BEN ASHAARI

Sunday, August 24, 2014

GULAI KETAM GAYA JOHOR..

rsz_gulaiii_ketam
Assalammualaikum, cuaca mendung dan hunjan kat sini...dingin dan nyaman saja. Entri hari ni che mat masukkan gulai ketam gaya Johor. Alaa, jangan lah risau sangat, ni gulai biasa2 saja, sama macam masak lemak yang anda masak, tapi yang ni che mat masak. Ketam bunga yang che mat guna ni bersaiz besar juga, 4 ekor saja dah 1 kg lebih. Yang penting ketam segar dan isinya padat. Kata orang nak isi ketam yang padat, kena beli masa bulan gelap, dan pilih yang berat. Sebab saiz ketam ni besar, che mat kerat dua setiap seekor. Ketuk sedikit penyepitnya biar retak, ini bertujuan untuk memudahkan isi ketam dikeluarkan. Che mat gandingkan dengan timun. Mencampurkan timun sudah menjadi kebiasaan kami bila masak gulai ketam atau udang. Boleh juga digantikan dengan belimbing buluh atau pucuk ubi. Ok jomm kita masak ketam...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ketam bunga saiz XXL (kurang lebih 1.3 kg)
1 biji timun saiz besar
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
500 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
15 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, kemudian kerat 2 setiap 1, cuci bersihkan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Kacau dan masak hingga mendidih. Sementara itu, kupas kulit timun, kerat 3, kemudian kerat 4 untuk setiap keratan. Buang empulurnya dan ketepikan.
  2. Tuang santan cair ke dalam periuk, kacau dan biar mendidih. Tambah air jika perlu. Masukkan timun, tambah daun kunyit dan masak sekejap. Tuang pati santan dan masak dengan api kecil hingga timun lembut tapi tidak lembik. Kacau sentiasa.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar dan sambal belacan.

5 comments:

Salamiah Hassan said...

Saya nak ucapkan terimakasih kat Cik Mat unt resepi cream puffs,resepinya ringkas dan menjadi,rasanya memang awesome,sekarang saya memang follow blog Cik mat nak tengok resepi apa cik mat masak hari2.

Mat Gebu said...

@Salamiah Hassan - terima kasih puan...

Nazlee Ismail PCL said...

Dulu sy ingatkan masa bulan penuh..isi ketam pon penuh...ahh silap ea cik mat. Salam dari #kelabbloggerbenashaari

TunSha Ayunie said...

sha darah johor pun tak tahu gulai versi johor... letak timun ek?? boleh try ni pakmat....huhu

zana baijurie said...

betul ke ni respi org johor? sbb sy pn org johor (JB), setahu sy org johor tak pandai letak timun dalam masakan. Yg selalu letak timun dalam masakan org kelantan n Terengganu. Sbb sy pernah kaje di Kelantan, juga Trengganu, untuk jangkamasa yang bertahun-tahun.Selalunya org johor suka letak nenas n rasenya belacan tu tak perlu kot.Sy pnh masak masakan gulai ikan tongkol di rumah sy di JB, adik beradik sy jadi hiran bila sy masukkan timun. So sy btahu itulah kelainan masakan Kelantan n Terengganu.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.