BEN ASHAARI

Tuesday, January 28, 2014

ASAM PEDAS KEPALA IKAN..

rsz_asam_pedas_kepala_ikan (1)
Salam semua, siang tadi che mat masak agak lewat, tapi siap awal....errr..macam mana pulak tu?..Biasalah dia ikut mood, kalau mood tu hari tinggi, maka laju semacamlah buat kerja, kalau mood siput, alamatnya perlahan sangat2 lah nak siap. Mula2 plan asal nak masak kari kepala ikan, tapi Bak tukar menu suruh masak asam pedas. Ok, sett..asam pedas lagi senang. Che mat guna 1 ketul kepala ikan Jenahak. Kepala ikan tu dipotong pada beberapa bahagian, diperap dengan jus limau nipis untuk beberapa ketika kemudian dibilas hingga bersih. Anda boleh juga campurkan daun kesom dan bunga kantan, tapi che mat guna bunga kantan sahaja. Jika anda suka asam pedas yang hangat, boleh masukkan sedikit lada hitam kisar. Ok. jomm lihat resipi, walaupun asam pedas antara entri paling kerap che mat letak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul kepala ikan Jenahak (atau merah, sagai, kachi, unga)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 batang serai, diketuk
3/4 camca besar pes asam jawa
1 biji tomato saiz besar, belah 6
1 3/4 senduk nasi cili kisar
10 - 12 batang kacang bendi (che mat guna bendi kontot)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dipotong, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan (sebab che mat guna bendi kontot, tak perlu dikerat). Ketepikan.
  2. Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan lada hitam dan cili kisar. Kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Biar mendidih, masukka kepala ikan, bunga kantan dan bendi. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  4. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


BELIMBING BULUH TAUCHO..

rsz_belimbing_taucho
Musim pohon belimbing buluh berbuah sekarang ni, rasa che mat mungkin sebab musim panas dan kering. Saiz nya besar2 juga. Terfikir nak buat apa dengan belimbing buluh yang mula melacak jatuh ke tanah (tapi kan che mat rasa belimbing yang gugur tu jadi bahan baja semulajadi, ini kerana pokok yang tak pernah ditabur baja tapi menghasilkan buah yang lebat...syukur alhamdulillah). Resipi pembuka selera yang anda lihat ni che mat ambik dari buku masakan Chef Florence Tan, chef nyonya yang femes tu, Che mat rasa selesa dengan kebanyakkan resipi beliau, selain nampak asli, rasanya kena dengan tekak. Belimbing buluh taucho sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Kalau anda suka pedas boleh masukkan cili padi. Che mat guna cili merah hiris saja sebab nanti Bak boleh makan, kan dia tak tahan pedas. Resipi simple dan senang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gm belimbing buluh
5 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 camca besar taucho
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
Garam jika perlu (che mat tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belimbing dipotong, kemudian tumbuk sedikit (jangan sampai hancur, cuma memar2kan sahaja). Tapis dan perah sedikit jusnya. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan taucho hingga harum, masukkan belimbing. Kacau rata dan tuang air. Masak dengan api sederhana hingga pekat, masukkan gula, kacau dan rasa, jika perlu baru tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi panas dan ikan atau ayam goreng....

Monday, January 27, 2014

PUDDING JAGUNG @ KASTARD JAGUNG

rsz_pudding_jagung
Salam semua, ntah kenapa petang tadi che mat tiba2 teringin nak makan pudding jagung atau kastard jagung. Dah lama juga tak buat, teringat seorang teman FB, Ady Greatsword buat tu hari, maka che mat pun bergegas ke blog beliau di sini, dan tengok bahan2 ada yang ada dan ada yang takde. Tapi takpe, kita guna bahan2 yang mudah dapat. Che mat guna 100% santan kelapa yang che mat perah dari kelapa yang diparut segar, maklumlah Bak kan jenis tak makan susu, jadi pudding jagung ni nanti Bak boleh lah makan. Buat dia memang betul2 senang, semua main satukan, kacau sampai pekat dan tuang dalam acuan. Sedap dimakan sejuk. Kalau anda nak makan dengan susu cair dan fruit cocktail pun sedap. Sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut. Anda boleh juga guna susu segar jika tak nak guna santan dan tambah sedikit esen vanilla...Terima kasih pada Ady Greatsword dan minta halal che mat ubah suai sikit ikut bahan2 yang ada di rumah....Jomm resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram tepung kastard (che mat guna Bird's Custard)
1 tin jagung cream style
130 gram gula pasir atau ikut rasa (resipi asal guna 100 gram)
1 camca besar konnyaku jelly powder (resipi asal guna 1 1/2 camca besar serbuk agar2)
900 ml santan segar (anda boleh guna 1/2 susu dan 1/2 santan atau susu sahaja)
4-5 titik pewarna kuning telur
1 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh tepung kastard dengan santan. Kacau rata dengan whisk. Sementara itu satukan gula dan konnyaku jelly powder dalam periuk. Tapis bancuhan tepung kastard dan santan tadi ke dalam periuk berisi gula dan serbuk jelly. Kacau rata.
  2. Masukkan jagung, garam, pewarna kuning telur dan daun pandan. Letak atas dapur dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Pastikan anda kacau selalu untuk mengelakkan bancuhan berkerak. Bila kelihatan pekat dan berkilat, boleh matikan api, keluarkan daun pandan. Tuang dalam acuan pilihan anda (basahkan dahulu acuan dengan sedikit air), biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk..


