BEN ASHAARI

Monday, November 10, 2014

ASAM REBUS TEMPOYAK IKAN DURI...

rsz_asam_rebus_tempoyak_ikan_duri
Assalammualaikum, salam Isnin...Hari ni che mat masak satu lagi menu tradisi yang ringkas dan mudah. Asam rebus tempoyak ikan duri. Ikan duri anda boleh ganti dengan apa2 ikan yang anda suka Samada ikan air tawar atau pun ikan air masin. Kalau ikan air tawar, anda boleh guna ikan haruan, toman, patin, baung dan sebagainya. Kalau ikan air masin tak kesah semua jenis boleh asal ikan tu ada isi. Ini dikategorikan sebagai makanan sehat sebab tak guna minyak, semua main rebus saja. Che mat masukkan petai sebagai penambah rasa tak lupa sekuntum bunga kunyit dan daunnya juga (kalau takde bunga kunyit, anda guna 2 helai daun kunyit). Cilipadi menjadi bahan penting untuk mendapat rasa yang ampuh. Che mat campurkan 5 biji cili padi thai merah dan 15 biji cili padi kampung yang hijau. Cara membuatnya memang senang teramat sangat, tapi sebelum tu jomm singgah di sini dan lihat apa keistimewaanya...ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan duri saiz sederhana
1 kuntum bunga kunyit, belah 2 dan rendam
1 helai daun  kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
2 papan petai, ambik isinya
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi thai kaler merah
15 biji cili padi kampung, kaler hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan duri disiang, cuci, kemudian perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, dan cuci bersih. Kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum, gaul rata dan perap lagi 5 minit. Cuci bersih, tos dan ketepikan
  2. Masukkan tempoyak, bahan2 kisar halus, asam gelugor dan air secukupnya ke dalan periuk (anggaran 1500 ml), kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah kiub pati ikan bilis (jika guna) dan ikan duri tadi. Kacau rata dan masak hingga ikan masak.
  3. Masukkan bunga kunyit, petai dan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...

4 comments:

Hamidi SP said...

Makanan sihat yg sedap..:)

Eny Abdullah said...

Sedapnya asam rebus dan ada Petai!!! mak saya pun masak petai.. kari daging petai..
http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/resepi-kari-daging-petai.html

azimah mohd zainuddin said...

saya suka ikan patin atau ikan terubuk masak tempoyak

http://www.lovehutladyvitamin.com

Ania said...

Saya dari team Kumpulbagi. Blognya enak :)
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.