BEN ASHAARI

Thursday, October 2, 2014

TERUNG MASAK TEMPRA...

rsz_terung_masak_tempra
Hari ni che mat kurang rajin nak masak. Lauk semalam masih berbaki dan bonda pulak pagi2 dah keluar. Kadang2 bila kita masak setiap hari, 7 hari seminggu tanpa cuti, otak pun boleh beku, kering. Nak2 kalau dalam rumah bukan selera sama, maksud che mat kalau kita masak yang pedas, ada yang tak boleh makan pedas. Bila masak yang ada petai atau tempoyak, ada yang tak makan dan sebagainya. Maka kenalah masak 2-3 jenis masakan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Tapi selalunya resipi yang senang. Contohnya hari ni, setelah 4 kali che mat bukak peti sejuk, akhirnya ku keluarkan terung dan masak tempra....errr...apa pulak tempra tu?...

rsz_terung_masak_tempra1
Masak tempra satu hidangan orang peranakan Baba Nyonya. Kalau orang melayu kita kira masak kicap lah. Cuma dalam masak tempra dimasukkan sedikit cuka makan. Kebiasaannya masak tempra guna ayam, tapi sebenarnya boleh saja nak guna terung, daging atau telur..Menu simple ini menjadi kegemaran semua, tak kira usia. Makan sama nasi putih sedap, makan sama bubur nasi pun ngam juga, pendek kata masak tempra ni versatile. Ia tak pedas, tapi kalau anda suka pedas, boleh masukkan cili padi, ketuk2 sikit dan cempakkan ke dalam masak tempra....resipi memang mudah, anak2 pun boleh masak, takde hal punya...Ok jomm kit lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu (kalau saiz besar, guna sebiji)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 biji bawang  besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca besar kicap pekat JALEN
5 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/2 camca teh cuka makan JALEN
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Terung dipotong serong pada saiz sederhana tebal, direndam. Ikan bilis digoreng garing, angkat dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum dan layu, guna api sederhana.
  2. Masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, cuka dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan terung (toskan), kacau rata. Tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah. Masak hingga terung lembut, tetapi bukan lembik. Rasa dan jika ok boleh matikan api. tabur ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas.

7 comments:

Syahir Basharuddin said...

Salam..sedapnya bang Mat. teringat masakan mak kat rumah.hehe :)

http://syahirbasharuddin.blogspot.com/

TunSha Ayunie said...

kicap JALEN... sedapppppp

Zefa NorAsmara said...

1st time dgr masak tempra.. Tp nampak sgt sedap. Kut rajin boleh la buat nanti :D

has linda said...

resepi baru bagi saya. Gud sharing. jom singgah blog saya shahhaslinda.blogspot.com

Aishah Ahmad said...

Wah...MG yg otai dlm masak memasak pun bole kering idea,apatah lagi AA yg x berapa handal ni.nasib baik ada blog resipi mcm blog MG ni.senang skit nk tiru.hihi

Siti Rasyidah Razali said...

good sharing. pasni klu dah xde odea nk msk leh cuba terung msk tempra ni plak =)

aji nugraha said...


I really liked this story interesting website and increase knowledge for me . is there Obat Stroke The world 's most powerful

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.