SINGGANG IKAN ASAM JAWA...

rsz_singgang_ikan_asam_jawa1
Assalammualaikum, salam  Rabu. Hari ni che mat nak makan singgang ikan yang masam2 tapi kurang pedas. Kadang2 asyik masak gulai bosan juga, tapi nak kata apa, saya ni hanya menurut perintah. Tapi hari ni berbeza, nak kena gak ikut tekak sendiri. Dan singgang ikan asam jawa menjadi pilihan. Che mat guna 2 ekor ikan tongkol putih. Anda boleh ganti dengan ikan tenggiri, ikan kembong atau ikan kerisi. Singgang ini amat mudah dibuat, tapi ia bukan singgang rebus yea. Ia ditumis dengan sedikit minyak. Kalau anda suka pedas, boleh tambah beberapa biji cili padi yang diketuk. Nak pedas guna cili padi thai. Bagi anda yang kurang selera sebab demam atau selsema, apa kata cuba resipi ini, sapa tau ia boleh mendatangkan selera pada tekak anda...Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol putih (atau ikan pilihan anda)
1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah, belah 2 
1 biji cili hijau, belah 2
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk kunyit
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, diketuk
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong pada 3 bahagian setiap seekor, cuci bersih dan lumur dengan 1/2 camca teh garam dan 1 camca teh serbuk kunyit hingga rata. Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing, goreng embal2 sudah memadai. Angkat dan toskan
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam periuk. Tumis, halia, bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum dan layu. Masukkan 1/2 camca teh serbuk kunyit, kacau rata dan tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), leek (toskan), dan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau perlahan. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Terliur pula bila baca resepi ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Ikan tu kena goreng dulu baru wat sinnggang? wuishh menarik ni... harus dicuba... thanks cik mat..
    Iklan blog cik mat dok halang ruangan nak click comment. kena kecikkan window baru boleh click comment. just maklumkan sahaja kot2 cik mat tak perasaan.
    Jom lawat blog saya pula http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sedapnya, suka masak singgang....segar jerk:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.