ASAM PEDAS IKAN PARI SAMA NENAS...

rsz_ikan_pari_masak_asam
Assalammualaikum, salam Sabtu semua. Hari ni che mat hanya masak asam pedas ikan pari sama nenas. Menu teramat biasa dari dapur che mat. Yang mana dah biasa tengok, sah2 berbulu biji mata sebab jemu sangat. Apa nak buat dah nama pun blog masak2 harian. Kenalah letak apa yang kita masak. Kalau nak update tunggu resipi yang meletup2 saja, alamatnya seminggu sekali pun belum tau ber update. Dan untuk sekian kalinya che mat mohon maaf jika gambar masak2 yang che mat kongsikan di InstaGram buatkan anda rasa tersentuh. Bukan tidak menghormati mangsa2 banjir...Anda sendiri faham kan, che mat ni blogger masakan, bukan macam blogger personal. Mereka lainlah, entri ikut keadaan semasa bukan terhad pada satu2 saja. Macam kami blogger2 masakan nak tak nak, kenalah letak gambar masak2. Buat masa sekarang ni di FB, che mat stop dulu share gambar masak2. Tu saja nak kasi tau...harap anda mengerti, terima kasih....Jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari (che mat guna jenis ikan pari daun)
1 biji saiz sederhana, nenas madu @ nenas Sarawak 
1 batang serai, diketuk
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
2 senduk nasi cili kisar
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1 camca teh lada hitam kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kuyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari, dipotong pada saiz sederhana, cuci, kemudian perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Nenas dibuang empulur, kemudian hiris sederhana tebal, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik, bawang merah dan bawang putih hingga harum dan bawang perang. Masukkan bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter atau secukupnya). Kacau dan masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan pari. Biar mendidih.
  4. Tambah bunga kantan dan daun kesom, perasakan dengan garam secukupnya dan lada hitam kisar dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...

Post a Comment

3 Comments

  1. hujan-hujan nie semuanyer Nampak sodap ;)

    ReplyDelete
  2. Bukam senang nak puaskan hati semua orang Mat. Jadi kita buatlah apa yang kita fikir terbaik untuk kita dan tidak menyakiti orang lain. Berkongsi ilmu itu mendatangkan pahala juga. Terpulanglah kepada orang, macam mana penerimaan mereka. Yang pasti, tujuan dan niat kita baik. Wallahu'alam.

    Mmm...dah tulis pepanjang ni.. dapat tak asam pedas semangkuk? :P

    ReplyDelete
  3. Dihujung minggu ni pasti sedap dijadikan santapan..:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.