BEN ASHAARI

Monday, December 15, 2014

RENDANG DAGING GUNA PES PACERI TOK MOMMY KITCHEN...

rsz_tok_mommy_rendang_daging

Assalammualaikum, hari ni che mat Monday Blues sangat, tak berapa mo rajin, macam rasa nak bermalas2 aje. Dan bertambah malas bila perlu melangkah ke dapur. Kalau ikutkan hati telur goreng mata kobau curah kicap Jalen, potong2kan bawang dan cili padi sudah cukup sangat. Tapi itu untuk che mat. Bagaimana pulak yang lain. Dalam duduk memikirkan menu apa nak masak sampai che mat up di FB tadi, sebab blurr sangat tatau nak masak apa. Tiba2 teringat pes paceri Tok Mommy Kitchen yang ada dalam peti sejuk. Nak bikin paceri, nenas takde, terung pun takde juga. Ok, sambung fikir lagi, mencari2 idea untuk menderhaka. Dan dengan izin Allah maka idea derhaka itu sampai jua. Ada daging batang pinang dalam 1 kati (600 gram) dalam freezer, hmmm, apa kata che mat bikin rendang guna pes paceri tok mommy kitchen...Haaa...biar betul?...Logik ke nak bikin rendang dengan pes paceri?...ehemmm...

rsz_tok_mommy_rendang_daging1

Dan seperti biasa che mat mulakan operasi. Ok, secara asas rendang anda perlukan kerisik. dan pes paceri ini memang ada kerisik dalamnya (dari apa yang che mat rasa lah), dan anda perlu juga bahan2 tambahan untuk menjadikan menu anda 'rendang'. Kalau main lebur gitu aje, jadi pulak paceri daging...erkk..anehnya!. Memasak ni anda kena kreatif. Jika guna pes instant, tak perlu terikat sangat, be creative, be wild....ok. Dan che mat tambah cili padi untuk kasi pedas (boleh ganti dengan cili kisar dalam 1 - 2 camca besar), santan wajib lah sebab nak dapat rasa lemak rendang. Bahan2 lain tu nanti che mat tulis yea. Kalau tak makan daging, boleh ganti dengan ayam. kalau dapat ayam anda potong pada saiz sederhana, jangan besar sangat, tak comey dehh. Rasa rendang tu macam mana?..SEDAP GILEERR!!.. Sebarang pertanyaan anda boleh singgah di FB Tok Mommy Kitchen di sini atau boleh rujuk entri ini...Ok, jomm kita mula memasak, in sha Allah tak sampai 30 minit anda boleh merasi keenakan rendang dari dapur anda sendiri.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan
1 paket pes paceri tok mommy kitchen
1 cawan pati santan (guna santan kotak pun ok)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, mayang halus
2 helai daun limau purut
15 biji cili padi kampung, tumbuk halus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tuang santan ke dalam kuali, masukkan pes paceri tok mommy kitchen dan cili padi yang ditumbuk halus tadi, kacau rata. Masukkan serai dan masak hingga mendidih, kecilkan api dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata, masak dengan api kecil dan kacau selalu.
  2. Terus memasak hingga pekat. Masukkan asam gelugor dan daun limau purut. Biar hingga rendang kering seperti anda membuat rendang tradisional (kering di sini bukan lah kering kontang, tapi masih lembap2 lagi). Akhir sekali masukkan daun kunyit, gaul rata dan boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi atau ketupat...Tak sampai 30 minit, dah siap rendang...
CATATAN MAT GEBU :- Dengan menggunakan pes paceri tok mommy kitchen, anda tak perlu tambah garam atau gula, semua dah cukup rasa. Dan jika anda suka rendang kemerah-merahan, gantikan cili padi dengan 1 atau 2 camca besar cili kisar, yang ni ikut lah kalau suka pedas taruk lebih, tak suka boleh kurangkan...Selamat mencuba!!..

3 comments:

Nazlee Ismail PCL said...

Dapur pcl ni cik mat kalau nak tau memang tak pernah masak rendang, bukan kata org rumah pcl tak pandai masak rendang tapi..tu lah pcl yang tak nak makan kalau bukan hari raya..lebih selesa dgn lauk pauk biasa macam telur goreng mata kobau curah kicap Jalen, potong2kan bawang dan cili ..huh memikat selera.

resipi rendah cik mat tetap disipan utk rujukan raya akan datnag. mavles !

Sentiasa Panas said...

Sedap dan menyelerakan..

Tania Nabila said...

Assalamualaikum che mat, sya nak tanya berkenaan kek kukus buah..berkenaan dengan double action baking powder

1. berapa sukatan untuk bahan ini dalam pemikinan kek kukus buah.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.