SUP AYAM KAMPUNG OLEH ORANG KAMPUNG

rsz_ciken_soup_kampung
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni che mat masukkan entri sup ayam kampung yang dimasak oleh orang kampung...ehem che mat leer tu. Ini entri tertangguh sebenarnya. Che mat masak Isnin lepas untuk bonda berbuka puasa, sekali gus untuk yang tak berpuasa juga...hehe. Apa beza ayam kampung dengan ayam bandar (ayam daging)?. Selain struktur badan ayam kampung lebih tinggi dan segak, rasa dagingnya juga berbeza. Tapi sekarang ayam kampung telah dibela secara komersial, dikurung dalam reban. Kalau ayam kampung yang asli, dibiar lepas bebas. Kata bonda, kalau ayam kampung betina, lebih sedap dibikin sup, kalau ayam jantan atau jaguh, sedap dimasak gulai atau kari. Tapi ini ikut anda lah, nak guna yang mana satu pun takpe...

rsz_ciken_soup_kampung1
Bila ada sup ayam, bonda lebih gemar makan bersama ketupat. Bak lebih gemar makan bersama mi hoon. Che mat semua ok, boleh aje nak makan sama ketupat ke, mi ke, roti atau nasi. Untuk sup ayam ini che mat masak dalam periuk tekanan. Sebab ayam ni berusia emas bukan jenisanak dara. Kalau anda rajin, boleh buat begedil dan dimakan bersama nasi impit dan sup ayam, curah sambal kicap, dahh jadi ala2 soto. Kalau nak authentic 'Johor", jangan lupa so hoon goreng dan kacang tanah goreng juga...perghh...meleleh beb!..Tapi kalau malas atau tak berapa nak rajin, bikin macam che mat ni pun dah ok banget puas hati. Boleh makan satu keluarga tau dijamu pada teman2....Nak cuba?...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam kampung
4 biji kentang
1 sup bunjut tulang (Adabi)
1 kiub pati ayam (optional)
3/4 camca besar lada hitam, ditumbuk halus
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar penuh bawang goreng
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi impit/ketupat secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Sambal kicap (wajib ada)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam kampung dipotong kecil atau ikut suka. Cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, kemudian potong 4 setiap 1 dan rendam. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Masukkan rempah tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan2 kisar halus dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar sekejap. Kemudian tuang air secukupnya (anggaran 3 liter). Kacau dan biar mendidih. Masukkan daup sup yang dipotong kasar dan 1 camca besar bawang goreng serta kiub pati ayam, jika guna. Kacau rata dan sederhanakan api. Masak hingga ayam empuk (tamba air panas jika ayam masih belum empuk tapi kuahnya kering).
  3. Masukkan kentang, dan lada hitam. Bila kentang empuk, perasakan dengan garam secukupnya dan masak sekejap. Rasa dan jika ok bole matilan api. Ketepikan..
  4. PENYEDIAANNYA :- Potong ketupat atau nasi impit. Masukkan secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup bersama isi2nya sekali. Tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan taruk beberapa keping hirisan tauhu goreng. Hidangkan bersama sambal kicap. Sedap dimakan panas..

Post a Comment

3 Comments

  1. Mesti daging dia lembut masak dalam pressure cooker

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  2. Tetiba lapar bihun sup! uurrgghhh teringin nak rasa masakkan mat gebu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.