BEN ASHAARI

Saturday, December 6, 2014

TERUNG KUAH KICAP....

rsz_terung_kicap_bilis
Terung antara sayuran/buahan yang che mat suka. Sejak dari dulu lagi, dalam seminggu, terung antara hidangan yang harus ada dalam menu di pondok che mat. Boleh pelbagaikan cara memasak atau anda boleh celur, salai atau kukus dan makan bersama sambal belacan sebagai pembuka selera. Di masukkan ke dalam kari, asam pedas, dalca dan sebagainya. Satu resipi mudah yang kerap che mat masak, ialah terung berlado dan terung masak kicap atau masak tempra (yang ni style orang peranakan nya masak kicap). Selain tu, boleh dimasak tauco. Resipi kali ini agak biasa dan punya sedikit kelainan. Terung tu che mat gaul dengan garam dan minyak zaitun, kemudian goreng dalam kuali hingga layu. Kita bikin kuah kicap dan curah ketika hendak dihidangkan. Tabur ikan bilis goreng. Makan sama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng....ehemm....resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu, saiz sederhana, cuci dan toskan
1 camca besar minyak zaitun (atau minyak makan)
1/2 camca teh garam
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap
1 batang kecil leek, kerat pendek dan rendam
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram JALEN
3 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar kicap pekat JALEN
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dihiris serong sederhana tebal, kemudian gaulkan dengan minyak zaitun dan garam hingga rata. Panaskan non-stick pan, masukkan terung tadi dan goreng dengan api sederhana hingga terung lembut pada ke dua2 bahagian. Angkat dan susun dalam mangkuk sesuai. Ketepikan.
  2. Ikan bilis ditoskan dan perah. Kemudian goreng hingga garing, angkat dan toskan. Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan leek hingga harum, masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau rata dan tambah sedikit air. 
  3. Masukkan cili merah dan hijau, tambah lada sulah dan kacau rata. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang kuah kicap atas terung dan tabur ikan bilis goreng atasnya. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng..

2 comments:

Sentiasa Panas said...

Sangat sedap..:)

Cik Iman said...

lapar pulak rasa tengah malam gini

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.