BEN ASHAARI

Sunday, August 10, 2014

LAKSA JOHORE...PENUTUP MAJLIS...

rsz_laxsa_johore

Assalammualaikum, dalam sejarah che mat berblog, ini pertama kali bercuti selama 2 minggu.Bukan tak masak, bukan tak sihat atau bukan malas, cuma masa amat2 tidak mengizinkan che mat untuk mengadap laptop, nak pegang kamera pun tak sempat. Kena pulak hari raya, tak perlu cerita lah...hampir sepanjang 2 minggu itu hanya 1-2 hari saja yang takde tetamu. Hari2 lain tu, ada saja tetamu...alhamdulillah. Semalam che mat menerima kedatangan Ben Ashaari serta sahabat2 dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Dan che mat sempat masak lah yang ala kadar saja. Menu utama Laksa Johore, lepas tu ada lah juga buat nasi ayam, kek ala tiramisu dan fruit tart serta cheese tart...yang dua ni che mat order dari orang sekampung yang memang berniaga cheese tart dan fruit tart...err tu aje lah yang mampu diadakan...biasalah lone ranger, bikin setakat yang termampu...

rsz_laxsa_johore1
Sebelum ni pun memang che mat dah pernah buat laksa Johor. Kalau anda perhatikan, hanya laksa Johor yang mengguna spaghetti sebagai 'mi laksa'. Ini mungkin pengaruh dari negara Barat, namun tetap ada ciri2 kemelayuan. Dalam kuah laksa Johor, ada 4 bahan utama yang memberi rasa dan kelainan. Isi ikan, samada ikan kembong, ikan selayang/ikan sardine atau ikan tenggiri. Kalau yang asli atau authentic, orang Johor guna ikan parang. Udang basah, udang kering dan isi ikan masin kurau. Semuanya dikisar halus untuk kuah laksa Johor. Ulam2mannya biasa saja, yang penting harus ada daun selasih, bunga kantan dan daun kesom. Kerisik dan santan antara bahan2 penyedap...ok kalau nak mencuba, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA JOHOR :-)
1 kg ikan ikan kembong @ ikan selayang
250 gram isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 camca besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 camca besar kerisik
1/2 inci lengkuas, dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Kacang panjang, dihiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun selasih, hiris halus
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal belacan
Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan, gaul dengan sedikit minyak makan, kemudian  di "chap" (dibuat sanggul)
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :- Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil, kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
  3. Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  4. UNTUK LAKSA JOHOR :- Ambil secukupnya spaghetti yang telah di chap tadi ke dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan2 ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Kulit udang tadi dikisar dengan air rebusan dan tapis, begitu juga dengan tulang2 ikan, kisar halus dan tapis. Untuk sambal belacan , che mat tumbuk 5 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi... Selamat mencuba!!..

9 comments:

careno said...

Mmg sedap la che mat... smpai teringat2 bla dah balik KL smlm... huhuhu

Kak Rose said...

Mat!!!! terasa sangat nak makan laksa johor...kecur air liur tengok! lama dah tak buat nih.

ikan pulak mahal macam emas dah sekarang... gamaknya kena tunggu lepas raya baru dapat buat kot!

Rabiatul Adawiyah said...

Memang sedap! Ruby dah rasa Laksa Johor air tangan Che Mat. :)

-ruby.my-

Ct NoArizah Aris said...

Slmt hr raya lah cik mat yaa...kosong kosong :))

Sy Nk terus terang ni sy adalah org Yg tak suka mkn laksa tapiiiiii sy suka laksa johor Sahaja sebabnya ia mengunakan mee spaghetti tu klau mee laksa Yg Putih gemuk tu Kompom tak tertolan Kat tokak den ni.
Rugilah saya x dapek mkn laksa spaghetti org sedenak :(

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

lama ku nanti entry darimu Che Mat...

Che Mat, di sini Kak Sari menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara ketika mengomen ya Che Mat. Selamat hari raya buat Che Mat sekeluarga, semoga sentiasa di dalam rahmat-Nya.

Lily Erliyani said...

terliur tgok sambal belacan atas laksa ...

Zaidawati Ismail said...

Encik Mat, kagum betul, tu kata ringkas, kalau saya dapat masak laksa pun dah syukur tak cekap nak masak macam En Mat

musa nora said...

cik mat braya hbis ye..tiap2 hri bukak dts tgu entri trbru che mat..slmt hri raya..n halalkn smua resepi yg sya ambk dr dpur che mat ye..tq so much

Aishah Ahmad said...

Mengancamnya laksa Johor dia.wajib masukkan dlm senarai menu jamuan raya ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.