GULAI LEMAK UDANG SAMA REBUNG

rsz_udang_gulai_rebung
Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masukkan entri yang dimasak semalam. Semalam kan Isnin, jadi bonda berpuasa. Kalau ikutkan paginya che mat keluar, tapi atas sebab2 tertentu, tak jadi. Dan seawal pagi lagi dah siap masak, takut tak sempat bila balik nanti. Fikir juga nak masak apa. Bila bukak peti sejuk, nampak rebung. Udang pun ada, yang ni bukan udang galah, tapi udang kaki merah atau udang pengantin. Maka che mat masak gulai lemak udang sama rebung. Nama saja cili padi tapi takde lah pedas sangat. Tapi, kalau pedas lagi sedap. Rebung che mat guna rebung madu. Kali ni bebel sikit saja...jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor udang kaki merah bersaiz besar @ udang galah
600 gram rebung madu yang dihiris nipis dan direbus
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung warna hijau
1 1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan rebung ke dalam periuk bersama serai titik, udang dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Kacau dan masak hingga mendidih dan rebung lembut. Tambah sedikit air jika suka kuah lebih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), daun kunyit dan pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan lauk2 lain...

Post a Comment

12 Comments

  1. oooo.. baru tau udang pengantin ni, hehehe.. nilah orang yang tau masak n makan jer..

    CM.. pernah tak beli udang kat Sg Rengit.. situ pun bleh tahan jugak size dia.. gedabak2! Harga ok!

    ReplyDelete
  2. Ubahsuai rumah. Plumbing, pasang tile, tabletop, mengecat dll call 0182233854 khaidir

    ReplyDelete
  3. senang sahaja nampakkknya,,,boleh cubaaa nii,,nampakkk gambar tu memang menyelerakan,,lagipom kujuga kaki udang hahha maksudnya, ku peminat udang

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wrt wbt,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan seolah-olah bertindak kurang professional seperti spam.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

    ReplyDelete
  5. besarnya udang tu..pati santan dengan santan lain ke..

    ReplyDelete
  6. Menggoda sangat udang tu... sedapnya..

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa....nak tiru resepi yer hehehehehe

    ReplyDelete
  8. wah... sedapnyr.. kak yati dh terliur ni.. suka baca blog anda.. jemput blogwalking yr..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.