BEN ASHAARI

Tuesday, November 25, 2014

SAMBAL TUMIS KANTAN SCALLOP...

rsz_scallop_sambal

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak scallop atau kekapis. Mana dapat tu?..Kebetulan Jumaat lepas masa ke Benut, che mat singgah pasar, sekali nampak orang ni jual scallop yang masih berkulit, sekilo hanya RM 4 saja, sebelum tu nampak orang jual di pasar pagi Simpang Renggam RM 12 sekilo!!...maha gilerrr, nasib baik tak beli. Che mat pernah beli dulu tapi lama dah, sebab scallop segar bukan selalu ada, kadang2 aje jumpa. Bila dah beli masa tu, tak reti nak bersihkan macam mana, tapi che mat tau scallop memang kita ambik isi yang yang seketul tu saja. Nasib baik ada you tube, che mat pun google dan alhamdulillah, amat2 membantu sangat....

rsz_scallop_sambal1

Hari ini che mat bikin sambal tumis kantan scallop dan selain tu ada juga yang dimasak sama spaghetti ala2 olio (yang tu nanti che mat share). Satu petua masak scallop, anda toksah masak lama sangat nanti jadi liat, Macam bikin sambal ni, che mat letak last sekali, masak dalam 2 minit lepas tu dah boleh matikan api. Rasa scallop ni sedap, manis dan kenyal2. Teman2 fb banyak juga kongsi idea tadi, dia orang kata kalau tumis dengan mentega pun sedap. Scallop memang dah sedia kala sedap, jadi tak perlu nak diberi perisa terlampau sangat. Setakat season dengan dengan lada hitam dan garam pun dah memadai....Jomm che mat sharekan resipi..

SCALLOP SEGAR
Isi scallop yang telah dibersihkan....


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi scallop, kalau saiz agak tebal, anda boleh kerat dua
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, diketuk
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar sos cili JALEN
1/2 kiub pati ikan bilis, hancurkan
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan), tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan kacau rata. Tambah kiub ikan bilis dan sos cili, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa dan hirisan bunga kantan, kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah bawang besar dan scallop. Gaul rata dan masak 1-2 minit, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..

4 comments:

Eny Abdullah said...

wuishhh scallop ni wat goreng dgn butter pun dh sedap... tambah pulak dibuat sambal tumisssssss adoiiii drooling!!

http://enyyusnizar.blogspot.com/

Haslinda Hassan Ali said...

scallop ni mcm golongan2 siput sedut ke? first time tgk nie...tak prh mkn pun...kat kwasan mana je adanya ni...

adda syuhada said...

sedap ni CM...sy baru nampak benda ni dua hari lepas tp xbeli sbb xtau cmne nak masak...

yayah said...

http://www.extreme9999.com/yayahgold

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.