BEN ASHAARI

Monday, July 14, 2014

MASAK LEMAK KETAM SAMA PERIA KAMBAS..

rsz_ketam_lemak_peria_kambas1
Assalammualaikum, dah siap masak?...Untuk berbuka hari ni che mat masak lemak ketam sama peria kanbas. Mula2 nak letak timun, tapi disaat akhir plan berubah. Ok, kita letak peria kambas. Che mat tak pastilah ketam ni berapa berat dia, tapi saiz dia sederhana (tengok aje lah penyepit dia tu, keding aje) dan che mat guna dalam 6 ekor. Tapi in sha Allah isi dia padat sebab ketam yang che mat guna ni berat. Peria kambas saiz kecil. Rendam dulu peria dalam air garam 15 minit untuk mengurangkan rasa pahit. Tapikan, sekarang ni peria kambas pun dah melalui proses hybrid, sebab dah tak sepahit dulu. Kalau suka pedas boleh guna cili padi. Che mat letak juga cili padi dalam 6 biji dan 1 biji cili merah. Nanti kalau pedas susah pulak Bak nak makan. Kalau kita orang...pedas pun ok jee. Resipi memang senang (tapi nak lagi senang resipi yang ini), meh sini che mat kongsikan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ketam bunga saiz sederhana
1 biji peria kambas, saiz sederhana
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis (optional)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah, buang bijinya
6 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersih dan kerat kaki2 kecilnya. Cuci dan toskan. Peria kambas dibelah 2, buang bijinya, potong sederhana tebal dan rendam dalam air garam selama 15 minit, dan toskan. Masuk ketam ke dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna.
  2. Tuang santan cair, masukkan asam gelugor dan biar mendidih. Tambah peria kambas dan masak hingga peria lembut. Tuang pati santan, masukkan kiub pati ikan bilis (jika suka), perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar dan sambal belacan.....ehemmm..


5 comments:

maszmadi muhamad said...

sedapnyer ketam..... teringin nak masak tapi bila sampai kedai, yang dicapai tetap ayam, ketam tu macam jauh je tangan ni nak capai... huhu

adda syuhada said...

Assalam... Saya suka sgt ketam masak lemak nih. Sedap jer klu dpt meratah

wa said...

Sedapnyaaaaa...dah lama jugak tak masak ketam ni..sedap ye ketam campur dgnperia? nanti bleh try..

Sis Lin said...

Mat..nak tanya juga, masak dengan peria tu, kuahnya jadi pahit tak?

Arezee said...

arini masak lemak ketam pastu baru teringat tgk blog che mat... x tau pon leh letak peria.. nxt time nk letak lah sbb peria fav suami dan anak2.. apa2 pun mekasih Che Mat.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.