GULAI BATANG KELADI SAMA IKAN MASIN KEMBONG..

rsz_gulai_batang_keladi_ikan_masin
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni che mat agak sibuk sikit dan yang anda lihat ini bukan lauk baru masak, tapi semalam punya. Atas permintaan Bak, maka pagi tu bonda dan che mat berganding bahu memasak gulai batang keladi sama ikan masin kembong. Kali ni tak guna ikan kurau. Ikan kembong masin bersaiz agak besar che mat beli di Pontian dan serius, memang sedap dan tak masin langsung. Anda juga boleh guna ikan kembong rebus jika suka, tapi pastikan ikan dimasukkan akhir sebab bimbang ikan akan hancur kalau dimasukkan terlalu awal. Che mat campur sedikit cili padi dalam 10 biji untuk mendapat rasa sedikit pedas. Pada mulanya nak letak daun selasih, tapi Bak kata tukar, tak mo letak daun selasih, ganti dengan serai dan daun kunyit.Takd masalah, lagi pun yang nak makan kan Bak, ikut lah selera dia. Che mat senang bela, semua ok, boleh telan, no worry punya...Ok jomm kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi sayur dengan isinya sekali (keladi minyak, kurang lebih 1 kg)
2 - 3 ekor ikan kembong masin saiz besar, cuci dan kerat 2 setiap 1
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi kampung (boleh tambah atau kurangkan)
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi disiat kulit luarnya, kerat pendek (kurang lebih 3 inci) cuci dan toskan. Kupas keladi, potong kiub  pada saiz besar, cuci dan rebus hingga 3/4 empuk. Toskan. Kemudian celur batang keladi dengan asam gelugor selama 1 minit. Tos dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus, serai titik dan santan cair ke dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugor dan keladi tadi. Kalau kurang kuah, boleh tambah sedikit air panas. Masak sekejap dan masukkan ikan masin dan batang keladi. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  3. Biar mendidih perlahan, tambah daun kunyit. Kacau perlahan. Masak sekejap dengan api sederhana hingga keladi empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Saturday, January 25, 2014

TIBA-TIBA TERBUAT EGG BENJO...

rsz_egg_benjo (1)
Salam semua, che mat tak masak hari ni, sebab ada jemputan ke majlis perkahwinan anak pada sepupu che mat di Johor Baharu siang tadi, kira gantung periuk lah kan. Dan kalau tak masak, sah2 takde entri dalam blog. Tapi di wall FB tadi, ada juga yang cadangkan che mat buat entri tips menggunakan oven. Insha Allah...Bukan apa penggunaan oven ni bergantung pada jenis yang anda guna. Che mat sendiri susah nak bagi tips yang betul2 berkesan. Sebab hanya kita memahami barang2 yang kita ada dan caranya kenalah digunakan dan adjust mana yang perlu hingga mendapat teknik penggunaan yang sesuai. Tapi takpe, nanti2 che mat buat entri tu...sabar ok. Berbalik pada entri egg benjo yang che mat memang tak plan nak buat langsung. Petang tadi saja2 kemas2 dapur dan semalam ada beli bun di Tesco, sebab geram sangat tengok bun yang atasnya ada taburan biji kuaci bunga matahari, maka ku rembat 1 bungkus, ada 6 biji bun. Maka che mat buatlah sesuatu yang boleh diletak dalam blog sebagai entri simple untuk orang2 bujang dan mereka yang perlu. Buatnya simple gilerr, cuma tang telur tu che mat guna sejenis gegelang yang memang digunakan untuk buat egg benjo. Ok, jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji bun (boleh guna roti burger, bun yang che mat guna ni kecil sedikit)
1 biji telur, digoreng mata kerbau (che mat guna acuan khas bentuk gegelang)
1 helai daun salad (che mat guna butter head salad)
2 keping hirisan bawang besar (optional)
3 keping hirisan timun
3 keping hirisan tomato
1 keping keju cheese dale
Sedikit marjerin
Sedikit sos cili dan mayonnaise

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bun dibelah dua, sapu sedikit marjerin kemudian panggang dalam kuali hingga perang dan harum. Keluarkan dan biar sejuk. Ambil bahagian bawah bun, susun daun salad (jika besar koyakkan pada 2 bahagian). Diikuti keju, tomato, timun dan bawang besar. Kemaskan.
  2. Paipkan mayonnaise dan sos cili secara bersilang. Kemudian dengan cermat letak telur yang telah digoreng tadi. Kemaskan dan tutup atasnya dengan sebagahian bun tadi. Cucuk dengan lidi sate bersih atasnya untuk menstabilkan egg benjo. Hidangkan dan jangan lupa buang lidi sate sebelum anda makan....Selamat mencuba!!!.


Friday, January 24, 2014

SARDINE TUMIS CILI PADI BERAPI...

rsz_sardine_cili_padi
The malas masak day datang lagi, oleh sebab malas, hari ni che mat goreng sardine sahaja, dan nak kasi selera, che mat masak pedas2, guna 10 biji cili padi dan 7 biji yang lain che mat tumbuk hancur. Kira memang pedas. Makan dengan nasi panas, bertambah2 panas. Telinga semua tukar kaler merah. Che mat guna sardine cap ayam tin leper yang kecik. Kalau tak habis, boleh cicah roti atau lempeng. Boleh juga dibuat nasi goreng sardine. Kalau anda orang bujang, resipi ini amat2 sesuai...Pasti ada yang tergelak bila tengok entri sardine aje...takpe, sardine pun ada gak yang kurang pasti nak masak macam mana, terutama budak2 muda yang baru nak ke dapur. Jomm memasak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kecil saiz sadine cap ayam (che mat guna jenis leper)
10 biji cili padi, diketuk
1 batang leek, kerat dan rendam
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 keping kecil asam gelugor
7 biji cili padi*
1 inci halia*
1/3 inci kunyit hidup*(*ditumbuk hancur)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan bawang besar, leek (toskan) dan asam gelugor. Kacau rata hingga bawang layu dan bahan2 tumbuk nampak garing.
  2. Masukkan sardine dan sosnya. Kacau rata dan masak dengan api sederhana. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit air. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng...


Thursday, January 23, 2014

TUNA QUICHE

rsz_tuna_quiche
Salam semua, ntah kenapa lah tekak ni nak merasa macam2 benda, tapi bukan lah boleh melantak bantak sangat, sekadar merasa, lepas tu nak merasa benda lain pulak...Haish, ngalahkan orang ngidam. Tapi takpe, sebab sendiri yang buat, takde masalah lah apa nak makan, asalkan bahan2 ada, rajin ada...ok semua boleh 'on'... Ingat epal pai yang che mat buat tu hari?..Pastri dia masih berbaki dan semalam petang, dengan rasa tak bersalahnya che mat buat pulak 'tuna quiche' yang simple sangat, takde masak2 bagai inti dia, ku main lambakkan aje dalam pastri dan curah kastard dia, bakar hingga masak...settle. Apa itu 'quiche'?. Quiche satu hidangan klasik orang2 Perancis tetapi asal quiche dari negara German. Perkataan 'quiche' itu bermaksud 'cake' dari perkataan German, 'kuchen'. Namun begitu bekas pastri berisi dengan kastard ini telah menjadi sebahagian hidangan masyarakat Inggeris sejak abad ke - 14 lagi...begitu lah ceritanya...tapi bukan che mat cerita, wikipedia yang cerita..hehe..

