BEN ASHAARI

Tuesday, November 11, 2014

TEH SERAI HALIA MADU..

rsz_teh_serai_halia

Assalammualaikum, tengah hari ni che mat kongsikan satu resipi yang menyegarkan tekak, beraroma, dan segar. Haruman serai dan kehangatan halia menjadikan teh serai halia madu begitu nyaman dan menggetarkan jiwa. Gula che mat gantikan dengan madu. Tapi ini terpulang, anda boleh tambah gula jika suka lebih manis, kalau dapat guna gula perang. Teh ni lebih kurang rasa seakan2 teh serbat, tapi lebih ringan dan tidak menggigit sangat. Buatnya mudah dan che mat guna 2 uncang teh BOH gold blend. Anda boleh guna apa2 jenama teh yang anda gemar. Jika suka nak tambah susu pun boleh, tapi lebih enak minum kosong macam ni. Boleh dihidangkan sejuk seperti che mat buat tu atau panas. Ingin mencuba?....tapi sebelum tu, singgah dulu ke blog pilihan che mat di sini...terima kasih...

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 uncang teh pilihan anda (che mat guna teh BOH gold blend)
2 batang serai diketuk (kalau serai saiz besar, guna 1)
1/2 inci halia, hiris nipis
1 helai daun pandan, disimpul
1500 ml air mineral
Madu secukup rasa (atau gula)
Ais kiub secukupnya jika suka hidangan sejuk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali madu dan ais kiub ke dalam periuk. Masak hingga menggelegak, kemudian matikan api dan tutup periuk dengan tudungnya. Biar hingga sejuk.
  2. Tapis dan masukkan ke dalam jug, masukkan madu atau gula secukup rasa. Tuang dalam gelas dan anda boleh hidangkan samada sejuk (tambah ais kiub secukupnya) atau panas (kalau panas, anda boleh hidangkan tanpa perlu disejukkan)...Selamat mencuba!!..

9 comments:

NiNa bAKE hOUSE said...

walaupun gambar teh ko tepek... tapi sudah cukup membuatkan tekakku kehausan... ^__^

Fyna Ahmad said...

terbaik!! simple but sedap. ^_^

Coretanhatiibu.com said...

salam,,
saya tak pernah lagi rasa minuman yang che mat perkenalkan ni,, saya minum teh serbat saja iaitu teh tambah halia,,ada masa nak cuba juga benda baru ni coz ada tambah serai,, ape rasa dia agaknya ye,,,

Eny Abdullah said...

saya mmg suka minum Teh Halia, so nanti nak tambah serai pula mcm ni heheheh
Jom lawat blog saya http://enyyusnizar.blogspot.com/

Borneo Gen2 Owner Club said...

sodap ni ,mesti mahu cuba ni,hehee

Nazlee Ismail PCL said...

bole cuba , tq che mat

iryanty ahamad said...

aslamualaikum CM..saya Yan..budak baru dalam dunia blogger..saya dah banyak cuba resepi dari CM..tapi baru berkesempatan untuk minta izin..huhu..halalkan resepi yang saya ambik dari cni...trma kasih..

Min Aina Ila Aina said...

Sayj biasa minum teh serai, biasa juga teh halia. Tp combine belum pernah. Skrg dlm pantang, teh tak boleh minum la kan.

Jejaka Penyu said...

Saya dah pernah cuba minum...memang tak boleh pergi dengan halia ni,tapi kalau campur dengan teh tak tahu rasa halia tu boleh ke tak..

Khasiat teh hijau

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.