pedas Melaka ini, insha Allah ia tidak menghampakan. Ok jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tebal pipi (kurang leboh 500 gram beratnya)
12 batang bendi muda
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, diketuk
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optinal)
1 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada hitam biji
Secubit belacan, dibakar

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian kerat pada 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan kemudian potong sedikit pangkal dan hujungnya (che mat guna bendi kontot, jadi tak perlu dipotong dua). Tomato dibelah 4, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Biar mendidih. masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.


Sunday, February 23, 2014

TELUR CENCALOK, RESIPI PERANAKAN...

rsz_telur_cencaluks
Telur cencalok satu resipi authentic orang2 peranakan baba nyonya. Mula2 che mat malas nak jadikan telur cencalok sebagai entri blog, tapi di FB ada juga yang tanya, telur cencalok tu macam mana?..Ia serupa telur dadar biasa tapi dimasukkan cencalok dalamnya. Anda tau cencalok tu apa?..Cencalok ialah udang geragau (udang bersaiz kecil yang digunakan untuk membuat belacan) yang diperam bersama garam untuk satu jangka masa. Kebiasaanya cencalok dicampur dengan hirisan bawang merah kecil, cili padi dan diperah jus limau kasturi atau limau nipis hingga mendapat rasa yang menepati selera anda, makan pula bersama nasi panas, memang tak toleh kiri kanan lagi. Dan cencalok juga sedap dimasak bersama ayam macam che mat selalu buat di sini. Bagi yang nak mencuba resipi telur cencalok, che mat tulis resipi seperti di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred A
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili merah, hiris
6 tangkai kucai, hiris
1 camca besar cencalok, tapis dan perah sedikit airnya
1/2 camca teh baking powder (optionl)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bawang besar, cili merah, kucai, cencalok dan baking powder dalam satu bekas. Gaul hingga semua rata. Pecahkan telur, kemudin kacau dengn garfu hingga semua rata. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskn non-stick pan atau kuali, masukkan minyak masak dalam 2 camca besar. Tuang bancuhan telur, kecilkan api dan tutup pan atau kuali dengan tudung periuk atau penutup kuali. Masak 2 - 3 minit hingga permukaan telur kental. Terbalikkan dan masak 1 - 2 minit lagi atau hingga garing. Alihkan dalam pinggan sesuai dan hidangkan bersama nasi hangat... (che mat buat dalam non-stick pan saiz 4 inci)...Selamat mencuba!

KUIH KASWI NYONYA....

rsz_kaswi_nyonyas
Kuih kaswi antara kuih kegemaran che mat. Ada pelbagai versi kuih kaswi atau kueh kosui kata orang2 peranakan baba nyonya. Ada yang guna tepung gandum dan sebagainya. Tapi dalam membuat kuih kaswi air kapur (ada juga yang juga sedikit air abu chang), antara bahan penting dalam pembuatan kuih kaswi untuk mendapat tekstur kenyal dan 'rasa' kuih kaswi yang origanal. Che mat pernah buat kuih ni dulu dan resipi dari blog Kak Yatie Memories. Jika anda suka kuih yang agak gelap, boleh tambah pewarna makanan coklat atau anda boleh juga guna kicap pekat JALEN dalam 1 camca besar, jangan risau, kicap pekat tu tak masin pun...cuma kaler dia saja gelap. 

rsz_kaswi_nyonyas1
Che mat buat 1/2 dari resipi asal, memandangkan penduduk rumah che mat kan tak ramai. Dan che mat guna tin kek berukuran 8 inci x 8 inci untuk mengukus kuih kaswi ini. Gula merah atau gula melaka boleh digunakan untuk kuih kaswi, atau ada yang buat kaswi pandan. Selain kukus dalam tin kek, anda juga boleh buat dalam bekas2 kecil seperti acuan lompang atau acuan apam. Kelapa antara bahan penting sebagai penyedap kuih kaswi, kalau takde kelapa, ibarat macam 'nasi lemak telanjang' lah jawabnya. Resipi yang che mat akan tulis ni, ialah resipi yang che mat guna untuk buat kuih kaswi yang anda lihat....

BAHAN-BAHAN A :-)
1/2 cawan gula pasir (che mat kurangkan 1 camca besar)
3/4 cawan gula merah (che mat guna gula melaka yang dihiris kecil)
250 ml air
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN B :-)
3/4 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung ubi
1/4 cawan tepung jagung
400 ml santan
1 camca besar air kapur

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Kelapa parut putih secukupnya*
Sedikit garam halus*(*disatukan, gaul rata dan kukus sekejap)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak semua bahan2 A hingga gula larut, biar sejuk, kemudian ditapis. Ketepikan. Panaskan kukus, balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci dengan sedikit minyak dan alas dengan plastik bersih. Ketepikan.
  2. Dalam satu mangkuk besar, satukan tepung beras, tepung ubi dan tepung jagung, gaul rata. Tuang air gula dan gaul rata dengan whisk, masukkan santan dan air kapur. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  3. Masak atas api kecil sambil dikacau hingga naik wap (bila bancuhan rasa panas, sudah memadai). Tuang dalam tin dan kukus 40 minit dengan api sederhana. Sejukkan kuih sebelum dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut untuk minum petang atau sarapan pagi...