rsz_tuna_quiche1
Dan sejak2 ini ia telah menular ke Sedenak..iyea ke Sedenak, bukan Ulu Remis, Kuantan mau pun Salak Tinggi...haha, gasak!. Che mat memang suka quiche sebabnya ia boleh dipelbagaikan, kalau anda kreatif dan nak quiche berunsur melayu atau malaysian style, boleh guna serunding daging atau ayam sebagai inti, tak pun guna guna rendang daging, atau anda masak inti quiche bersama rempah kari, kalau lebih berani lagi cuba buat quiche sambal tumis ikan bilis atau udang dan jika anda jenis brutal, guna sambal tumis petai...pengsan tak?..Untuk kastard tu biasanya guna telur + susu cair, kalau tak nak susu cair, guna santan pun ok...dah jadi 'fusion'...ehemm...memang wujud yea makanan fusion, bukan che mat pandai2 merosakkan resipi seperti komen seorang 'chef' dulu tapi bukanlah dia ni, yea....Ok lah kita semak resipi...jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pastri secukupnya (boleh rujuk di sini)
1 tin tuna (samada dalam minyak atau air), toskan
4 hirisan bulat bawang besar bersaiz sederhana
4 tangkai daun kucai, hiris halus
1 biji jeruk gherkin, didadu kecil
1 keping keju cheesdale atau 2 camca besar parutan keju cheddar
1/4 cawan susu sejat (atau susu segar)
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil setengah bahagian pastri, tabur tepung pada permukaan kerja dan juga pada torak (rolling pin), canai pastri setebal 0.3 cm. Biar besar dari acuan yang anda guna (che mat guna acuan bersaiz 6 inci). Alihkan pastri ke atas acuan dan kemasan. Potong lebihan pastri dan kemaskan. 
  2. Cucuk permukaan pastri dengan garfu, kemudian alas dengan kertas minyak dan letak benda berat dalamnya (macam kacang soya). Bakar kosong atau 'blind bake pada suhu 200C selama 20 - 25 minit pada rak paling bawah oven. Kemudian alihkan kertas minyak dan bahan pemberat. Sambung bakar hingga permukaan pastri keperangan. Keluarkan dari oven..
  3. Gaul tuna dengan gherkin, kucai (tinggalkan sedikit untuk hiasan) dan serbuk lada hitam. Masukkan ke dalam pastri tadi. Ratakan dan susun gegelang bawang atasnya. Bancuh susu, telur dan sedikit garam, kacau rata dan tuang perlahan2 atas bahan inti hingga penuh. Siat2kan keju dan susuh rata atas quiche, tabur dengan daun kucai. Bakar pada suhu 190C, selama 30 minit atau hingga permukaan quiche keperangan. Keluarkan dari oven, tanggalkan dari acuan dan boleh hidangkan..

MI KARI UNTUK HARI INI....

rsz_mi_kari_ciken1
Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni makan mi kari, malas nak masak yang lain...errr...jangan caya apa che mat tulis, dia tipu aje tu. Sebenarnya masak juga nasi untuk yang lain makan. Tapi lauk betul2 ringkas, che mat masak tumis air daun ranti, ikan bawal goreng dan tauhu masak kicap sama taugeh dan kucai. Mi kari ni che mat buat untuk makan 2- 3 orang bergantung pada napsu serakah masing2 masa makan tu, kalau lapar tahap naga bertapa, boleh lah makan 2 orang, kalau kurang lapar 3 orang pun sesuai. Selain guna mi kuning, anda boleh ganti dengan mi hoon, kue teow atau spaghetti/pasta. Mi kari menjadi pilihan ramai orang2 kita terutama untuk majlis2 keraian atau dihidangkan dibulan puasa. Resipi ikut style che mat, dan anda boleh ubah suai mana yang perlu yea...Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping besar bahagian kepak ayam, potong 4 setiap satu, cuci dan toskan
1 keping fish cake, hiris
7 tangkai sweet pea, kerat 2 setiap 1
1 biji kecil terung unggu, potong kecil dan rendam
4 biji tauhu pok, kerat 2 setiap 1
1/4 cawan pati santan (boleh ganti dengan susu sejat)
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar cili kisar
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar, saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji buah keras

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur 30 saat, toskan
Telur rebus, dibelah dua
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah/cili hijau
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Bawang goreng
Limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KARI :- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar), tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Sementara itu satukan bahan kisar halus dengan rempah kari dan kacau rata hingga menjadi pes. Masukkan pes rempah kari dan masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masak hingga ayam empuk. Masukkan fishcake, kiub ayam, terung (toskan), tauhu pok dan kacang sweet pea. Kacau dan masak sekejap. Tuang santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan dan kacau selalu. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan...
  3. UNTUK MI KARI :- Masukkan secukupnya mi ke dalam bekas sesuai. Sendukkan kuah kari bersama isi2nya sekali. Hias dengan taugeh, hirisan cili merah/cili hijau, daun sup/daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi. Hidangkan segera, sedap dimakan selagi hangat..


Wednesday, January 22, 2014

SOTONG GORENG KUNYIT...

rsz_sotong_kunyitt
Assalammualaikum...dah makan?...sejak2 ni che mat memang masak yang mudah dan cepat. Macam ni hari che mat masak sotong goreng kunyit, lepas tu goreng sayur dan ada ikan goreng dan sambal belacan. Ok siap dah. Saiz sotong yang che mat guna aga besar, seekor kurang lebih 12+ inci...iyea..tak tipu, memang saiz besar dan guna dalam 3 ekor macam tu, kalau tak takkan 'ring' dia seperti dalam gambar tu, lepas dimasak. Resipi amat2 mudah dan bahan2 tak perlu banyak sangat. Sotong perlu yang segar dan pastikan tidak dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia jadi liat. Sedap dimakan bersama nasi panas dan bagi yang alergi macam che mat, sedap gak lepas makan bila bergaru2 sebab kegatalan..haha...tapi takpelah, sekali2 gatal ni bess juga..boleh?. Jomm lah che mat share resipi, sesuai untuk orang bujang juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor sotong bersaiz besar (kurang lebih 1kg)
3/4 camca besar kunyit serbuk
1 camca besar tepung jagung
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, kemudian hiris bentuk gegelang, cuci dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 25 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, sementara itu masukkan 1 camca besar tepung jagung ke dalam sotong yang diperap tadi. Gaul rata dan masukkan ke dalam kuali, besarkan api dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau rata. 
  3. Tambah garam secukup rasa, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng, hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain..


