BEN ASHAARI

Tuesday, December 2, 2014

SAMBAL TUMIS SARDINE

rsz_sardine_sambal
Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni the malas day untuk che mat masak2 yang beriya sangat. Masak cincai2 pun bess juga, nak2 cuaca mendung dan hujan pagi tadi. Semalam che mat ada bikin sup ayam kampung dan rebus ketupat. Yang tu nanti lah kalau senang che mat masukkan dalam blog. Bila menulis entri masak2, che mat perhatikan, resipi mudah2 macam yang anda lihat ini lebih mendapat sambutan. Ini berdasarkan viewers dari setiap entri di blog che mat. Sambal tumis sardine sekadar memberi variasi pada sardine untuk anda masak selain digoreng seperti biasa atau masak kari. Sedap dimakan bersama nasi putih, ketupat, lempeng atau dicicah roti. Che mat guna satu tin sedang sardine cap AYAM. Nak guna jenis tin leper pun boleh. Buatnya memang senang dan mudah dan sedikit berbeza dari sambal tumis biasa. Ok kalau nak mencuba kita lihat resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sedang sardine cap AYAM (atau sardine pilihan anda)
1 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 batang serai, diketuk
5 biji limau kasturi, perah jusnya
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, diketuk
2 camca besar sos cili JALEN
1/2 inci belacan + 1 camca besar air dan larutkan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asiangkan ikan sardine dari sosnya. Panaskan 1/4 cawan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan serai hingga harum. Masukkan cili kisar dan sos cili, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air dan masukkan belacan dan kacau rata. Masukkan 2 camca besar sos dari ikan sardine tadi dan masak sekejap hingga pekat. Tambah ikan sardine dan bawang besar. Kacau perlahan2. Masukkan jus limau kasturi, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biar masak sebentar hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti dan sebagainya.


4 comments:

Kjee said...

Tak boleh kasi UnclePali tengok ni!!! Ubat gout dia!!!

kerusiburok said...

pakai sardin je macam2 bole alter. terbaik :) Jom lawat mall terbaru di Putrajaya!

adda syuhada said...

sedapnyer...

Hamidi SP said...

Teringat pula cerita penemuan cacing dalam sardin..huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.