LOKIO TUMIS CENCALOK SOTONG..

rsz_lokio_tumis_cencalok_sotong
Kalau sebut cencalok, mesti ramai yang pernah makan, tapi kalau cencalok sotong, anda penah cuba?. Che mat pernah cuba dulu dan ok lah not bad, sedap dan berbeza dari cencalok biasa, mungkin che mat beli yang dah siap ada cili dan perahan jus limau. Tapi anda tetap kena tambah hirisan bawang, cili padi dan jus limau lagi untuk mendapat citarasa yang sesuai di tekak anda. Dan kali ni che mat cuba test goreng sama lokio. Oleh kerana cencalok sotong ini, sotongnya kecik2, maka tidak kelihatan sangat dalam gambar. Rasa dia macam mana bila digoreng sama sayur lokio tu, sedap ke?...Eehemmm, sedap you!, memang boleh bikin lagi nanti. Dan paling bess kalau dimakan sama bubur nasi. Kalau yang suka pedas, boleh masukkan beberapa biji cili padi yang dihiris. Masak pun senang, janji ada cencalok sotong. Tak pasti rupa cencalok sotong tu macam mana?...cuba lihat gambar bawah ini...

CENCALOK SOTONG
Inilah rupa 'cencalok sotong' yang che mat guna tu. Jangan lupa dapatkan di Melaka jika anda ke sana, harga....errr tak ingat pulak, sebab dah beli longgok2 dengan barang2 lain...Jomm kita masak.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak lokion, cuci, siang berasingan isi (bawang) dan daunnya (kerat pendek)
1/2 botol cencalok sotong, toskan airnya
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
10 biji cili padi, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga layu. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah cencalok sotong dan kacau. Masak sekejap.
  2. Masukkan bawang lokio, kacau dan masak hingga empuk, guna api sederhana. Kemudian tambah daunnya, kacau rata dan masukkan secubit gula. Rasa, jika perlu baru tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi atau bubur nasi..

Post a Comment

3 Comments

  1. Ai sukalah lokio ni you. tapi bila gi pasar selalu lupa carik. mencilah. hehehe

    ReplyDelete
  2. Penat pikir lokio tu apa dia...?heheh

    ReplyDelete
  3. SAlam Singgah

    Jika sudi follow blog saya ye..tq

    http://teratakcassia.blogspot.com/

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.