BEN ASHAARI

Thursday, November 6, 2014

MAKARONI BAKAR JONGKONG...

rsz_baked_macaroni

Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni punya lah berat jiwa raga nak memasak. Tatau lah kenapa, kalau che mat tukar periuk belanga baru, mungkun jadi rajin balik, hahaha, alasan tak menghagak. Jadi dalam malas2 tu ku rajinkan jugak lah memasak. Sebelum tu che mat nak ucapkan terima kasih pada mereka2 yang memberi komen positif sangat dengan apa yang ada dalam blog ni. Kadang2 kita bersemangat untuk berblog bukan sebab mengejar populariti tapi bila ada apa yang kita buat, apa yang kita kongsi menjadi semangat pada orang lain untuk memasak juga. Itu lah kepuasana yang sebenarnya. Alhamdulillah...respon2 macam tu sebenarnya buat hati che mat rasa lapang, lega dan bersemangat...Terima kasih yea kerana anda2 semua sudi mencuba...

rsz_bake_macaroni1 (1)

Hari ni che mat bikin makaroni bakar atau baked macaroni. Dalam masa sama nak merasmikan acuan kek bentuk jongkong yang che mat beli di MR DIY, pada harga mampu milik RM 10.90. Ia berbentuk jongkong bersaiz comel dan ada 8 lubang dalam satu tin. Selain bikin makaroni bakar macam ni, anda boleh juga bikin kek, muffin atau boleh bikin loaf bun comel2. Pendek kata ikut kreativiti anda dan ia bukan terhad untuk buat kek saja, nak bekukan agar2 pun boleh. Ada yang tanya, selain makaroni, pasta lain tak boleh ke guna?.. Boleh juga macam Adu Budika, dia pernah guna pasta spiral, cuma pada che mat ia kurang sesuai. Kalau makaroni, bila kita tuang custard sebelum dibakar, custard tadi akan memenuhi rongga2 makaroni. Dan ini membuatkan makaroni bakar lebih sedap. Tu pasal dipanggil makaroni bakar, sebab apa?...sebab guna makaroni. Kalau guna pasta lain, jangan lupa tukar nama dia. Kalau anda ingin mencuba, che mat tuliskan resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram makaroni (che mat guna jenis kecil), rebus hingga lembut dan toskan
200 gram daging kisar, cuci dan toskan
1 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca teh serbuk lada hitam (aji-shio)
2 camca besar sos cili JALEN
1 biji tomato, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 inci halia, dicincang
1 cawan mix vege (kacang pis, jagung, lobak merah)
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam secukup rasa
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Parutan keju mozarella secukupnya
Sedikit lada hitam kisar untuk hiasan
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KASTARD :-)
5 biji telur gred A
1 cawan susu segar (atau susu rendah lemak)
1/2 camca teh lada hitam tumbuk
Sedikit garam

BAHAN-BAHAN SALAD :-)
4 kelopak salad 'butterhead'. cuci, toskan dan disiat2 kecil
1 biji tomato, buang biji dan hiris kecil
1 batang saleri, hiris kecik
1 biji bawang besar, hiris kecil
Sedikit lada hitam
Sediki cili merah yang didadu kecil
Sos Thousand Island secukupnya

baked macaroni2
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK MAKARONI :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali (kurang lebih 4 camca besar). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan tomato dan masak hingga tomato lembut. Tambah rempah kari, kacau dan masukkan sos cili. Kacau lagi dan masak hingga pekat. Tambah daging cincang, gaul rata dan masak hingga daging kecut.
  2. Masukkan mix vege dan gaul rata. Tambah makaroi, gaul dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam secukupnya (pastikan makaroni anda jangan terlampau masin, rasa lemak2 sudah memadai). Masak hingga kering, tambah daun sup, kacau lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api, Biar kan sejuk..
  3. UNTUK MAKARONI BAKAR JONGKONG :- Lenser acuan bentuk jongkong (satu tin ada 8 acuan bentuk jongkong) dengan mentega atau majerin. Kemudian isikan setiap satu acuan tadi dengan makaroni. Buat hingga siap. Sementara itu, bancuh semua bahan2 untuk kastard dan kacau rata. Tuangkan dalam acuan berisi makaroni tadi hingga penuh. Buat hingga siap.
  4. Tabur sedikit parutan keju atasnya, diikuti sedikit hirisan daun bawang dan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 25 - 30 minit atau hingga masak. Bakar pada rak paling bawah dalam oven. Bila masak, boleh keluarkan dari acuan. Hiaskan dengan sedikit hisan daun sup dan cili merah yang didadu. Hidangkan bersama salad atau sos kegemaran anda...
  5. UNTUK SALAD :- Satukan semua bahan2 untuk salad dalam bekas dan paipkan sos thousand island secukupnya. Gaul hingga rata dan tabur sedikit cili merah yang didadu. Boleh hidangkan bersama makaroni bakar anda....Selamat mencuba!!...


8 comments:

Hamidi SP said...

Resepi che mat sentiasa yang terbaik..;)

MamaFaMi said...

Mat, kalau loyang ma bentuk 4 segi, nak bagi nama apa lak ek? Hihihi...

Anak bujang Mak Yah namanya Mat
Pandai memasak serba serbi
Sungguh keji dan kejam kau Mat
Buat air liurku meleleh lagi

Atifah Khmrrzmn said...

tak pernah mengecewakan

weekend ni nak try

^_^

Izza Jay said...

Nak try esok....

Yusnira Zakaria said...

Mesti cuba ni

musa nora said...

tq cm sebb bg idea nk msk esok..

rehana nurul amin said...

Nampak tempting!!tq utk resipi

Elly Mazli said...

Terima kasih Che Mat resepinya... makaroninya dlm oven... X sabar nk mkn... :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.