GULAI KACANG PANJANG IKAN MASIN...

rsz_gulai_kacang_panjang
Salam semua. Entri kali ini, merupakan satu menu yang biasa bagi orang2 kampung yang sukar ditolak ialah gulai kacang panjang ikan masin, ini menu kegemaran Bak. Dan che mat guna ikan masih kurau (campur tulang dan sedikit isinya). Kalau anda guna ikan sepat masin, ikan kembong masin atau ikan talang masin juga sesuai. Tapi rasa masakan takkan sama. Kacang panjang tu bonda che mat tanam sendiri kat belakang rumah. Masa petik tu ada lah dalam 20 tangkai, tu yang guna untuk masak gulai. Ikan masin kurau che mat rendam 1 jam untuk mengurangkan rasa masinnya. Tapi anda tak boleh masukkan isi pada masa mula2 anda memasak, nanti habis hancur isi ikan masin kurau. Kena letak disaat2 akhir. Tapi kacang panjang sayur yang cepat dimasak dan tidak makan masa yang lama, jadi takde masalah nak masukkan awal. Satu lagi seperti selalu che mat kasi tau, masak lemak kalau nak dapatkan kuah yang kelihatan pekat dan berkrim, asingkan santan cair dan santan pekat. Dan santan pekat tuang akhir sekali, dan masak dengan api kecil. Kacau selalu hingga kuah mendidih sekejap dan matikan api untuk mengelakkan pecah santan...senang kan...Ok, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 tangkai kacang panjang
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis (Maggi)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang panjang dicuci, toskan dan potong pendek (kurang lebih 2 inci). Tulang ikan masin kurau dicuci dan rendam 1 jam, dan tukar air rendaman selepas 1/2 jam. Ketepikan. Masukkan bahan2 kisar dan serai ke dalam periuk. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.
  2. Toskan ikan masin dan masukkan ke dalam periuk, biar sekejap dan tambah kacang panjang, kacau rata. Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna). Kemudian tuang pati santan dan kacau. Biar mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan guka secukunya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng.

Post a Comment

4 Comments

  1. wow, tengok gambar pun dah tahu sedap, nanti jemputlah kami makan,

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.Kalau ada sambal belacan harus bertambah jadi 2 pinggan.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah..

    berselera bila tengok..

    Jemput follow ye

    http://teratakcassia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. lemah betul tengok lemak kuning... sangat febret selain dari asam pedas... kalau dua tu ada... sapa2 pun lalu belakang tak pandang dah

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.