Tuesday, January 21, 2014

MENGIDAM PAI EPAL...

rsz_apple_pie

Salam semua, hari ni tak pasal2, ngidam pai epal, boleh macam tu?..Dan sebab hari ni che mat rajin terlampau (tatau kuasa rajin mana ntah yang serap..) maka sambil2 masak, che mat adun pastry untuk pai epal dan lepas tu buat inti pai. Tak susah mana, buatnya, janji anda kena bijak mengatur kerja. Hari ni che mat masak banyak jenis juga, ada kari ikan, tumis air pucuk manis sama keledek, paru goreng berlado dan kangkung tumis cili padi, tu pun nasib baik tak bikin sotong goreng tepung....betul tak che mat rajin ni hari?...terima kasih sebab kata 'yea'.....hehe.. Dan berbalik cerita pai epal ni, plan asal nak buat saiz comel2, tapi rasa macam tak kuasa pulak. Takpe keluarkan acuan pai/tart saiz 6 inci, dan che mat agak2 juga nak guna berapa biji epal hijau...3 biji saiz besar cukup kot dan memang betul, ngam2 siaa....legaa....

rsz_apple_pie1
Ada yang tanya che mat apa beza pai dengan tart?..Ok, ni yang biasa che mat lihat dan baca lah yea, kalau pai, permukaannya tertutup dan tart atas dia terdedah. Untuk pai epal ni che mat terap pastry tu bentuk dedaun dan susun sebagai penutup pai epal. Tak susah, senang aje, anda boleh beli acuan tu dikedai2 baking. Atau bole buat apa corak yang anda suka. Cara membakarnya che mat letak pai pada tingkat paling bawah dan guna api bawah sahaja agar pastri bahagian bawah pai masak elok dan tidak mentah. Bila dah masak, dan jika anda nak permukaan kulit pai lebih gelap, anda boleh on kan api atas dan bawah, kemudian alih pai ke rak no 3 dan bakar 5 - 6 minit atau permukaannya jadi perang keemasan..

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung halus (che mat guna tepung gandum)
120 gram mentega, disejukkan dan dadu kecil
40 gram lemak sayur @ shortening
1 camca teh gula aising
1/3 camca teh garam
4 - 5 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau, kupas kulit, buang empulur dan didadu
1/3 cawan kismis
2 1/2 camca besar gula perang (boleh tambah kalau suka lebih manis)
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh mentega
1 camca besar penuh tepung jagung
1/4 camca teh garam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu cair*(*dikacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan esen vanila dan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. UNTUK INTI PAI :- Panaskan mentega, masukkan epal dan kismis, kacau dan tambah gula perang dan garam. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK PAI EPAL :- Panaskan acuan pada suhu 180C. Sediakan acuan sesuai (che mat guna acuan berukuran 6 inci). Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.
  4. Isikan dengan inti pai, ratakan. Canai baki doh dan terap dengan acuan bentuk daun, susun ikut kreativiti anda pada bahagian atas inti pai sehingga menutupi semua bahagian. Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 - 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.


PARU GORENG BERLADO

rsz_paru_berlado
Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak yang betul2 mudah dan menjadi kegemaran che mat. Paru goreng berlado satu menu yang amat muda dimasak dan sedap dimakan bersama nasi, atau begitu sahaja. Ada yang kata tak elok makan organ dalaman, seperti hati, paru dan sebagainya. Tapi che mat ok aje makan cuma sekali2 bukan selalu. Benda ni dah jadi kebiasaan untuk orang2 kita makan dan dimasak dengan pelbagai cara dan resipi. Che mat masak sikit aje, dalam 300 gram, ini baki dari satu projek masak2 yang che mat buat tempoh hari. Nak membuatnya punya lah senang dan rasa dia pun..meletoppp...errr tu bagi yang suka lah, kalau anda tak gemar makan paru, che mat tak boleh nak komen apa2. Satu lagi masakan gaya ni, bahan untuk sambal dia memang nampak kasar dan tak lumat sangat, ehh bukan tak senonoh yea tapi pesen dia memang dah gitu, nampak rustic dan hardcore....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram paru lembu
1/2 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh garam
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji buah keras, hiris
6 - 7 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hiris nipis paru, kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum dan perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan masukkan ke dalam periuk bersama halia, bawang putih, 1 camca teh garam dan air secukupnya. Rebus hingga paru lembut (kurang lebih 30 minit), toskan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng hingga keperangan, angkat dan toskan.
  2. Untuk bahan2 tumbuk kasar tu, anda tumbuk bawang putih dan buah keras hingga lumat. Kemudian masukkan bawang merah dan cili merah. Tumbuk hingga hancur tapi tak perlu sampai halus. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan2 tumbuk tadi hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga kering. Masukkan paru goreng, gaul hingga mesra, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..


Monday, January 20, 2014

TAUGEH, TAUHU DAN TEMPE MASAK LEMAK...

rsz_taugeh_tauhu_masak_lemak
Assalammualaikum, hari ni che mat masak awal sebab nak keluar pagi tadi dan tanya kat bonda, nak masak apa hari ni, makan terkeluarkan menu taugeh masak lemak, dan seperti anda tau che mat kan jenis ada masa kepala tak berapa nak betul, kalau ada apa2 yang boleh dileburkan sekali dalam masakan, che mat akan masukkan, termasuklah tempe...errr, tapi tempe tu normal aje kan kalau masukkan dalam masakan ni. Bila masak, che mat teringat kat arwah mak long Singapura (kakak pada Bak), yang cukup suka taugeh masak lemak. Arwah yang menetap sepanjang hayatnya di Singapura selama 60+ tahun dan meninggal di sana...al-fatihah, Pesan arwah dulu yang che mat tak boleh lupa, katanya kalau nak mula memasak, selain bersihkan diri, jangan lupa berselawat ke atas nabi junjungan kita, terutama masa menumis rempah atau memasak gulai. Selain masakan kita jadi sedap, ia juga lebih diberkati...aminn....Ok jomm kita memasak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram taugeh, cuci dan toskan
4 keping tauhu, potong 4 setiap 1
3 keping tempe, dipotong kiub
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan udang kering, perah dan tumbuk kasar, masukkan ke dalam periuk bersama2 bawang besar hiris dan bawang putih ketuk. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tempe dan tauhu. Kacau perlahan dan masak sekejap.
  2. Masukkan taugeh, cili merah hiris dan pati santan. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng..


