BEN ASHAARI

Saturday, December 6, 2014

GULAI KAMBING YANG OHSEMMM...

rsz_kambeng_gulai

Assalammualaikum, salam Sabtu semua. Pagi tadi hujan, sekarang ni cuaca mendung dan berangin. Macam tu lah kan cuaca sekarang ni dah tak menentu. Kenalah pandai2 adjust apa2 kerja luar rumah yang kita nak buat. Hari ni dengan rajinnya che mat masak gulai kambing. Tanpa dirancang ni, bukak freezer, keluarkan daging kambing dan lepas tu siap2kan apa yang patut sementara tunggu daging kambing lembut. Masa tu hujan dah turun, sejuk..kalau ikut kan hati dan rasa kemalasan, nak aje berguling2 kat atas tilam...huhu, tapi mustahil. Dan tak berapa lama lepas tu..taraaaa...siap sudah gulai kambing. Sedap ke?...Opkos leer, che mat yang masak, tentu lah aku kata sedap...tapi orang lain makan tu kita tak boleh lah nak jamin sedap ke tidak pada tekak deme.....

rsz_kambeng_gulai1

Che mat guna kurang lebih 600 gram daging kambing. Mula2 plan nak masukkan rebung, tapi sebab styke potongan rebung tu tak kena dengan apa yang che mat inginkan, ku cempakkan kentang sudah lah. Lepas tu taburi pulak dengan tomato ceri. Tomato ceri letak akhir sebelum matikan api. Gulai kambing ini amat sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, lempeng pekak, roti jala, roti benggali atau roti prata/roti canai. Kuahnya tidak terlalu pekat atau cair, just nice. Dan che mat gabungkan 2 jenis rempah dalam resipi ini, rempah kari daging dan rempah kurma. Che mat masukkan juga sedikit mustard powder atau serbuk biji sawi. Yang ni anda boleh beli di Tesco ada jual kat bahagian2 rempah yang siap dipaket, jangan cari kat bahagian rempah ratus yang ditimbang. Atau mungkin di MyDin pun ada....dia tulis kat situ 'Mustard Powder'. Ok, bagi yang gemar makan kambing dan nak mencuba, che mat kongsikan resipinya di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging kambing
3 biji kentang
15 biji tomato ceri
3 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 1/2 camca besar rempah kurma (Baba's)
1 camca teh mustard powder (kalau takde tak perlu letak)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili JALEN
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daging kambing dipotong pada saiz sederhana. Gaul dengan 2 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas dan belah 4 setiap 1, rendam. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari, rempah kurma dan mustard powder hingga menjadi pes (tambah sedikit air jika perlu). Ketepikan sebentar...
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan atau lebih sedikit. Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan bawang perang. Tambah cili kisar dan sos cili, masak hingga garing. Masukkan bancuhan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan daging kambing, gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga daging 3/4 empuk, tambah air jika perlu. Masukkan kentang (toskan) dan masak hingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, pati santan dan  perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani dan sebagainya..

1 comment:

Sentiasa Panas said...

Pergh..nampak je pun dah tau memang sedap..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.