Saturday, February 22, 2014

MAKARONI BAKAR ALA JOHOR...

rsz_makaroni_bakar_johor

Petang semua, assalammualaikum. Rasa macam banyak sangat kerja che mat hari ni, tapi dalam sibuk2 tu sempat juga lah buat kerja tak senonoh...ehemm. Mungkin dah jadi tebiat orang2 baking, kalau beli barang mesti terlebih dan ada tu sampai expired...erkk...hehe, che mat leer tuu. Dan macam hari ni masa kemas2 peti sejuk yang dah macam Tesco + MyDin + Giant + Aeon, maka terjumpa lah baki makaroni yang belum berebus dalam 1 cawan yang masih belum expired. Tapi yang ni bukan makaroni biasa tu, yang ni jenis kecil. Fikir juga apa nak buat dengan benda ni, ok takpe, kasi settle kemas peti sejuk dulu (heran, lepas kemas makin takde ruang nak isi barang....haishh!!). Lepas selesai tu, che mat buat keputusan kita buat bake macaroni, tu omputeh laa, kalau orang melayu, makaroni bakar..Dan kekonon nak oter sikit, che mat masukkan 1 tin kecil baked beans, maka jadilah makaroni bakar ala Johor....negeri guaaaa... ada siapa kesah?...Tak kan?...bagussss....

rsz_makaroni_bakar_johor1
Menghasilkan kurang lebih 8 - 9 biji...kenapa pulak biji?..Sebab che mat bakar dalam acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan. Tak jadi hal kalau anda nak bakar dalam bekas besar, cuma bakar dalam bekas individu ni, hasilnya nampak comel aje, nampak kiut aje, nampak cekci aje....betul tak? Satu lagi nak makan pun senang, tak payah nak potong2 bagai, ambik sorang sebiji, senang cerita. Eh terlupa nak kasi tau satu lagi sebab kenapa che mat kasi nama makaroni bakar ala 'Johor', sebabnya ku telah mencampurkan rempah kari dan rempah beriani dalam resipi ni, ehemm fusion konon2nya, tapi insha Allah sedap...Sesuai untuk minum  petang dan enak dimakan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda...Ok jomm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
2 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 tin kecil baked beans (cap AYAM)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1/2 camca besar rempah beriani (Baba's)
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun
4 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (che mat guna non-stick pan). Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil. 
  2. Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan). Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.


Friday, February 21, 2014

GODAAN MI HOON GORENG YANG SUKAR DITOLAK...

rsz_mi_hoons
Walaupun ini resipi biasa, resipi ulang tayang ntah berapa puluh kali, tapi godaannya tetap ada, auranya tetap memikat. Mi hoon goreng antara hidngan paling mudah nak masak, sedap dan che mat suka. Cuma tak boleh lah dimakan hari2, nanti jadi jemu. Menjadi antara menu sarapan /minum petang/majlis2 rasmi atau pun santai, popular di Malaysia dan juga negara2 lain. Mi hoon goreng boleh dimakan bersama telur mata kerbau, sambal tumis dan berulamkan timun, atau dimakan bersama sos cili. Nak lagi seksi, makan sama cili padi jeruk macam dalam gambar tu, serius dia punya feeling, i tell you...macam nak pengsan ok...pedas2 sedapp!!. Ini sebenarnya sarapan che mat pagi tadi dan goreng pun simple aje. Takde udang, ku ganti dengan hirisan daging ayam. Bila entri macam ni, mesti ada yang kurang minat, tapi takpe che mat faham, setiap entri samada yang senang atau yang sukar, pasti ada yang mencarinya. Kita bukan memaksa orang masak, tapi sekadar menyuntik idea sahaja....ibarat kata Ustaz Azhar Idrus, orang perempuan tak pandai masak takpe, janji rajin masak...amacam, bersemangat tak?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mi hoon, rendam hingga lembut dan toskan (kurang lebih 30 minit)
1 keping dada ayam, hiris memanjang*
1 camca teh lada sulah*
Sedikit garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sambal tumis
1 1/2 camca besar taucho
2 camca sos cili JALEN
Kicap cair secukup rasa (jika perlu)
1/2 cawan air
2 biji telur, dibuat telur hancur (scramble egg)
2 genggam taugeh
1 pokok sawi bok choy, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan
Telur mata kerbau, untuk hiasan
Cili jeruk, untuk dimakan bersama mi hoon
Sambal tumis, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis, sos cili dan taucho, kacau rata dan masak sekejap. Tambah daging ayam, kacau dan bila daging ayam berubah warna, masukkan telur, gaul rata dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan batang sawi bok choy dan mi hoon. Gaul rata, masak guna api sederhana. Tambah daun sawi dan taugeh, gaul rata dan masak hingga mi hoon lembut. Rasa dan jika perlu baru renjiskan kicap cair secukup rasa. Kacau rata dan boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama cili jeruk, telur mata kerbau dan sambal tumis. Anda boleh juga taburkan bawang goreng, dan hirisan daun bawang. Sedap dimakan selagi hangat..


