LEMAK NENAS SAMA UDANG....

rsz_udang_lemak_nenas1

Assalammualaikum, salam Isnin. Tak sampai 10 hari lagi kita dah masuk tahun 2015, umur pun bertambah juga, in sha Allah. Dan dikatakan 2015 tahun yang agak mencabar, ringgit pun semakin kecil, tapi perbelanjaan makin besar, sukar nak kecilkan perbelanjaan bila wang kita nilainya susut dan harga barang meningkat naik. Hari ni che mat masak lemak nenas sama udang, ini satu menu klasik orang Malaysia, sebab popular dikalangan orang Melayu kita dan peranakan Baba Nyonya. Che mat guna sebiji nenas madu dan 10 ekor udang kaki merah atau udang pengantin. Kalau guna udang galah pun sedap. Masakkan ini tidak pedas kerana menggunakan 2 biji cili merah sahaja. Kalau anda nak pedas boleh tambah cili padi. Resipi memang mudah dan che mat pasti anda terutama anak2 dara yang baru nak belajar memasak boleh lakukannya.....Jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu saiz sederhana
10 ekor udang kaki merah atau udang pengantin saiz besar
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping kecil asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas nenas madu, belah 4 dan buang empulurnya. Hiris sederhana tebal dan ketepikan. Udang digunting muncung tajamnya, kerat kaki2 kecil dan bersihkan. Ketepikan.
  2. Masukkan nenas ke dalam periuk bersama serai ketuk, bahan2 kisar halus, asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih, masak hingga nenas lembut sedikit.
  3. Masukkan udang dan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan biar masak hingga udang berubah warna. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  4. Masak dengan api kecil hingga mendidih sambil dikacau sentiasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan...

Post a Comment

4 Comments

  1. Betul2. Semakin lama perbelanjaan semakin tinggi. Sedap pulak tengok udang tuh. ;)

    ReplyDelete
  2. Sedap tgk masakan che mat ni. Semua mahal skrg ni kan CM. semalam LM g beli udang kenit nak rencah mee pun dah 11 ringgit 1/2 kilo:(

    ReplyDelete
  3. sedapnya cmg.... tak tahan tgk udang gebu tu posing camgitu...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.