BEN ASHAARI

Wednesday, December 24, 2014

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI..

rsz_cili_padi_ayam

Assalammualaikum, salam Rabu. Cuaca hari ni agak mendung dan kebarangkalian petang nanti akan hujan. Melihat bah yang melanda pantai timur, rasa sedih mengenangkan nasib2 mereka yang terlibat. Kata bonda che mat, rumah kita bila hujan atap bocor sikit, dah bising. Bayangkan mangsa banjir, air jejak ke bumbung rumah!...Huhu, moga hujan teduh air bah cepat surut. Hari ni che mat masak lemak cili padi ayam. Dan teringin sejak beberapa hari lepas. Ingat nak masak masa Ady datang, tapi masa tu che mat hidangkan nasi dagang, jadi tak ngam dengan menu macam ni. Ayam masak lemak cili padi satu hidangan yang mudah disediakan. Pada che mat yang memainkan peranan utama dari segi rasa, ialah santan kelapa. Nak sedap guna santan segar dan jangan lokek menggunakan serai. Cili padi ikut anda, nak pedas tambah lebih dan kalau tak suka pedas, kurangkan cili padi. Untuk yang baru2 nak mencuba, anda boleh ikut resipi che mat yang mudah dan in sha Allah menjadi...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana (1.2 kg kurang lebih)
5 biji kentang
2 keping asam gelugor (guna 1 kalau saiz besar)
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub pati ayam MAGGI (optinal)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
25 biji cili padi kampung, warna hijau (boleh kurangkan)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong ikut suka (seelok2nya pada siaz sederhana), cuci bersih dan toskan (che mat buang kulit, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung dan perahkan 2 biji limau kasturi. Gaul rata dan perap 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan). Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Ketepikan.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan gaul rata. Masak sekejap hingga ayam berubah warna, kemudian tuang santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah kentang (toskan) dan masukkan kiub pati ayam, jika guna. Kacau dan masak hingga kentang dan ayam empuk.
  3. Masukkan asam gelugor dan pati santan. Kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan daun kunyit dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

5 comments:

Nadia Johari said...

sedapppnyaaa...tak sabr nak terjah rumah chemat

adda syuhada said...

sedapnya ayam msk lemak cili pdi!

Maria Hasun said...

feveret dia

Sweetie said...

Salam CMG! Kalau saya masak lemak cili padi, saya tak letak bahan-bahan kisar bawang merah, bawang putih dan halia tu... cukup dengan kunyit hidup dan cili saja. Lepas tu masak kuah bagi pekat sikit. Ini resipi asli masak lemak cili padi orang nogori CMG! Sedap! kalau tak caya cer CMG try.

Maria Awi said...

sedapnya makan nasi panas2 dengan masak lemak berapi...
last week ada gak buat tapi dengan tenggiri..

Cara Merawat Kurap Dengan Cepat Supaya Pakwe Tak Lari Tengok Anda

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.