BEN ASHAARI

Wednesday, October 8, 2014

LEMAK PUCUK UBI LADA HITAM..

rsz_gulai_pucuk_ubi_lada_hitam
Hari ni che mat masak lemak pucuk ubi. Ehh, lupa pulak, assalammualaikum, salam Rabu....Baru boleh sambung bercerita. Plan masak lemak pucuk ubi datang dari bonda che mat. Biasalah, i tukang masak jeerr, janji bahan2 mentah ada, semua boleh, takde masalah. Maka petang semalam dapatlah stok pucuk ubi. Kali ni guna pucuk ubi hijau. Seperti che mat selalu cerita, pucuk ubi biasanya dipetik pada tingkat ke 3 daun bermula dari pucuknya, tapi bergantung juga pada keadaan pokok ubi. Kalau jenis subur dan pokok gemuk2, dah tentu pucuk ubinya lembut dan segar. Kalau pokok kurus keding, pucuk ubinya tidak lah sesubur mana. Ada juga yang buang bahagian pucuk ubi sebagai petua mengelakkan sakit pening kepala...wallah hu alam...

rsz_gulai_pucuk_ubi_lada_hitam1
Pesan bonda lagi, masak kali ni taruk lada hitam. Resipi lemak pucuk ubi lada hitam ini asalnya dari sedara tua che mat yang memang pakai memasak lauk pauk orang Johor. Dan dia pernah masak lemak pucuk ubi style macam ni dulu. Untuk rencahnya che mat guna udang kering. Kalau nak ganti ikan bilis pun sedap juga. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk dapat kuah lemak yang cantik. Jangan banyak sangat, cuma nak kaler kuning air saja, bukan kuning pekat sangat. Seperti biasa, ada menu macam ni, sambal belacan dan ikan masin @ ikan goreng jangan dilupakan.....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk ubi
3 batang serai, dititik
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris halus
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 biji cili merah, hiris
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
1 camca teh lada hitam, tumbuk hancur
3/4 camca teh serbuk kunyit
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya. Rebus hingga 1/2 lembut, toskan dan perah sedikit (toskan dalam tapis dan tekan2 pucuk ubi tadi dengan belakang senduk). Kemudian potong kecik pucuk ubi rebus tadi. Ketepikan.
  2. Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk bersama serai titik, bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), serbuk kunyit dan lada hitam tumbuk. Kacau dan masak hingga pucuk ubi lembut.
  3. Tuang pati santan dan masukkan cili merah hiris, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga mendidih dengan api kecil sambil dikacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangka bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin.

3 comments:

Kakzakie said...

Kakak kalau nak makan sayur pucuk ubi bila balik kg. Beli kat pasar malam tu dah tua-tua dia jual CM..

Lain kali kakak cuba cara ini. Bubuh lada hitam - nampak sedap ni.

Mat Gebu said...

@ Kak Zakie - betol tu kak...kalau kat pasar malam tu daun ubi...keras...ni petik kat kebun..

Senandung Hatiku said...

Mmm..kalau balik kg mesti petik pucuk ubi bawa pulang.maklumlah..kat bndr ni beli daunnya..bkn pucuknya..besssttt sgt!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.