BILA GAMBAR MAKANAN MENJADI 'ISU'....

rsz_tuna_croissant
Salam semua. Che mat ada satu entri tertinggal yang belom sempat untuk dipublishkan. Mula2 tadi nak keluarkan untuk entri pagi, tapi keadaan tak mengizinkan. Dan sejak2 ni nak post gambar2 makan di FB pun rasa tak selesa. Yelah menghormati mangsa2 banjir di negeri2 pantai timur yang agak kritikal. Tapi sebagai blogger masakan, kami takde pilihan lain. Suka tak suka kena gak upkan di mana2 yang perlu. Untuk menjadi blogger masakan bukan semudah anda pergi ke kedai makan, pelayan hantar hidangan dan anda ambik gambar, tulis serba sedikit termasuk komen pasal harga, kebersihan, persekitaran dan sebagainya, terus boleh publish. Tapi tidak bagi kami, Blogger masakan perlukan masa dan tenaga, waimah ia hanya sandwich seperti gambar di atas tu anda kerja luangkan masa dari proses membuat hingga mengambil gambar lebih dari satu jam, bergantung pada keadaan. Satu che mat nak pesan lah, bagi anda yang rasa post2 gambar makanan ini mengganggu perasaan terutama dalam keadaan2 macam sekarang ni, takpe, anda boleh hindarkan blog che mat atau mana2 tempat che mat share kan gambar2 makanan terutama di instagram dan fb (boleh unfriend, takpe che mat tak kecil hati)...tu saja....Terima kasih sebab memahami...Bagi yang ingin mencuba, resipi mudah ini seperti dibawah, menghasilkan lebih kurang 4 biji tuna croissant sandwich...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji croissant (roti tanduk)
1 tin tuna (ayam brand)
1 biji bawang holland, saiz sederhana, dicincang halus
2 biji jeruk gherkin, cincang halus
1 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar penuh mayonnaise

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Salad butterheas secukupnya (che mat hiris)
Keju cheesdale secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan ikan tuna dalam tin, kemudian lecek dengan garfu hingga hancur. Tambah bawang holland, jeruk gherkins, mayonnaise dan jus limau kasturi. Kacau rata hingga semua mesra. Rasa dan jika ok, boleh ketepikan..
  2. Belah roti croissant, kalau suka anda boleh sapu sedikit mentega atau majerin. Susun, salad butterhead yang telah dihiris tadi (nak guna sehelai2 pun ok, ikut suka anda). Susun pulak keju (che mat potong 4 sekeping keju cheesedale). Kemudian susun timun, tomato dan akhir sekali sudukan bancuhan ikan tuna, ratakan dan tutup dengan bahagian atas croissant. Hidangkan segera untuk sarapan atau bila2 masa yang anda suka...Selamat mencuba!!.

Post a Comment

7 Comments

  1. Ya che Mat. Kita faham perasaan Che Mat. Sebab kita pun suka makan dan post gambar-gambar makanan.

    ReplyDelete
  2. Salam Che Mat,

    Eh ada ke orang komen yang negatif di gambar makanan. Hmmmmm takkan lah sebab mangsa banjir kita ni tak boleh nak post apa-apa?

    Mereka ini iri hati sebenarnya. Sabarlah Che Mat, tak semua orang kita boleh puaskan hati mereka. Kita ada cara kita sendiri bagaimana nak mengenangkan nasib mangsa banjir tu. Macam saya sendiri tak berkemampuan untuk menolong dan menderma jumlah yang banyak. Saya hanya mampu berdoa supaya tuhan tu kasihani mereka tu semua.

    ReplyDelete
  3. susah nak puaskan hati org kalau dh berfikiran sempit ni.

    ReplyDelete
  4. As salam. Setuju dengan Che Mat. Ianya berbeza dengan orang yang pergi makan mewah mewah dan poskan gambar utk tatapan. Tapi blogger mempunyai motif dan tujuan berbeza. Apakah blog perlu direhat kerana musibah yang berlaku, sedang hidup perlu diteruskan spt biasa.

    ReplyDelete
  5. same je perasaan kite Che Mat, sebab kita suker post gambo makanan gak. so sabarnye lah..

    tapi tuna Crossaint ni mencuit hati betul lah..

    ReplyDelete
  6. As salam Mat Gebu, dia orang tu sebenarnya cemburu. Biasalah tu adik, biarkan dia orang, jangan amik hati..

    ReplyDelete
  7. bagi saya la kan cik mat.. kalau kerja kita dengan makanan & post gambar makanan takkan kita sampai kena bercuti dari buat kerja. Bergantung pada keperluan la.. Kita semua simpati pada nasib mangsa2 banjir tak bermakna rutin harian kita kena stop terus.. prihatin boleh di salurkan dengan pelbagai sumber & cara.. Kadang2 yg jadikan isu tu bukan prihatin sangat sekadar nak mensensasikan isu jer..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.