TURI SIMPUL MASAK LEMAK SAMA LABU MANIS...

rsz_turi_simpol1
Salam Jumaat, makan apa tengah hari ni?...Kalau di Johor, hari Jumaat cuti, mungkin ada juadah2 istimewa yang anda masak untuk dimakan bersama keluarga atau orang2 tersayang. Hari ni che mat masak turi simpul sama labu manis, masak lemak putih, atas permintaan Bak. Plan asal nak goreng sardine saja, sebab apa che mat nak goreng sardine?...Yeaa betul sebab che mat rasa macam malas nak masak..TAPI sebab ada permintaan, malas tu  kenalah di postpone ke esok atau lusa...errr..boleh macam tu?. Menu ni biasa saja, cuma guna pucuk turi tu disimpul sebelum masak dengan keledek. Kalau anda suka boleh masukkan sedikit serbuk kunyit untuk dapatkan kaler kekuningan. Jangan lupa sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng bila anda masak menu seperti ini....Resipi seperti berikut...tapi sebelum itu, che mat nak share satu idea yang amat2 sesuai untuk hidangan hujung minggu bersama keluarga anda...ehemm, di sini... 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk turi, disimpul kemudian cuci dan toskan
1/2 biji labu manis saiz kecil, kupas dan potong kiub
2 batang serai, diketuk
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, dihiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan labu, bawang besar hiris, bawang putih, udang kering dan serai ke dalam periuk, tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga labu 1/2 empuk. Seelok2nya guna periuk besar sedikit.
  2. Masukkan turi simpul, gaul perlahan dan jika kurang kuah (sayur turi tak tenggelam), anda boleh tuang sedikit air. Masak hingga daun turi lembut. Tambah pati santan dan masukkan cili mereh hiris. Kacau perlahan.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikir gula. Biar mendidih dengan api sederhan sambil dikacau perlahan untuk mengelakkan labu hancur dan masakan anda pecah santan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin...


Thursday, February 20, 2014

MI SUP KUAH DAGING...

rsz_mi_sup_daging_sos_tiram
Ini satu resipi yang amat2 simple. Bahan2 pun tak banyak dan ia lebih ringan, tidak berempah dan boleh dinikmati setiap masa. Senang cakap, resipi campak2, takde law, atau undeng-undeng's, apa nak letak semua boleh, takde pantang. Tapi yang che mat punya ni memang betul2 mudah sangat. Ingat resipi lepas tadi, kan che mat rebus daging, air rebusan tu che mat simpan dan juga beberap keping daging. Bahan2 tu lah yang digunakan untuk mi sup kuah daging. Sedap dimakan bersama cili jeruk, kalau nak power rangers lagi makan dengan cili padi jeruk macam dalam gambar tu. Serius berasap sikit tapi nikmat okeh... Bagi yang tak tahan pedas tak perlu lah cili padi, dengan cili hijau jeruk pun dah ok banget. Pstt...nak makan dengan sambal kicap pun boleh, kan kita buat dia...Ok jommm resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Beberapa kepingan daging lembu yang telah direbus
2 cawan air rebusan daging
Sedikit hirisan lobak merah
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan (optional)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Kue teow, mi hoon, mi kuning atau apa2 mi kegemaran anda secukupnya
3 - 4 pelepah sawi bok choy, cuci dan dicelur sekejap, toskan
Cili jeruk
Bawang goreng
Hirisan daun bawang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air rebusan daging. Biar mendidih dan masukkan lobak merah dan lada sulah. Kacau dan masak dengan api kecil hingga lobak merah lembut.
  2. Cedok keluar lobak merah. Tambah minyak bijak dan garam secukup rasa. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan sebentar.
  3. Masukkan mi secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tapis kuah sup tadi dan tuang hingga mi tenggelam. Hias dengan daging rebus, lobak merah dan sawi bok choy. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili jeruk, sedap dimakan panas...

