BEN ASHAARI

Friday, November 7, 2014

KERABU JANTUNG PISANG

rsz_kerabu_jantong_pisang

Assalammualaikum, salam Jumaat. Rasa macam nak bikin kerabu jantung pisang 2-3 hari lepas dan alhamdulillah, berkat  hari Jumaat yang mulia ini, che mat dapat juga buat. Semalam abang long che mat bawak balik 2 biji jantung pisang dari kebun. Kerabu jantung pisang ini resipinya dari dapur peranakan nyonya. Ia ringkas dan tak banyak karenah. Bahan2 pun tak berapa banyak sangat. Menu ini amat kena dengan citarasa che mat, rasanya cukup seimbang tapi jika anda buat, pastikan anda seimbangkan rasa ikut selera masing2. Maklumla ada yang suka pedas, ada yang tidak dan sebagainya.  Satu lagi, dalam resipi ini, ada teknik tertentu merebus jantung pisang untuk mengelakkan ia menjadi lebam dan ini amat2 membantu sebenarnya terutama bagi mereka yang baru berjinak2 ke dapur..

rsz_kerabu_jantung_pisang1

Untuk kerabu ini che mat guna 2 biji jantung pisang kapas. Kalau anda guna jantung pisang nipah, sebiji dah cukup kerana saiznya yang besar. Jantung pisang kapas saiz comel aje. Sedap dimakan bersama nasi panas. Dan lebih enak dibiarkan 20 minit agar ianya sebati dengan rencah2 yang digaul bersama jantung pisang tadi. Bagi anda yang menggemari kerabu, apa kata cuba resipi orang peranakan pulak. Ia unik dan rasa cukup istimewa. Tak cuba tak tau, tak kenal maka tak cinta, yea tak?..Che mat kongsikan resipi di bawah ini....Selamat mencuba!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang kapas
12 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan dan celur 30 saat dan toskan
5 biji bawang merah kecil. hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
2 biji cili padi merah, hiris halus
2 biji cili padi hijau, hiris halus
4 biji limau kasturi, perah jusnya
1/3 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji cili merah
3 biji cili padi merah
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Jantung pisang dibuang sedikit kulit kerasnya. Cuci dan rebus dalam air mendidih yang ditambah sekeping asam gelugor. Rebus hingga empuk dan toskan. Biar sejuk. Sementara itu satukan bahan2 tumbuk halus dengan pati santan. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Sejukkan.
  2. UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Buang kelopak jantung pisang yang telah siap direbus dan disejukkan tadi hingga jumpa kelopak yang cerah. Belah 4 dan hiris kecil, buat kaedah sama untuk sebiji lagi jantung pisang. Masukkan ke dalam satu bekas.
  3. Tambah bunga kantan, bawang merah kecil. daun limau purut, hirisan cili padi merah/hijau , udang yang dicelur tadi dan serai. Gaul rata. Masukkan santan yang dimasak bersama bahan2 tumbuk tadi dan gaul rata2.
  4. Tambah jus limau kasturi secukup rasa (jangan masukkan semua, anda tambah sedikit demi sedikit, gaul dan rasa, jika kurang masam, tambah sedikit lagi. Ikut selera anda). Gaul dan biarkan sebentar (dalam 20 minit macam tu) . Boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

10 comments:

kehidupan sihat said...

lazat ye..makan pulak dengan nasi panas..

Hamidi SP said...

Makanan kampung yang sihat dan sedap..:)

Abang Bear said...

walau tak dapat rasa tapi deco ngan gambar yg super meletup... pehhh memang nampak sedap sungguh

salam kenal

amir zahari said...

Lawa la mangkuk tu.. pinjam..!

Nazlee Ismail PCL said...

selaluakan.rebus.je.jantung pisang blm pernah buat kerabu..

Cik Iman said...

tengok aje dah meleleh ekekek

Lynn Munir said...

Amboi,sedapnya.
Saya memang minat yang jenis kerabu-kerabu ni.

Nadia Johari said...

kene selalu tengok resepi dekat blog chemat ni

Eraz Fadli said...

menyelerakan nya nampak..

Liz Adam said...

Menu kesukaan mak ! :)

http://annurcollectionscentre.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.