Sunday, January 19, 2014

IKAN PARI BAKAR MASAK LEMAK SAMA BELIMBING BULUH..

rsz_ikan_pari_bakar_masak_lemak
Salam Ahad semua, assalammualaikum. Anda masak apa hari ni?...Che mat masak yang betul2 mudah, ikan tenggiri masak kicap, tumis air kentang dan sambal belacan. Entri yang anda nampak ni che mat masak tu hari dan hampir terlupa nak masukkan ke dalam blog. Sebenarnya menu macam ni Bak suka, ikan pari dibakar kemudiam dimasak lemak dengan belimbing buluh. Ikan pari kalau dapat dibakar atas bara api lagi terangkat, wangi dan sedap. Masaknya mudah cuma proses nak membakar tu saja yang cerewet sikit, tu pun kalau anda nak bakar guna arang, tapi kalau nak mudah, bakar guna kuali ajaib. Senang dan cepat cuma aroma dia kurang dan tidaklah seenak guna api bara. Anda boleh guna cili padi jika suka pedas. Sebab Bak jenis yang tak makan pedas, che mat guna cili merah dan campur 6 biji cili padi. Ok...jomm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ikan pari
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
15 biji belimbing buluh, kerat 2 tapi tak putus setiap 1
1 keping kecil asam gelugor
1200 ml santan cair
350 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyt hidup
3 biji cili merah
6 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci dan toskan. Gaul dengan sedikit serbuk kunyit, 1 camca besar minyak masak dan garam, kemudian panggang hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk bersama, serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan pari yang telah dipanggang tadi dan asam gelugor. Kacau perlahan dan masukkan pati santan dan daun kunyit. Biar mendidih sambil dikacau selalu.
  3. Tambah belimbing buluh, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...

Saturday, January 18, 2014

GRILL SOSEJ WRAPS...

rsz_grill_sosej_wraps
Assalammualaikum, salam semua...Hari ni che mat sibuk sikit...errr..sibuk banyak sebenarnya dah lah tu tadi kenapa ntah mata ni punya mengantuk sangat2, dapat lah lelap dalam 10 minit, alhamdulillah lega dah lepas tu. Sebab ada sedikit masa terluang, che mat laju2 update blog. Entri pun yang biasa2 saja. Sebenarnya tu hari kat FB, ada yang cadangkan che mat buat wraps yang digrill pulak. Dan pagi tadi che mat buat untuk sarapan, dan kebetulan memang ada 2 keping MISSION WRAPS (contoh di sini) yang masih berbaki jadi resipi yang che mat bagi ni untuk 2 biji wraps. Selain sosej, anda boleh guna ikan tuna atau kalau nak lebih berani, boleh guna rendang sebagai inti wraps. Che mat letak juga sekeping keju cheesdale untuk setiap wraps. Resipi memang mudah, sesuai untuk mereka2 yang agak kurang masa di dapur. Ok jomm che mat share resipi....pstt sesuai untuk orang2 bujang juga....

BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 batang sosej (che mat guna sosej Ayamas)
1/2 biji capscium kuning saiz kecil, didadu
1 biji jeruk gherkin, didadu
1 biji kecil bawang holland, didadu
1 ulas bawang putih, dicincang halus
2 camca besar sos spaghetti "PERGO" (kalau takde boleh guna sos tomato biasa)
1/2 camca teh lada hitam kisar
Secubit garam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 keping 'Mission Wraps'
2 camca besar mayonnaise
2 keping keju cheesedale

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Sosej dipotong kecil. Panaskan 2 camca besar minyak zaitun dalam non stick pan. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga harum dan layu. Masukkan sos spaghetti dan kacau rata. Tambah sosej, kacau dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan capsicum, gherkin dan lada hitam. Kacau rata dan masak hingga capsicum lembut. Rasa dan jika perlu baru masukkan secubit garam. Kacau dan matikan api (che mat tak letak garam sebab nanti akan ada keju yang memang dah masin). Sejukkan.
  3. UNTUK GRILL SOSEJ WRAPS :- Ambil sekeping wraps. Sapu rata dengan 1 camca besar mayonnaise, letak sekeping keju dan sudukan 1/2 bahagian inti atas keju tadi. Lipat kiri dan kanan wraps hingga menutupi inti, kemaskan dan berhati2 lipat bahagian bertentangan ke depan dan gulungkan wrap tadi (seperti membungkus popia). Buat kaedah sama untuk baki wraps dan bahan2 lain.
  4. Panaskan non-stick pan (che mat guna kuali ajaib), letak wraps atas pan dan kecilkan api. Grill 3 - 4 minit untuk setiap bahagian atau hingga kelihatan garing. Hidangkan panas untuk sarapan, minum petang dan sebagainya.


Friday, January 17, 2014

KETUPAT NASI GORENG..

rsz_ketupat_goreng
Assalammualaikum, salam Jumaat...Entri sebelum che mat keluar sekejap lagi. Ini sebenarnya ketupat semalam yang masih ada baki. Jadi pagi tadi che mat ambik 4 biji ketupat nasi NONA tu dan che mat goreng ala2 kue teow. Guna bahan2 yang mudah saja. Ia cepat diuat dan sedap makan selagi hangat. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Kalau untuk makan malam pun sedap juga. Buat dia memang mudah, ciken dodol sangat. Campak2 dalam kuali, kacau2 dan jadi. Tapi pastikan bahan2 ada. Untuk rencah che mat guna udang dan ayam. Kalau anda nak guna daging pun sedap. Kalau suka pedas boleh cincang cili padi. Che mat hanya guna cili kisar dalam 1 camca besar. Kalau anda nak tambah sawi juga boleh, cun juga ada hijau2. Jomm kita lihat resipi, mana tau ada memang merancang nak masak benda yang sama nanti...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji ketupat nasi NONA, potong 4 setiap 1
1 genggam isi udang
1 keping dada ayam, didadu
1 genggam taugeh
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawang merah, hiris
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 biji telur, dipukul sedikit
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, masukkan sos tiram, udang dan ayam, kacau rata dan masak hingga udang dan isi ayam berubah warna. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, kecilkan api dan masukkan telur, bila telur nampak kental, kacau rata. Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau dan tambah ketupat nasi, gaul rata. Masukkan taugeh kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan selagi hangat...