DAGING BLACK PEPPER..

rsz_daging_black_pepperrr
Salam semua, hari ni che mat masak daging black pepper atau daging lada hitam. Ini antara resipi termudah untuk disediakan. Tak banyak karenah dan bahan utama dia mesti ada black pepper atau lada hitam. Kalau tanya che mat, macam mana nak pilih lada hitam.Yelah membeli tu semua orang boleh tapi ada juga lada hitam bila kita guna untuk masak, rasa dia hapak dan maung. Ini akan menjejaskan kualiti masakan anda. Kalau che mat sebelum beli lada hitam, perhatikan bentuk lada hitam tadi, biji2nya harus kasar dan tidak terlalu kecut. Kalau lada hitam yang bijinya kecil dan kecut, berkemungkinan itu biji lada hitam yang dipetik ketika belum cukup matang. Kemudian ciom sedikit, jika bau dia harum, ok boleh beli. Kebiasaannya che mat akan simpan dalam peti sejuk dan ambil jika perlu digunakan. Ini menjamin lada hitam tahan lebih lama. Ok jomm kita mula masak, resipi ini sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja. Anda boleh guna samada daging biasa atau daging batang pinang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging lembu, hiris nipis, cuci dan rebus hingga empuk
1 camca besar tepung gandum
Secubit garam
1 biji bawang besar, potong bulat dan leraikan
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1/2 camca besar lada hitam biji, tumbuk hancur, tak perlu halus sangat
2 camca besar sos tiram JALEN
1 camca besar kicap pekat JALEN
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan daging, kemudian gaul rata dengan tepung gandum dan secubit garam, goreng hingga daging perang, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan daging, kicap pekat dan cendawan, gaul rata dan tambah air. Masak dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa, kacau rata. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas bersama nasi putih..


Wednesday, February 19, 2014

IKAN TENGGIRI MASAK TAUCHO BERSANTAN....

rsz_ikan_tenggiri_masak_taucho_bersantan
Salam semu, entri kali ni che mat letak menu makan petang tadi...errr sebab tengah hari dah makan jemput2, maka petang baru santap nasi...Kadang2 pening nak masak, bila masak apa yang kita suka, ada orang lain tak suka, bila masak untuk orang lain. tekak kita pulak macam tak berapa nak berkenan. Tadi che mat ambil keputusan masak taucho ikan tenggiri dan masukkan sedikit santan  dalam 1/4 cawan. Che mat masak 1/2 ekor ikan tenggiri. Ada timun sebiji, ok, kita masukkan sekali, lagi pun timun tu dah mula ada tanda2 keuzuran, tapi masih ok, cuma kulit luar dah bertukar kuning. Kalau anda suka pedas, boleh titikkan beberapa biji cili padi. Che mat guna cili merah dan hijau saja. Kalau tanya che mat rasa dia macam mana, sedap ke, tak aneh ke atau tak pengsan ke lepas makan?...Jawapannya senang, ia bergantung pada tekak anda, tapi pada che mat, sedap lah....dah aku yang masak, takkan nak kata tak sedap. Tapi Bak kata sedap, pada che mat yang penting mak ayah aku kata sedap, dan mereka makan dengan senang hati, itu sudah memadai..Orang lain?..pandai2 lah nak oter ke apa, ikut selera masing2.....

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 - 5 kepingan ikan tenggiri*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1 biji bawng besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris serong memanjang
1 biji cili hijau, hiris serong memanjang
1 keping kecil asam gelugor
2 camca besar penuh taucho (sebarang jenama)
1 1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/4 cawan pati santan (che mat guna santan kotak)
1 biji timun, kerat 3, belah 4 setiap belahan dan buang empulurnya
1 batang leek, kerat dan rendam
Air secukupnya
Garam dan sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tenggiri digoreng tapi jangan sampai garing, goreng hingga masak dan kuning sedikit. Angkat dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang merah, serai, serbuk kunyit dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah taucho dan masak sekejap.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 700 ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan timun, asam gelugor dan leek. Bila timun lembut sedikit, tambah ikan tenggiri goreng, cili hiris dan pati santan. Kacau perlahan. 
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak dengan api kecil dan kacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS BASAH.

