ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG 2 DAERAH

rsz_asam_ikan_sembilang1
Assalammualaikum, salam semua. Rasa macam tak sempat nak update blog, tapi curi2 masak sikit sambil duduk minom kopi O. Hari ni atas permintaan che mat masak asam pedas ikan sembilang. Kalau tengok tajuk entri sikit punya misteri, siap ada 2 daerah lagi. Serius mencabar cari ikan sebilang ni, tu pun dapat seekor saja, alhamdulillah, lepas gak kempunan tuan yang mengidam ikan sembilang ni (siapa lagi kalau bukan Bak). Seawal pagi semalam kita orang dah keluar ke Rengit, tapi malangnya takde kelibat ikan sembilang. Selalunya kalau kat sana, che mat suka ikan sembilang yang masih hidup walaupun harga agak mahal. Satu lagi ikan sembilang tempatan tak sama harga dengan ikan sembilang import (Indonesia mari punya) dan isi ikan pun banyak beza. Yang tempatan lagi sedap dan harga mahal sikit.

rsz_asam_ikan_sembilang
Bila takde ikan sembilang di Rengit, kita orang terus ke Batu Pahat pulak, ke pasar dan kelibat ikan sembilang masih tak muncul, kata sorang makcik tu, sekarang ni tak musim ikan sembilang, tu yang payah nak jumpa. Kemudian terus ke satu tempat ni (ishh tak ingat pulak nama dia, tapi masih dalam daerah Batu Pahat, kira macam pangkalan tempat nelayan naik dan memang ada jual ikan segar). Che mat pun pi lah tengok kot2 ada ikan sembilang, bila tanya kat tauke ikan tu, dia kata betul2 ada seekor saja, tapi yang dapat malam tadi punya. Dari takde, che mat pun beli lah juga. Ok, terus ke Parit Jawa, Muar...ni antara pasar feberet che mat. Dan kot2 kalau ada, boleh tambah seekor lagi, tapi seperti dijangka, ikan sembilang merajuk hari tu...Apa2 pun syukur sangat2 sebab dapat juga seekor. Dan dengan rasminya ikan sembilang telah ku masak asam pedas ikan sembilang 2 daerah sempena pencariannya dari Daerah Batu Pahat hingga ke Daerah Muar....begitulah kesahnyaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan sembilang (kurang lebih 400+ gram)
1/2 biji nenas madu
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
3/4 camca teh pes asam jawa
1/2 inci halia, diketuk
15 biji halba
1/2 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang dipotong pada 5 atau 6 bahagian, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, cuci kembali dan toskan. Nenas dibelah 4 dan hiris serong sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 6 camca besar). Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan halba dan kacau rata. Tambah cili kisar dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata.
  3. Masukkan nenas dan daun kesom, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (kurang lebih 800 ml). Kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan sembilang, bunga kantan dan kiub ikan bilis, kacau perlahan dan biar hingga ikan masak, tambah air jika perlu.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

Post a Comment

8 Comments

  1. sib baik juga br mkn ikan ni. hb memancing. goreng kuyit garam jek. pasar parit jawa juga kegemaran arwah ayahanda sy...kat situ ikan2 best. suka ikan mayong yg byk telur tu.

    ReplyDelete
  2. baru duk buat sembilang jugak tapi masak lemak., blh cuba ni yg dua daerah punya..haha . kalau sini K.Langat n Ulu Langat.

    ReplyDelete
  3. Salam, Che Mat.. Kak Sari ni tahu makannnnn jer. Baru tahu ikan sembilang pun ada yang import. Mula Kak Sari ingat, sampai Pt Jawa tu dapat lagi sekor sembilang.. tu yg jadik dua daerah.. hehehe. Pengkalan ikan tu yg kat Pt Betak depan simpang Pt Raja tu ke?? Husbnd Kak Sari pun rajin menjelajah cari ikan sampai Pt Jawa.. tapi kalau dekat Smpg Renggam tu ok jugak Che Mat..

    ReplyDelete
  4. masya ALLah sedapnya..balik nie nak kene asah skill memasak balik..sb dh lama tinggal dapur sejak ada baby nie..salam kenal dr saya ;)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah...sedapnya. Saya suka makan asam pedas tp memang x reti buat. malu pula dengan Che Mat. Dh belajar dgn mak & en.suami tp x juga menjadi...tak tau mana silapnya.

    tp kena belajar juga ni....x boleh jadi.

    ReplyDelete
  6. Che mat cari kt Teluk Bakung ke....sbb mak sy mmg suka beli ikn kt situ....lbh fresh.....

    ReplyDelete
  7. Perghhhh tak pernah try lagi ni PCM.. leh lah mencuba lepas ni... Sedapnyaaaaaaa..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.