BEN ASHAARI

Tuesday, November 18, 2014

TERUNG GORENG KICAP SAMA NASI PANAS?..

rsz_terung_kicap (1)
Assalammualaikum, salam Selasa. Pagi2 dah hujan, tak sempat baju nak kering dah. Bila hujan, mood masak pun mula lah lemau dan nak masak yang mudah2 saja. Dan che mat ambik keputudan kita masak terung goreng kicap, resipi mudah senang dan sedap. Terung antara sayur/buahan yang menjadi kegemaran che mat. Terung ungu panjang tu omputeh panggil brinjal kan. Payah nau ikut style omputeh, kalau kita senang, terung bulat, terung panjang, terung hijau. Kalau dia orang, ada nama egg plant lah, aubergine lah dan ntah apa lagi...pening, tapi semua tu sebenarnya terung aje. Terung goreng kicap ni resipi biasa2 aje. Tapi tak semua yang biasa buat. Ada juga pelbagai cara nak membuatnya. Kira menu ni sesuai untuk orang bujang dan kalau makan sama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan, pergh..pengsann okeh. Sebelum che mat tuliskan resipi apa kata kita singgah dulu di blog pilihan, juga seorang bujang...di sini...ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung ungu, saiz sederhana
1 batang leek
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili padi thai jenis merah, diketuk
1 camca besar sos tiram JALEN
3 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
Hirisan daun bawang secukupnya
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Terung dihiris serong sederhana tebal dan rendam (kalau suka boleh buang sdikit kulit terung). Leek dikerat pendek dan rendam. Ikan bilis ditoskan, kemudian goreng sampai garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah kicap lemak manis dan sedikit air. Toskan terung dan masukkan ke dalam kuali bersama2 leek (toskan). Kacau rata.
  3. Masak hingga terung lembut. Tambah ikan bilis, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut...ehemm.

3 comments:

yang baik Ishak said...

terung goreng kicap pun sedap juga nehh...

Eny Abdullah said...

tak pernah buat lagi terung goreng kicap.... yess boleh cuba nantii

Hasnieda Mohamad said...

nampak sedap terung goreng ni... biasanya saya cuma letak garam & kunyit pastu goreng macam goreng ikan tu jer... lepas ni boleh la try resipi terung goreng kicap ni... saya pulak memang suka makan terung goreng...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.