Thursday, January 16, 2014

KETUPAT NASI SUP AYAM....

rsz_ketupat_sup_ayam
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat bersiaran lewat, malam baru dapat menghadap laptop untuk update blog. Che mat masak yang betul2 simple hari ni, tak masak nasi, tapi pagi tadi awal2 lagi dah rebus ketupat NONA dan che mat buat sup ayam pencen, untuk dimakan bersama ketupat. Plan nak buat begedil tapi sebab nak keluar rumah jam 12, maka tak sempat lah nak mem'bergedil' bagai. Sup ayam antara hidangan kegemaran bonda, tapi Bak agak kurang, kecuali kalau dimakan bersama mi hoon. Che mat sebenarnya tak kesah, semua ok. Makan sama roti perancis pun ok, sedap. Membuatnya amat2 mudah dan bagi mereka yang baru nak mencuba, che mat rasa resipi ini sesuai. Anda boleh guna ayam daging untuk sup yang lebih cepat. Tapi ayam pencen lagi sedap, rasa seakan2 ayam kampung, cuma ambil masa lama sikit, kecuali kalau anda gunakan periuk tekanan atau preesure cooker, ini lebih cepat dan menjimatkan masa. Ok, che mat tulis resipi serba ringkas...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor aya tua @ ayam pencen, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang saiz sederhana, kupas belah 4 setiap 1 dan direndam
1 bunjut rempah sup tulang (che mat guna sup bunjut ADABI)
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
3/4 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ayam (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Ketupat, Nasi impit, Mi hoon, Mi kuning dan sebagainya
Taugeh, dibersihkan, cuci dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu, digoreng dan hiris
Soo hoon goreng secukupnya
Sambal kicap secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), masukkan bahan2 tumis dan masak hingga naik bau, tambah bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Masukkan ayam, gaul rata dan biar kecut sedikit, tuang air secukunya (anggaran 3 liter), kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ayam (jika guna), daun sup yang dikerat kasar, lada hitam tumbuk dan 1 camca besar bawang goreng, kacau dan masak higga ayam 3/4 empuk. Tambah kentang dan masak hingga kentang dan ayam empuk. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air panas. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan secukupya nasi impit atau mi hoon, ikut pilihan anda ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup bersama isi2nya sekali. Tambah taugeh, tauhu, soo hoon goreng, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan hidangkan bersama sambal kicap, makan panas2....boleh pengsann okehh!..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda guna ayam daging, masa memasak lebih singkat dan masukkan kentang bersama2 ayam ke dalam periuk dan masak seperti biasa. Kalau anda guna ayam pencen dan guna periuk tekanan, tumis rempah sup dalam periuk tekanan tadi dan masukkan bahan2 lain (kecuali kentang), masak seperti biasa dan bila ayam empuk (kurang lebih 20 minit), baru masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk, perasakan dengan garam secukupnya...Untuk sambal kicap tu che mat guna 30 biji cili padi kampung, 2 ulas bawang putih, 2 camca besar gula semua ditumbuk halus, tambah 1/2 cawan kicap lemak manis, kacau rata dan boleh hidangkan...

Wednesday, January 15, 2014

MI GORENG UNTUK 'SARAPAN' TENGAH HARI?...

rsz_mi_goreng_tengah_hari
Salam semua, entri malam ni bunyi macam aneh aje kan. Ceritanya bermula pagi tadi. Che mat keluar belanja barang2 basah sekitar jam 7, bila balik tu dekat2 jam 11, lepas siap2 nak masak untuk tengah hari, sekali ada permintaan dari Bak untuk mi goreng untuk 'sarapan'...hmm ok lah, lagi pun bukan susah nak goreng mi, bahan2 pun dah ada, kalau tak cukup bahan2 pun kita kasi cukupkan sampai dapat rasa mi goreng. Sebenarnya ini mi goreng basah, tapi sementara che mat tangkap2 gambar, habis dah tak jadi basah dah, terus mengering. Tapi masih basah2 juga lah bahagian bawahnya. Pada che mat, masak tu pekara kecil asal ada orang nak makan. Sebab ini mi goreng permintaan mengejut, maka bahan2 dia pun mengejut juga, che mat guna apa yang ada saja, udang pun jenis kecil, tak pelah boleh saja..Walaupun nampak ala kadar, tapi licin gakk...tu maknanya apa?....sedapp lahh kan, ke lapar?...mana2 lah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram mi kuning, cuci dan toskan
1/2 cawan isi udang
2 keping tauhu, didadu dan goreng
2 genggam taugeh, atau secukupnya
1 kiub pati ayam
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat JALEN
3 camca besar kicap lemak manis JALEN
Kicap cair secukupnya (jika perlu)
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan air
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan (che mat tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah udang, tauhu goreng dan kacau rata. Masukkan sos tiram, kacau dan masak sekejap.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur. Bila kelihatan kental, kacau hingga hancur. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Gaul rata. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan mi kuning, gaul rata dan masukkan taugeh, kacau hingga rata.
  3. Rasa dan jika perlu baru tambah kicap cair secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan bawang goreng. Hidangkan panas..


PUCUK PAKU TUMIS CILI PADI..

rsz_pucuk_paku_tumis_pedas
Assalammualaikum, salam Rabu...errr wordless wednesday?...huhu, dah cuba tapi memang tak sesuai, rasa macam cacat aje bila che mat post gambau tapi tak bebel. Hari ni che mat masak pucuk paku tumis cili padi, plan asal nak masak kangkung yang tiba2 meletop sangat ni, tapi ditunda esok, insha Allah. Pagi tadi ke pasar dan beli pucuk paku 2 ikat, boleh tahan, tak mahal sangat dan masih segar. Che mat goreng dengan cili padi dan rencah guna ikan bilis dan udang basah...sebenarnya udang tu che mat saja buat lawa2, kalau tak nak letak pun boleh. Sayur macam ini sedap dimakan panas bersama nasi dan lauk2 lain. Pucuk paku ada yang kata dalam kategori sayur sejuk tapi ia sayuran yang sihat sebab tidak disembur dengan racun serangga kerana tumbuh secara organik dan semulajadi. Resipi ini che mat tujukan pada mereka2 yang baru nak berjinak2 memasak, pada yang senior2 sudah pasti mereka dah pakar....Ok kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku hijau @ pucuk paku perak, disiang, cuci dan toskan
1 genggam isi udang
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi kampung (che mat guna yang kaler merah dan hijau)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram dan udang, kacau rata dan masak sekejap. Tuang sediki air dan biar mendidih.
  2. Masukkan pucuk paku, besarkan api dapur, gaul pantas pucuk paku tadi. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar..


