BEN ASHAARI

Saturday, November 8, 2014

SAMBAL TUMIS TELUR PECAH..

rsz_sambal_tumis_telo_pecah

Assalammualaikum, salam Sabtu semua. Hari ni che mat masak sambal tumis saja. Sambal tumis telur pecah. Mula2 ingat che mat aje yang nak, masa santap tadi, laku pulak, Bak pun suka, siap kata, kalau ada nasi lemak, lagi sedap...ehemmm..dah ada bunga2 tu, in sha Allah esok kalau tak pengsan. Ada yang tanya che mat, macam mana nak buat, takut nanti telur tu pecah. Ok, paling senang anda guna kuali non-stick. Dan guna telur gred B atau C, ini kerana telur gred kecil, kandungan air dalam putih telur agak kurang dan telur akan jadi elok bila dibikin sambal. Che mat guna 5 biji telur untuk sambal ini. Pastikan anda masak guna api kecil agak telur masak dengan elok dan tidak hancur, Masa masak tu jangan gatal2 pi kacau, biar saya hingga telur keras, baru ditolak2 sikit agar sambal bergaul dengan telur. Boleh buat?..In sha Allah, boleh punya. Sebelum tu apa kata anda singgah dulu ke blog pilihan che mat di sini... Terima kasih atas kesudian...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur (che mat guna telur gred B)
1 biji bawang besar hiris bulat dan leraikan
3/4 camca besar pes asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji buah keras, hiris
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/3 cawan (che mat guna non-stick pan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cil garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan sedikit gula dan garam, kacau rata. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam sambal tadi. Pastikan telur tidak bertindik antara satu sama lain. Terus masak dengan api kecil.
  3. Bila telur mengeras, masukkan bawang besar. Kacau perlahan dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika kurang masin atau manis, boleh tambah garam dan gula secukup rasa. Matikan api dan boleh hidangkan bersama nasi dan lauk lain...

10 comments:

Lisa Nurulain said...

Macam sedap...macam nak try..tapi lisa tak reti makan telur pecah ni

DZ said...

Yummy !!!

Nazlee Ismail PCL said...

haha cantik dah tu sambal telur dengan air asam parit buntar..terima kasih cik mat gebu .

http://www.nazlee.com/2014/11/air-asam-parit-buntar-menambat-selara-ku.html?m=1

Nadia Johari said...

Nak buat besokla..hehe

Eny Abdullah said...

wuishhhh makan dgn nasi lemak sedap ni kan!!

Hamidi SP said...

Fuh..memang sedap

Akif Imtiyaz said...

Wah wah wah ...sedapp nyerr

Liz Adam said...

Nampak sedappp..boleh try ni..

Hi ladiesss, jom ke sini untuk koleksi jubah,blouse, baju kurung pada harga terendah :)

http://annurcollectionscentre.blogspot.com/

El Janna said...

nyummm sedapnyaaaaa

Sis Lin said...

Nampak je macam senang, tapi salah sukat dan cara buatnya..mamposs pahit dan pedas kan hahahahaha...

Tapi memang sodap..makan dengan lempeng..perghhhh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.