AYAM 'LOR' - RESIPI NYONYA PERANAKAN..

rsz_lor_chicken
Assalammualaikum, pernah dengan 'Lor Chicken' atau ayam lor?..Sebenarnya ia satu resipi orang peranakan baba nyonya yang begitu unik. Kalau diperhatikan masakan ini seakan2 masak kicap, tapi teknik memasaknya tak sama walaupun memang ada penggunaan kicap. Satu lagi ayam lor  seakan2 sticky caramel chicken. Pekat dan melekat kicap2 tadi pada ayam. Ada penggunaan sejenis rempah yang kerap digunakan oleh orang2 cina, iaitu rempah lima atau five spices powder. Anda boleh beli rempah lima di pasar2 raya seperti Tesco dan sebagainya. Apa yang menarik sangat 'ayam lor' ini?..

rsz_lor_chiciken1
Yang menariknya, cara memasaknya amat2 berbeza dan unik. Che mat pun pertama kali cuba masak dan hasilnya amat2 memuaskan. Kanak2 pun suka. Kalau anda nak gantikan ayam dengan daging pun boleh.Guna daging korban yang anda dapat tempoh hari. Tapi kena lah rebus dulu daging tu, kecuali daging batang pinang. Bahan2 untuk memasak ayam lor juga tidak berapa banyak. Terima kasih pada pemberi resipi asal Chef Florence Tan. Kalau ikut resipi asal guna seekor ayam, tapi che mat guna kurang lebih 600 gram sahaja. Resipi seperti berikut...anda boleh cuba nanti yea...Jommm!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
3 camca besar gula pasir
3 camca besar minyak masak
2 camca besar kicap pekat JALEN
3 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar sos cili JALEN
1/2 camca teh serbuk rempah lima (five spice powder)
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang putih, diketuk sedikit

BAHAN-BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan minyak ke dalam kuali, guna api kecil. Masukkan gula pasir dan biar gula cair dan bertukar menjadi perang, tapi pastikan jangan sampai hangus, biar kuning keemasan saja. Berhati2 masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bawang putih. Kacau rata.
  2. Masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan cili sos. Kacau rata dan tambah rempah lima. Masak sekejap dan tuang air. Kacau hingga rata dan biar mendidih. Masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
  3. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil sebagai hiasan sebelum dihidangkan...Selamat mencuba!!

Post a Comment

7 Comments

  1. @rabiatul adawiyah - rempah 5 tu kalau takde boleh ganti dengan lada sulah...tapi kalau dapat ada lah yea.ehemmm...

    ReplyDelete
  2. uwahhhh.. kecur ayaq liur... insyaAllah akan dicuba nanti..doakan menjadi ye.. :)

    Singgah + follow sini..
    Jom ke http://aienlieyrusli.blogspot.com/2014/10/encik-idham-cik-myra-part-5.html

    ReplyDelete
  3. Wah! Nampak sedapp! InsyaAllah nnti nak try juga. Tq for sharing!

    Jemput blogwalking www.bondasihat.com

    ReplyDelete
  4. Lor.. barulah kakak tahu sebab resepi nikakak tak pernah masak pun, tapi seakan-akan masak semur jugalah CM kan, cuma dia pekat..

    ReplyDelete
  5. owh...sedapnya...nak try nanti..jom jadi follower blog saya http://wanynornid.blogspot.com/..nak bg giveaway la pada follower yang bertuah

    ReplyDelete
  6. Saya memang suka ayam yang masak taruk kicap

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.