Tuesday, January 14, 2014

CHICKEN HONEY MUSTARD WRAPS...

rsz_chicken_honey_mustard_wraps
Selagi wraps yang che mat beli tu masih ada, selagi tu lah ku jadikan benda yang boleh disantap dikala malas memasak. Sebenarnya benda ni mudah disediakan. Che mat sendiri guna bahan2 yang ada saja. Sebab ada sekeping dada ayam dan dari menyemak aje dalam freezer, che mat perapkan dengan bahan2 yang biasa ada kat dapur, kemudian panggang dalam non-stick pan hingga masak dan dijadikan inti untuk wraps. Itu jela cara termudah nak habiskan stok2 yang tinggal sikit2. Sebenarnya anda boleh isi apa saja dalam wraps ini, asalkan jangan terlebih isi, nanti nak lipat agak susah dan kurang kemas (tapi kalau nak makan sendiri, apa kira, nko lambakkan aje, janji dapat lipat sikit2 sudah lah). Ada yang tanya che mat tak payah panaskan dulu ke wraps ni?..Bergantung, kalau anda guna inti2 yang bukan dari daun salad dan sayur2 mentah anda boleh dipanaskan sekejap. Tapi che mat tak panaskan, just wraps macam tu saja dan hidangkan. Resipi memang mudah, ala macam biasa2 tuu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam cuci bersih dan cucuk dengan garfu*
1 camca besar madu*
1 camca teh english mustard*
1 camca teh kicap pekat*
1 ulas bawang putih, cincang halus*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 30 minit)
2 keping 'MISSION WRAPS'
2 camca besar atau secukupnya mayonnaise
4 helai daun salad saiz kecil (che mat guna salad butterhead)
Sedikit hirisan jeruk gherkin
Sedikit hirisan bawang besar
Sedikit hirisan keju cheedar
Sedikit hirisan capsicum 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan atau boleh guna pemanggang ajaib. Tuang 1 camca besar minyak zaitun, ratakan (kalau nak guna butter pun boleh lagi sedap...ehemm). Kemudian letak dada ayan yang diperap tadi, kecilkan api dan tutup permukaan pan dengan tudung periuk. Sekali sapukan baki bahan pemerap pada dada ayam tadi. Masak 6 - 7 minit kemudian terbalikkan dan masak bahagian satu lagi untuk 6 - 7 minit dan sapukan dengan baki bahan pemerap. Bila masak, biar suam dan hiris memanjang. Ketepikan.
  2. Ambil sekeping wrap, sapu 1 camca besar mayonnaise kemudian susun 2 helai dau salad, diikut sedikit hirisan jeruk gherkins, bawang, keju dan capsicum. Letak hirisan ayam, kemaskan dan gulung wraps tadi kemas2. Kalau suka boleh ikat macam che mat buat tu.
  3. Buat kaedah sama untuk baki bahan2. Kemudian boleh hidangkan, dan anda boleh paipkan sos kegemaran anda sebelum dimakan....Selamat mencuba!!.

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI...

rsz_lemak_cili_padi_ayammm
Assalammualaikum, salam maulidur rasul untuk semua umat Islam. Anda masak apa hari ni, che mat masak yang senang2 aje. Resipi yang teramat biasa anda nampak diblog dts ni che mat masak masa Bro Framestone datang Ahad lepas. Tak berkesempatan nak masukkan sebagai entri (tapi kalau tak dijadikan entri pun takpe sebab dah kerap sangat..) Cuma pada pandangan che mat lah, walaupun berpuluh kali entri yang sama, tapi keadaannya tidak sama, maksudnya che mat ada kala tak tetap kan untuk satu2 resipi itu sentiasa terikat. Contohnya untuk masak lemak cili padi kali ini che mat hiris halus daun kunyitnya untuk mendapatkan rasa yang lebih ampuh. Satu yang che mat suka masak macam ni, kuah nya anda boleh gunakan sebagai pencicah lempeng pekak atau roti, semua boleh. Mungkin ada yang dah biasa memasaknya, namun bagi yang tak berapa biasa, che mat share resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), dan tuang santan cair. Masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  2. Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain. Sesuai juga dihidangkan bersama roti bai, roti canai atau lempeng pekak...Selamat mencuba!!..

Monday, January 13, 2014

SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG...

rsz_sambal_sotong_kacang_tanah (1)
Salam Isnin, yeaaaa haaa!!!..ok ok dah cukup lah cuti 2-3 hari, tapi bukan rehat pung, macam tu juga aktiviti, cuma dapat lah mengelap teko2 antik, cawan2 antik dan diri sendiri yang dah mula nak masuk era antik juga....errrr..biasalah 38 dah, 2 tahun lagi 40..tah sampai ke tak pun tatau lah, moga Allah swt beri pinjam usia lagi. Ok entri pertama masak2 hari ni che mat masak sambal sotong kembang berkacang. Che mat bukan masak hari ni, tapi che mat masak semalam, ni antara hidanga untuk Bro Framestone semalam. Kalau siapa yang tak pernah buat, che mat sarankan anda buat dan cuba rasa, memang sedap...errr, nanti ada pulak yang berkata dalam hari, 'macam yea2 aje che mat tu, kata sedap"... Insha Allah, sedap. Kalau tak suka guna sotong, boleh ganti dengan udang atau ketam. Che mat guna 500 gram sotong kembang, dan satu petua untuk mengelakkan sotong kembang liat, jangan masukkan garam masa anda rebus sotong kembang, rebus gitu2 aje dalam 30 saat...Ok jommm resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong kembang
1 biji bawang besar, dadu kecil
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, cincang halus
4 camca besar sos tomato JALEN
3 camca besar sos cili JALEN
2 camca besar cili kisar
3 camca besar kacang tanah tumbuk
2 camca besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
4 biji buah keras, bakar hingga harum dan hiris
1/2 inci belacan, bakar hingga harum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong kembang dipotong pada saiz sederhana celur selama 30 saat dan toskan (jangan pandai2 yea nak tambah garam dalam air yang anda guna untuk celur sotong, nanti sotong jadi liat. Tu jam jangan nak salah kan che mat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 3/4 cawan. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah bahan2 kisar halus, masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan gula, kacau dan tambah sotong. Gaul rata dan masak hingga pekat. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk, gaul rata dan masak hingga kering sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Sunday, January 12, 2014