rsz_jemput2_ikan_bilis_basah

Ikan bilis basah, salah satu ikan kegemaran che mat, kalau anda tak pasti rupa ikan bilis basah tu sila type "ikan bilis basah" kat google image, nanti keluar gambar dia..boleh kan? Ok, selain sedap dimasak singgang, atau goreng celop tepung, ia juga sedap dibuat cekodok atau jemput2 kata orang Johor (sebab adunannya di'jemput' dengan jari sebelum dijatuhkan ke dalam minyak panas). Pertama kali dulu che mat tengok Kak Ida buat, lepas tu che mat pun follow, serius sedap nak2 dimakan panas bersama cili sos. Hari ini che mat buat lagi tapi yang bess nya bukan buat waktu pagi, tapi tengah hari tadi, jam 12+ macam tu. Huhu, tekak ni kalau nak, tak boleh nak sabar, tu jam nak, tu jam gak aku buat. Habis tu makan nasi bila?...errr...nampak gayanya kena tunda lah, kalau tak jam 5, jam 6 petang nanti...

rsz_jemput2_ikan_bilis_basah1
Perasan tak kan bilis segar dalam jemput2 tu?...tuuu yang kat piring berisi sos?..Nampak kan, kalau tak nampak, alamatnya ada yang nak dapat 'madu' leer tuu...haaa..habis laah...eceh terus kata nampak yea....haha. Sebenarnya ikan bilis basah ni saiz dia tak berapa besar kurang lebih baya jari telunjuk. Kalau dapat yang saiz besar sikit, senang nak asingkan tulang tengah dia. Satu lagi ikan bilis basah agak bermusim juga, masa ada, memng banyak di pasar2, kalau masa takde, sekor pun payah nak jumpa. Kalau anda teringin nak cuba, che mat tulis resipi seperti dibawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan ikan bilis basah yang telah dibersihkan, dibuang kepala dan tulang tengahnya
1 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 tangkai kacang panjang, hiris kecil
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
1 biji telur
1 camca teh baking powder
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sos pilihan anda untuk dimakan bersama jemput2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 diatas kecuali tepung, air, garam dan sos. Gaul rata2. Masukkan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh). Tambah tepung, gaul dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga air habis. Kacau hingga sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Jemputkn adunan tadi menggunakan jari atau sudu dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Buat 10 - 12 biji jemput2 sekali buat, bergantung pada saiz kuali atau bekas yang anda guna.
  3. Masak dengan api sederhana, balik2kan jemput2 agar masak sekata. Bila kuning keemasan, boleh diangkat dan toskan minyaknya. Alih ke dalam pinggan yang beralas paper towel bersih. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...Hidngkan untuk sarapan atau minum petang..


Tuesday, February 18, 2014

APAM KAMPUNG PUN TEMBAM JUGA...

rsz_apam_kampunggg

Salam semua, entri apam malam ni, yelah kan che mat takde masak lauk pauk yang boleh dibuat entri sangat, kalau masak pun yang mudah2 saja. Bikin meluat orang tengok saja. Siang tadi masa tunggu doh roti nak mengembang, che mat sempat bancuh apam kampung yang bonda suka. Sebab masa tu yeast masih kat luar dan belum simpan dalam freezer, ha ah, che mat memang simpan yeast dalam freezer, agar tahan lama. Apam kampung seperti anda tau boleh dibuat samada guna gula putih atau gula perang. Che mat guna gula perang lembut atau soft brown sugar. Jika anda nak guna gula melaka pun boleh, tapi kenalah dimasak dulu dan sejukkan sebelum digunakan. 

rsz_apam_kampunggg1

Perasan tak apam tu, tak lah tinggi sangat tapi lembut dan tembam. Kalau anda nak tinggi, boleh guna loyang kecil sedikit. Che mat guna loyang bulat 9 inci tu pasal tinggi apam tu sedang2 saja. Asal usul keturunan resipi ni che mat ambik dari blog geng masak2 yang lama menyepi, Cikgu Hana...dan dah pernah buat dulu. Dan insha Allah kalau anda buat pun menjadi juga. Cuma satu pesan che mat, kalau anda guna kukus biasa, panaskan kukus awal 20 minit sebelum waktu mengukus, contohnya nak kukus apam jam 2 petang (setelah diperap 60 minit), 1.40 petang tu anda dah boleh panaskan kukus, takut nanti lambat panaskan kukus, bancuhan apam turun balik. Kecuali anda guna kukus elektrik, sebab kukus jenis elektrik panas cepat. Boleh juga dimakan bersama sambal tumis selain kelapa parut yang digaul sedikit garam. Resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
1 1/4 cawan air
1 camca besar instant yeast (mauripan)
75 gram gula perang @ soft brown sugar
Kelapa parut putih *
Sedikit garam*(*digaul rata dan kukus sekejap)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali kelapa dan garam. Kacau rata dengan whisk hingga semua rata dan tidak berbintil2. Sementara itu sapu loyang bulat 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak atau majerin, tuang adunan apam dan perap 1 jam atau hingga adunan kembang.
  2. Sementara itu, 20 minit sebelum adunan kembang, panaskan kukus, balut penutup kukus dengan kitchen towel bersih dan kukus loyang berisi adunan apam tadi selama 40 - 45 minit atau hingga masak (bila cucuk apam dengan lidi sate dan keluar bersih, tu tanda apam dah ok). Sejukkan dan boleh dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut atau sambal tumis.

