BEN ASHAARI

Tuesday, October 7, 2014

KACANG PANJANG GORENG TAUCO..

rsz_kacang_tumis_tauco
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni the malas masak day untuk che mat. Tapi sebenarnya masak juga. Masak nasi dan kacang panjang goreng sama tauco. Kacang panjang ni petik kat tepi dapur, bonda che mat tanam. Biasalah bonda memang rajin, pantang pasu kosong dia tanam, tu pasal che mat pun rajin, asal pasu kosong aje tumbuh rumput...err...tu rajin ke tak rajin eks?...Kata bonda, kalau ada tanam sayur sikit2, masa nak guna takde lah kelang kabut, sekurang2nya dapat juga lah membantu. Tadi petik dalam 13 tangkai, banyak juga tu. Kacang baru petik terus dimasak, lain rasanya. Satu lagi kalau tanam sendiri, ia bebas dari racun perosak. Kacang panjang goreng tauco menjadi kegemaran Bak dan che mat juga. Makan sama bubur nasi pun enak. Masaknya mudah dan anda ada dua pilihan, samada nak masakan sedikit berkuah tau tidak. Kalau nak makan sama bubur nasi, elok yang berkuah. Ok, kita semak resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
13 tangkai kacang panjang atau secukupnya
1 biji bawang besar, hiris
1 camca besar tauco
1 camca teh sos tiram
Air secukupnya 

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 camca besar ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang panjang dikerat pendek (che mat patah2kan dengan tangan aje). Cuci dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak masak. Masukkan bahan2 tumbuk hancur dan masak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos tiram dan tauco. Tambah sedikit air, kacau dan masak sekejap.
  2. Tambah hirisan bawang besar dan kacang panjang. Gaul rata dan masak hingga kacang lembut, tapi tidak lembik. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit garam. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi atau bubur.


4 comments:

Suzlin Azreena Nordin said...

o simple ni. esok blh masak.

Misz-ella Ismail said...

esok nak try

HaziziYusof said...
This comment has been removed by the author.
HaziziYusof said...

Dah salin resepi..tauco ni favoret den niii... hehehe :).
kelapangan singgah ke blog kami yer..pasti anda sukakanya,,

http://izzium2u.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.