BEN ASHAARI

Monday, December 29, 2014

SAMBAL HIJAU SAMA PETAI....LAGI?...

rsz_sambel_ijou
Assalammualaikum, salam Isnin semua. Hari ni takde apa sangat yang istimewa, cuma berkongsi satu resipi yang pernah che mat buat sedikit masa dulu. Asalnya che mat nampak Kak Jee bikin, dan rasa teruja sangat. Lepas pertama kali cuba, memang sedap dan mendapat sambutan. Dan sebab tu, semalam, che mat buat sekali lagi, kali ni buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Petai memang ngam sangat dengan sambal ni dan che mat guna 3 papan petai. Tambah pulak dengan segenggam ikan bilis tamban. Ikan bilis tamban tu guna yang saiz kecil, perlu dibuang tulang tengahnya. Satu lagi ikut kata kak jee, cili hijau dan bawang besar hanya ditumbuk hancur, bukan sampai lumat. Bagi yang tak kuasa nak tumbuk dan jika anda ada mesin pengisar makanan atau food processor (bukan blender tu yea), anda boleh guna FP untuk mengisar hingga hancur. Guna kaedah pulse. Walaupun resipi pernah che mat tulis dalam entri lepas, untuk memudahkan anda, che mat tuliskan sekali lagi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 tangkai cili hijau, cuci dan potong kasar
3 biji bawang besar, belah 4 setiap 1
1 kiub pati ikan bilis
1 keping asam gelugor (kalau saiz kecil, guna 2 )
1 genggam ikan bilis tamban
3 papan petai. ambil isinya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cili hijau ditumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Begitu juga bawang besar, ditumbuk hingga hancur. Ikan bilis tamban direndam, buang sisik, dan belah 2, buang tulang tengah, cuci dan rendam sekali lagi. Isi petai dibelah 2 setiap sebiji. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (nak sedap guna minyak lebihan goreng ayam). Tumis cili hijau dan bawang hingga layu. Masukkan asam gelugor, ikan bilis tamban (tos dan perah) dan petai. Kacau rata dan masak hingga petai dan ikan bilis lembut.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar.....selamat menjamu selera!!..

5 comments:

Eyriqazz GTO said...

Petai? hohoho..tak boleh telan..

Najib Ariyan said...

sodapnya... buat bebanyak and simpan... bila nak makan apa apa pun jadi bahan wajib selain nasik... takder lauk ini pun jadik

Sis Lin said...

Ikan tamban xde, aku nak try guna ikan bilis..hehehehe

Miss Moon said...

ni menu yg sgt sedap dikala hujan nih che mat

DZ said...

Dear Che Mat, takde ikan tamban, guna ikan bilis saja (good type beli dari Pangkor). Petai pula fresh off the tree yang saya belikan dari Cameron Highlands (orang asli banyak jual di situ). Minyak masak saya guna EVOO, nasi pula digantikan dengan quinoa dan telur dadar digoreng setelah egg yolk dibuang (healthy style la konon) Omg Che Mat... So simple and so sedap !!! Thank you !!! Boleh masak lagi :) Happy sangat. SEDAP.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.