YANG MASAM BERAROMA - TOMYAM AYAM

rsz_tom_hayam
Assalammualaikum, salam semua. Macam mana puasa anda..ok?...Che mat rasa tahun ni sedikit mencabar, awal puasa dah batuk, tapi masih terkawal. Ni dah makin ok. Lepas tu cuaca pulak tak menentu, apa2 pun syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan menjalankan ibadah puasa. Ntah kenapa semalam, che mat teringin sangat nak makan tom hayam...apa tu?...Haha, tomyam ayam lahh!!. Petang semalam che mat keluarkan lah sekeping peha ayam bersaiz besar, nak masak sikit saja untuk makan masa berbuka. Lagi pun kat rumah che mat tak semua orang suka makan tomyam. Semua barang dah ada, korek2 peti sejuk..pes tomyam habis, kiub tomyam pun takde juga, tapi ada bebola lobster jenama "Mushroom"..Takpe2, sabar...ok, kita on-line tepi sinki dapur, minta bantuan atuk 'google', Maka tersenarailah resipi pes tomyam homemade, yess, idok leer susah mana, dan bahan2 mentah semua ada. Jom kita buat pes tomyam dulu, kendian baru buat tom hayam untuk berbuka puasa. Resipi pes tomyam che mat dapat dari blog blogger masak yang hebat, iaitu blog Azie Kitchen..terima kasih kak....Jomm lihat resipi...

BAHAN UNTUK PES TOMYAM :-)
7 biji bawang merah kecil*
1/2 biji bawang besar*
3 biji cili merah*
10 tangkai cili kering, kerat, buang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan*
1 inci lengkuas*
4 helai daun limau purut*
1 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus)
Jus asam jawa (che mat guna 1 camca besar pes asam jawa)
Gula dan garam

BAHAN BAHAN TOMYAM AYAM :-)
1 keping peha ayam bersaiz besar, dipotong kecil, cuci dan toskan
6 biji bebola lobster jenama "Mushroom"
2 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, belah 6
2 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
4 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akar2nya
1 biji tomato, potong 4
Sedikit bunga kubis
1 batang saleri, potong kecil
1/2 batang lobak merah, hiris serong
3 batang putik jagung, kerat 2 setiap 1
Sedikit cendawan
6 biji cili padi, diketuk
1 biji limau nipis, perah jusnya
4 camca besar penuh pes tomyam
Sos ikan secukup rasa
Air secukupnya (che mat guna air rebusan tulang lembu)
Sedikit daun ketumbar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES TOMYAM :- Panaskan minyak (kurang lebih 1/2 cawan), tumis bahan bertanda (*) yang telah dikisar halus. Masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan masak lagi hingga naik minyak. Boleh matikan api. Biar sejuk, isi dalam botol bersih dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..
  2. UNTUK TOMYAM AYAM :- Masukkan air secukupnya dalam periuk (kurang lebih 1500 ml).Tambah serai titik, lengkuas, bawang putih, bawang besar dan pes tomyam. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan ayam, bebola lobster, lobak merah, bunga kobis dan saleri. Masak sekejap dan tambah cili padi, daun limau purut. putik jagung daun ketumbar.
  3. Kemudian tambah cendawan, jus limau nipis dan sos ikan secukup rasa. Masak hingg ayam empuk dan sayur2 yang keras tadi lembut sedikit. Tambah tomato dan matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar semasa menghidang. Sedap dimakan panas....ehemmm..

Post a Comment

7 Comments

  1. tak tahu kenapa.. asal sebut tomyam mesti kecur... asal sebut tomyam mesti kecur.. dah lama tak makan kot dan tak rajin nak masak tomyam. Walaupun orang kata mudah, tapi banyak kerenahnya, banyak bahan nak kena potong kicik2.. hihi..

    Che Mat, kalau masih lom baik batuk, pegi 7Eleven, beli strepsil khas utk batuk. Dalam kotak kaler purple. Harga dlm RM12++. Dia bukan mcm strepsil biasa tu, tapi bentuk lozeng juga. cuma cara bungkus tu macam panadol tu. InsyaAllah, mudah reda batuk kita.

    ReplyDelete
  2. mak saya punya petua setelah tak baik berbulan2..guna pati delima gulsan campur dengan air..amalkan..inshaaAllah..

    ReplyDelete
  3. Tidak, tidak, tidak..terliur sudah...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Dah bay dh aroma tomyam ni

    ReplyDelete
  5. Sedap, thank you for sharing this!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.