SAUSAGE BLOSSOM BUN....

rsz_sosej_blossom_bun

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni takde menu lauk pauk untuk makan tengah hari..errr che mat tak masak ke?..Masak, hilang akal ke tak masak, tapi serius lauk sempoi, cuma sup kentang, ikan selar kuning goreng, sambal belacan dan ada baki kari assam yang semalam che mat masak. Kira ok lah kan. Sebab masak yang simple, maka che mat sempat jugak lah mengarahkan 'Bibik Melayu' (BM), menguli roti. Serius rindu nak meroti, dan che mat buat sausage blossom bun, yang pernah che mat buat dulu. Resipi ini agak mudah dan menjadi kegemaran anak2. Bukan tak boleh beli, cuma yang beli tu che mat tak berapa nak pasti sausage yang mereka guna. Yelah selalunya kan mereka guna yang murah untuk jimat ko (maaf, bukan nak sindir siapa2), kalau kita buat sendiri dah pasti guna yang boleh dipercayai terutama dari segi status halalnya. Produk 'ayamas' memang menjadi pilihan  che mat sejak dulu lagi, terutama sausage dan nugget...

rsz_sosej_blossom_bun1

Resipi ini akan menghasilkan 10 biji blossom bun yang boleh dikatakan cun, comel, gebu dan sedap...(menyampah si mat gebu tu kan...tak menghagak memuji bun dia buat...well, to be honest, ia memang seperti apa yang di kata....ehemmmmm). Buat dia ada 2 cara, pertama boleh guna bread maker (BM) macam che mat guna dan satu lagi uli dengan tangan...Kalau ada cake mixer pun boleh juga guna takde masalah. Satu lagi sausage blossom bun ini juga sesuai untuk bekal anak2 ke sekolah..Anda berani mencuba?...Kalau nak cuba jomm che mat share resipi..tapi sebelum tu, entri ini amat2 bermakna sepanjang che mat berblog....terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga (boleh lihat contoh di sini). Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

Monday, February 17, 2014

KARI ASSAM IKAN PARI ALA NYONYA..

rsz_kari_assam_ikan_pari
Tiba2 mengidam nak makan kari assam ikan pari ala nyonya...aikk!!!..ngidam lagik, manalah orang tak pelik dengan che mat ni...hehe, ngidam tekak, bukan ngidam pembawak budak...grrr.. Kerap juga che mat masak kari assam dulu. Siang tadi che mat masak sekali lagi, untuk menghabiskan baki ikan pari yang dimasak asam pedas tempoh hari. Kari assam ni kira fusion antara asam pedas dan masak kari tapi tak guna santan. Yang penting kena ada rasa masam2 sikit, yang ni ikut citarasa masing2, boleh adjust, jangan risau yea. Selain ikan pari, apa2 ikan yang banyak isinya anda boleh gunakan, cuma lain ikan, ada kala lain rasanya. Che mat tau, mesti ada yang terbiasa bila che mat selitkan resipi2 warisan orang peranakan dalam blog ini, bukan apa, serius che mat amat kagumi dengan cara mereka memasak dan idea mereka yang begitu bijak dalam mengolah satu2 resipi, kira 'fusion' lah kan. Secara jujur ada bahan2 dalam resipi tulen mereka kita sebagai muslim, memang tak boleh makan, tapi boleh diubah untuk menjadikan ianya halal bagi umat islam...jangan risau ok, resipi di blog che mat semua halal dan tidak menggunakan bahan2 mentah yang diragui seperti satu komen yang pernah che mat terima dulu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari, cuci bersih dan toskan
10 batang bendi muda
1 biji terung ungu, kerat 3 dan belah 2 setiap keratan, rendam
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 senduk nasi penuh cili kisar
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (che mat guna rempah Baba's)
1 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan rempah kari ikan, kacau rata dan tumis hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggara 1 liter). Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan dan bendi. Tambah bunga kantan, terung (toskan) dan daun kesom. Masukkan kiub ikan bilis jika guna. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga bendi dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam2man..


