BEN ASHAARI

Tuesday, November 4, 2014

SMOKED SALMON CROISSANT SANDWICH

rsz_smoked_salmon_croissant_sandwich

Salam semua, malam2 ni che mat masukkan hidangan ringkas dan ringan je lah. Sekarang ni dah tak berapa nak sempat masak macam2...dah kurang rajin. Tapi idea tu memang ada juga lah. Anda pernah makan smoked salmon atau ikan salmon salai?...Che mat pun pertama kali cuba dan sedap lahh. Ada yang tanya, che mat beli kat mana smoked salmon tu. Che mat beli di MyDin, sebenarnya secara tak sengaja ternampak. Jadi belilah satu, harga dalam errr..belas ringgit tau. Plan asal nak bikin quiche salmon sama asparagus, tapi asyik tertangguh saja. Hari ni che mat korbankan 2 keping untuk jadikan inti sandwich. Rasanya sedap, tapi che mat perahkan sedikit jus limau kasturi pada smoked salmon sebelum diletak dalam sandwich. Yang ni terpulang lah yea..

croissant sandwich

Rasanya tak perlu resipi sangat untuk entri kali ini. Sebabnya ia benda2 yang dah sedia ada bukan perlu dimasak dan sebagainya. Che mat guna croissant atau roti tanduk. Jika nak guna roti sandwich biasa boleh juga, tak salah. Tapi jika anda gunakan roti croissant, ia lebih nampak cantik dan presentable, molek aje...Macam mana nak buatnya....ok che mat tulis serba sedikit pasal bahan2 dan cara nak bikin...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji roti croisaant
8 keping hirisan tomato (jika saiz tomato besar, kerat 2 setiap sekeping)
4 helai salad 'butterhead' cuci dan toskan, hiris kecil
2 keping keju cheesdale, kerat 3 setiap 1
4 keping smoked salmon (seperti gambar di bawah)
1 biji limau kasturi
3 camca besar mayonnaise

rsz_smoked_salmon
Smoked Salmon @ Salmon Salai

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Croissant dibelah 2 setiap satu, ketepikan dan ambil 1 bahagian croissant, sapu dengan mayonnaise hingga rata. Susun 1/2 bahagian hirisan salad butterhead. Susun pula tomato (4 keping) dan  diikuti keju. 
  2. Akhir sekali susun 2 keping smoked salmon atau salmon salai, seperti gambar di atas. Sebelum itu, anda perahkan sedikit jus limau kasturi atas salmon tadi. Tutup sandwich dengan sebahagian lagi croissant (bahagian atasnya). Hidangkan segera.

3 comments:

Hamidi SP said...

Mesti sedap kan..

Aku Penghibur said...

aduhh nampak mudah.. nie excited nak cuba

Ummi Abida said...

ayooo... sedappnyaa!! teringat lak pulak dok makan salmon je la masa gi eurotrip bulan jun haritu, sebab tu makanan halal yang senang nak cari. owh rinduuuu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.