BRO FRAMESTONE, SEKARANG BERTIGA....

rsz_bro (3)

Assalammualaikum...macam nak sambung cuti lagi untuk 2 - 3 hari lagi aje rasanya...amacam?. Petang tadi che mat menerima kehadiran blogger otai yang memang mantap namanya dikalangan blogger2 personal, blog Bro Framestone di sini. Kalau dulu Bro datang berdua, kemudian datang berdua setengah, dan hari ini bertiga sudah. Tak lama lagi berempat pulak kan bro...haha, enpat tu bukan 'bini2' tapi anak2. Bro sampai agak lewat sikit, takpe..memandu dengan ada anak kecil memang kena berhati2, lambat takpe asal sampai dengan selamat. Bila dah sampai lambat, che mat nak 'tackle' dia orang agar balik lambat pun tak tercapai...kira ni hari bro memang lah (sebenarnya Fisha yang menang), sebab tak sampai 3 jam, kebiasaannya 4 jam lebih sebab che mat umpan dia dengan modal2 berborak yang bro sendiri susah nak tolak...hahaha...

rsz_fisha
Ini lah dia pengarang jantung Bro Framestone dan Iera Khan, macam comel aje, macam kiut aje, macam gebu aje pipi tu kan... Maka dengan rasminya Fisha telah menjejakkan diri ke rumah paktua mat di Sedenak, syukur alhamdulillah. Moga Fisha membesar dengan sihat dan sempurna, diberi kebijaksanaan dunia mau pun akhirat kelak. Dan menjadi anak yang solehah. Terima kasih che mat pada Bro dan Iera yang sudi datang ke Sedenak..


Thursday, January 9, 2014

CHUNKY CHICKEN PIE UNTUK RELEASE TENSION...

rsz_chuncky_chicken_pie1
Salam semua, terlebih dahulu che mat nak ucapkan terima kasih pada mereka ini, ini dan ini kerana...ehem, yang tu anda kenalah singgah dan baca. Entri malam ni che mat buat chunky chicken pie, saja che mat buat inti pie tu guna isi ayam yang dipotong kiub, tak nak dicincang. Tak plan nak buat pun, tapi hari ni che mat tensenn okeh, semalam tak pasal2 kena cramp kat betis kanan, dah lah betis tu ala2 bunting padi, tatau kenapa, tiba2 aje, bukan main 'sedap' lagi rasanya kena cramp ni kan...grrrrr, sampai rasa nak terkucil. Dan sebab tu lah che mat tidur awal semalam. Sebenarnya kalau masa berdiri dan buat kerja, langsung tak sakit, tapi kalau duduk dan berehat mula lah terasa macam nak kena cramp,huhu...rasa macam nak menendang aje sebab gerammmm. Hari ini ok skit dan sebab geram punya pasal, che mat buat pie ayam....

rsz_chunky_chicken_piersz_chuncky_chicken_pie3
Pie ayam yang che mat buat ni biasa2 aje. Selalu che mat buat guna pie maker pemberian Kak Ida 1001 resipi, tapi kali ni che mat buat dalam bekas saiz sederhana, sebab nak buat kecil2 dan lebih sedikit. Pastri untuk pie agak mudah, yang penting mentega harus sejuk dan doh tidak boleh diuli lama sangat dan gunakan air yang dicampur ais kiub. Satu lagi doh harus direhatkan sejam dalam peti sejuk sebelum anda gunakan sebagai kulit pie. Ia rapuh tapi tidak mudah pecah bila anda pegang. Kata Kak Jee yang kini aktif berniaga, pie sedap dimakan bersama sos lada hitam, tapi che mat kesuntukan masa nak buat sos lada hitam sendiri, jadi dari kempunan, aku guna ajelah sos lada hitam dalam botol. Kalau anda nak buat sos lada hitam sendiri, boleh cari di blog kak jee yea...Ok kita semak resipi, serius tak susah membuatnya..

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung gandum
150 gram mentega, didadu kecil dan simpan dalam peti sejuk
1/4 camca teh garam 
1 camca teh gula aising
4 - 5 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI PIE :-)
250 gram dada ayam tanpa tulang, dipotong kiub
6 biji cendawan butang, didadu
1/2 cawan mix vege (karot, jagung dan kacang pis)
2 helai bay leaf
1 cawan susu segar
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1/2 kiub pati ayam
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air = kacau rata
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising, garam halus dan mentega sejuk, kemudian ramas dengan hujung jari hingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan sedikit demi sedikit air ais sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. UNTUK INTI PIE :- Panaskan mentega dalam non-stick pan, tumis bawang holland, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Goreng isi ayam hingga berubah warna. Masukkan cendawan dan masak sekejap. Tambah susu dan kiub pati ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam masak.
  3. Masukkan lada hitam tumbuk, mix vege dan garam secukup rasa (anda rasa dulu baru letak garam). Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Keluarkan bay leaf dan sejukkan..
  4. UNTUK CHUNKY CHICKEN PIE :- Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat dua doh dan simpan kembali baki doh dalam peti sejuk. Canai doh kurang lebih setebal 0.3 cm, terap dengan acuan bulat (yang ini ikut saiz acuan yang anda guna, pastikan saiz doh lebih besar dari saiz permukaan acuan) kemaskan dalam acuan tadi. Isikan dengan inti pie, terap satu lagi dengan acuan bulat yang bersaiz lebih kecil dan tutup permukaan pie. Tekan2 sedikit tepinya agar melekat dan cucuk2 dengan lidi sate. Kemudian hias atas pie dengan lebihan doh mengiktu kreativiti anda. Buat hingga siap (termasuk baki doh yang anda simpan tadi)..
  5. Sapu dengan telur pada permukaan pie dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 35 minit atau hingga masak dan permukaan pie keemasan. Pastikan anda bakar pie pada rak bawak oven untuk mendapatkan bahagian bawah kulit pie yang elok masaknya. Hidangkan dengan sos pilihan anda...Selamat mencuba!!..


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.