APAM KARAMEL YANG GEBU DAN LEMBUT...

rsz_apam_gula_hangus

Assalammualaikum, salam Isnin...hari ni mengidam apam karamel atau apam gula hangus pulak...sampai ada yang konpius bila che mat kata mengidam..haha, releks ok, ai tak bunting's pun (eerr...tapi memang dah bunting padi sejak dulu lagi...hahaha). Sebenarnya masa che mat masak pagi tadi, tiba2 teringin nak buat apa karamel yang macam che mat pernah buat dulu. Apam tu memang lembut dan gebu, senang cerita yang takde gigi pun boleh makan. Rasanya just nice tak manis sangat dan tidak leer tawar melesey. Sesuai untuk minum petang atau sarapn pagi. Biasanya apam macam ni dimakan begitu sahaja dan tidak menggunakan kelapa parut. Tapi kalau nak, boleh saja, tak siapa larang..akhirnya nanti masuk tekak siapa?....pandaii....tekak sendiri...hehe....

rsz_apam_gula_hangus1
Nampak tak ke tembaman apam karamel che mat tu, gebu aje kan macam budak ni.. Sampai merekah2 macam gunung berapi pulak tu. Tapi kata bonda dia suka apam merekah, nampak geramm aje nak makan...Oooo....ok. Untuk resipi ini anda akan dapat dalam 12 biji apam yang bersaiz agak besar (saiz standard muffin yang jual kat kedai tu). Kalau anda guna acuan kecil yang comel2 macam kuih lompang, sah2 dapat banyak...errr banyak mana tu che mat tak pasti, anda kena cuba sendiri. Sebab che mat malas nak sapu2 minyak pada acuan, maka ku alaskan dengan paper cup sahaja. Lebih senang kerja..Ok jomm resipi, serius senang sangat buat dia, tak perlu risau apa2, kena cuba baru tau anda ada skill memasak atau tidak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred A
2 camca besar penuh mentega atau majerin
1/2 cawan minyak masak (che mat guna minyak jagung)
2 camca besar penuh susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum (che mat tambah lagi 1 camca besar)*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit, pastikan anda kacau guna senduk bertangkai panjang untuk mengelakkan percikan dari gula panas. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Biarkan sejuk seketika.
  2. Panaskan kukus, balut kukus dengan tuala dapur yang bersih. Alas acuan dengan paper cup atau lenser acuan apam kegemaran anda dengan minyak masak. Ketepikan. Kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim, gunakan whisk. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh, buah hingga siap dan kukus 15 - 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan...


Sunday, February 16, 2014

BILA MAGGI DICAMPUR DENGAN PETAI...

rsz_megi_petai
Salam Ahad semua, makan apa anda hari ni?...Kalau kat Johor, hari Ahad hari bekerja, mungkin anda yang bercuti keluar bersama keluarga atau makan diluar. Hari ni che mat masak yang senang2 dan pagi tadi melaksanakan projek tertangguh sejak beberapa hari lepas. Pernah masak mi segera campur dengan petai?..Che mat pun ni lah pertama kali buat. Idea gileer ni asal nya dari blogger ini, haish tatau lah dia ni kadang selera pelik, tapi masih boleh diterima akal. Masa che mat masak ni, bonda tanya, pesal bau petai aje mi megi tu. Bila che mat kata memang letak petai, dia pun teruja sama nak merasa, ok, semangkuk ni kami makan berdua. Tapi sedap lah, lain dari yang lain, nak2 bila ditambah cili padi...berpeluh okeh. Masak dia mudah cuma cara che mat ni ada kala kan nampak rumit sikit, tapi tak delah menyeksakan, anda bole buat punya. Cuma pesan che mat, jika anda bukan pemakan petai, minta maaf ini bukan untuk andalah yea, boleh saja nak masak, tapi itu petai jangan kasi taruk....Masak mi segera pun nak resipi gak ke?...Ok jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi perencah kari, asingkan perencahnya
2 pelepah sawi bok choy, siang berasingan bayang dan daunnya
1/2 keping dada ayam, dipotong memanjang
6 biji cili padi kampung, ketuk sedikit
2 biji bawang merah kecil, hiris
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sambal tumis
12 biji petai (atau ikut suka)
1 biji telur rebus, belah 2
Sedikit hirisan tauhu yang telah digoreng
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi maggi hingga lembut, tos dan ketepikan. Panaskan 1 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan kacau rata. Tambah isi ayam dan masak hingga isi ayam berubah warna. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan perencah kari, dan batang sawi bok choy tadi. Tambah petai, cili padi dan juga daun sawi, masak sekejap. Masukkan mi maggi, kacau rata dan matikan api. Tuang dalam mangkuk sesuai. Hias dengan telur rebus, hirisan tauhu goreng dan daun bawang. Hidangkan panas..


