BEN ASHAARI

Sunday, November 2, 2014

TOMYAM KETAM MENYEPIT..

rsz_ketam_tomyam

Assalammualaikum, salam Ahad semua, dah makan tengah hari?..Apa menu santapan keluarga anda hari ni?. Bila tiba memasak, ada kala ia memeningkan. Che mat pasti hal ini sering berlaku pada suri rumah tangga. Yang di utamakan mesti selera anak2 dan suami, yelah kalau tak kena dengan selera mereka, macam membazir saja masak, tak bermakan. Hari ni che mat masak yang mudah dan menu yang anda lihat ni untuk che mat dan mereka2 yang sudi nak makan, kalau tak nak takpe, tiada paksaan, boleh makan lauk2 lain. Dan memang che mat plan nak masak tomyam ketam. Tapi kan, bila cari2 pes tomyam....alah habis pulak, hmm, garu2 pala dah masak tu, tapi ai kan 'che mat gebu'...apa kes, nak pening, buat sendiri lah tomyam paste...betul tak...ehemmm...

rsz_ketam_tomyam1

Ketam ada dalam 3 ekor, saiz besar juga macam tapak tangan che mat gebu. Lepas tu dalam freezer ada baki 6 biji lobster ball jenama "mushroom'. Dari tersadai. che mat cempakkan sekali masuk dalam tomyam. Tak banyak sayur2an yang dimasukkan, cuma 4 jenis, cendawan butang, saleri, lobak merah dan tomato ceri. Anda boleh tambah apa2 sayur yang anda suka, cuma kalau banyak sangat macam semak samun pulak. Untuk kepedasan anda boleh tambah cili padi ikut suka, che mat guna 10 biji cili padi thai. Sedap dimakan begitu saja, tapi che mat suka makan sama nasi, atau mi. Jadi kalau anda nak buat tomyam dan pes takde, toksah risau, kita buat sendiri saja, buat lebih2 dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunan kemudian. Yang penting kena lebihkan minyak masa menumis....Jomm kita mulakan..

BAHAN-BAHAN PES TOMYAM :-)
1 biji bawang besar*
6 biji bawang merah kecil*
1 batang serai, hiris*
1 inci lengkuas*
3 biji cili merah*
15 tangkai cili kering, potong kecil dan rendam dalam air panas dan toskan*
1 inci belacan, dibakar*
5 helau daun limau purut*
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TOMYAM KETAM :-)
3 ekor ketam bunga bersaiz besar, dibersihkan dan kerat 2 setiap seekor
6 biji bebola lobster jenama "Mushroom"
10 biji cili padi, diketuk
2 batang serai, diketuk
1 pokok daun ketumbar, dengan akar2nya sekali, dicuci bersih
3 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis (optional)
10 biji tomato ceri
1 tin cendawan butang, toskan dan belah 2 setiap 1
2 batang saleri, potong sederhana tebal
1 batang lobak merah saiz kecil, dipotong berbaji
5 biji limau kasturi, diperah jusnya
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PES TOMYAM :- Kisar halus semua bahan2 bertanda (*). Panaskan 1 cawan minyak masak. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..
  2. UNTUK TOMYAM KETAM :- Didihkan 2 liter air. Masukkan serai, lengkuas, akar ketumbar, kiub ikan bilis dan 5 camca besar homemade pes tomyam. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan lobak merah, saleri dan cendawan butang. Biar masak sekejap. Masukkan daun limau purut, bebola lobster dan ketam. Kacau rata.
  3. Perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Tambah cili padi, lada hitam dan jus limau kasturi secukup rasa. Kacau dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan daun ketumbar. Biar mendidih sebentar dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau mi. Sedap juga dimakan begitu sahaja.

6 comments:

Eny Abdullah said...

Sedapnyaaaaaaaa!!!!!!!

Jom melawat blog saya enyyusnizar.blogspot.com pula.. :D

Etuza Etuza said...

asalam memang hebat memasak di dapaur tanpa sempadan

Enor Adam said...

Wah.. sedapnya.. terliur tengo menu ni.. tahniah anda anda blog yg menarik. Jemput blogwalking.. di www.yatiadam.com

Ummi said...

Assalamualaikum Mat....loohh, lamanya x masuk dapur ko...dah tukar langsir baru rupanya...nampak lbb sophisticated gituuuu...cantiikk... Mat tiup sikit semangat nak menghapdet kat akak ni....huhuuu

Hamidi SP said...

Sedapnya..membayangkan isi ketam yang sangat enak..

HASRUL HASSAN said...

Geram je tgk sepit tu .... nak je ditarik2 ni .. hmm tapi tak leh nak makan bnyk benda seafood ni ..lagi ketam ... doktor cakap.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.