Saturday, February 15, 2014

BUKAN "NASI LEMAK TELANJANG"...EHEMMM...

rsz_nasi_lemaks

Assalammualaikum, salam Sabtu semua. Hari ni che mat tak masak tengah hari. Pagi tadi atas permintaan che mat masak nasi lemak yang boleh dikatakan agak lengkap. Bukan apa risau juga takut nanti nasi lemak che mat dapat jolokan 'nasi lemak telanjang' seperti yang heboh diperkatakan baru2 ni. Siapa yang tak tau tu, anda google lah untuk mengetahui kesah sebenarnya pasal 'nasi lemak telanjang'. Tapi pada pendapat che mat..Chef Wan orang yang layak komen, cuba kita orang2 biasa ni...takde maknanya orang MAS nak ambik endah. Harap2 mereka selesaikanlah isu ini jangan nak bagi macam2 alasan yang tak munasabah. Berbalik pada entri nasi lemak ni, dan kenapa che mat masak nasi lemak pagi ni?...Sebabnya Bak memang suka nasi lemak, dan yang penting sambal tak boleh pedas sangat. Tapi kalau orang berniaga, mereka suka sambal pedas, jadi tak perlu nak tepek banyak sangat atas nasi..

rsz_nasi_lemaks1

Seperti biasa, kalau nasi lemak, che mat suka guna beras basmathi sebab senang nak sukat santannya dan insha Allah kejadiannya juga amat2 memuaskan hati, dan kali ni nasi lemak agak meriah, dengan bahan2 sampingan, itu pun lupa nak goreng tempe, kalau tak mau penuh keliling pinggan dengan benda2. Che mat buat Inche Kabin atau ayam goreng gaya nyonya untuk dimakan dengan nasi lemak, selain tu ada tauhu, kacang tanah, ikan bilis, timun dan telur rebus. Kalau ada paru goreng rempah pun bess juga. Untuk sambal, atas permintaan, che mat buat sambal tumis udang. Kata bonda kalau terlampau meriah nanti tak tau nak makan macam mana dan nasi lemak tenggelam dek bahan2 sampingan...errkk...betul juga kan...errrr...kalau ada kangkung celur pun bess juga kan..hehe...Ok, jom resipi...

NASI LEMAK HALBA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
6 cawan santan segar
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
1/2 camca teh halba
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras basmathi ke dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker. Masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia dan halba. Masukkan 1 camc teh garam ke dalam santan dan kacau rata. Tuang santan dalam periuk berisi beras dan bahan2 lain. Kacau rata2.
  2. Masukkan daun pandan dan masak seperti biasa hingga nasi masak. Gemburkan nasi dengan chopstick dan terus matikan suiz periuk nasi untuk mengelakkan nasi terlampau berkerak. Hidangkan bersama bahan2 sampingan..

SAMBAL TUMIS UDANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 isi udang, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
2/3 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1/2 inci halia
4 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dn masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata2.
  2. Masukkan pes asam jawa dan air. Kacau rata dan masak hinga pekat. Tamba udang dan bawang yang telah dipotong tadi. Gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya. Biar pekat sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak..

CATATAN MAT GEBU :- Untuk ayam goreng gaya nyonya atau inche kaben, anda boleh rujuk di sini, dan ayam tadi boleh juga anda goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba untuk semua...

Friday, February 14, 2014

SAMBAL TUMIS IKAN SELAR KUNING...

rsz_sambal_ikan_cekik_leherr
Sambal tumis ikan selar kuning atau ikan cekik leher antara kegemaran che mat, walaupun ikan ini agak kecil taoi isinya cukup lemak. Selalunya che mat akan goreng dulu tapi tidaklah sampai garing, kemudian baru dimasak sambal. Kalau anda tukar guna ikan kembong pun bess juga, sebab ia banyak isi. Sambal tumis che mat hari ini sikit berlainan bila che mat masukkan 3 biji cili merah agar sambal kelihatan merah seperti seorang teman FB che mat buat tempoh hari, tapi beliau buat sambal tumis udang, terima kasih che mat pada Puan MustiQa. Kebiasaannya orang peranakan nyonya memang mereka akan campur cili merah hidup dalam masakan mereka seperti ikan kuah lada, asam pedas dan sebagainya. Sambal ikan sedap dimakan bersama nasi panas, ubi rebus atau pun lempeng pekak....hmmm lama tak buat lempeng, macam ngidam pulak lah...ehemm...apa2 pun ini antara hidangan ringkas dan cepat dibuat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor ikan selar kuning (bersaiz kurang lebih 2+ jari orang dewasa)
1 biji bawang besar
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah 
1/2 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan, dibakar
2 biji buah keras, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan selar kuning, disiang dan cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga keemasan, tak perlu sampai garing sangat. Angkat dan toskan. Bawang besar dipotong bulat dan leraikan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asa jawa, kacau rata dan tambah air.
  3. Biar mendidih dan masukkan bawang besar dan ikan yang telah digoreng. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau suka manis boleh tambah lagi), masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ubi rebus atau lempeng pekak.


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.