BEN ASHAARI

Sunday, July 13, 2014

KERABU MANGGA SOTONG KEMBANG..

rsz_kerbu_mangga_sotong

Mengidam kerabu mangga semalam, kebetulan abang long che mat balik dari KL tempoh hari, dia bawa sama mangga yang masih mengkal. Rezeki lah kan namanya. Jadi semalam petang, che mat merajinkan diri bikin kerabu mangga campur sotong kembang. Che mat suka sotong kembang sebab ia kenyal2 dan bila makan rasa 'seksi' sangat. Kalau anda cari di internet, merata ada resipi kerabu mangga. Satu che mat perasan, kebanyakkan ia bernuansakan citarasa Thai, sebab penggunaan sos ikan menggantikan garam. Herba2 seperti serai, bunga kantan dan daun pudina menjadi pemangkin dalam setiap kerabu. Tapi ini terpulang pada citarasa anda, kalau tak suka pudina, tak perlu letak..

rsz_kerabu_mangga_sotong1

Selalunya kerabu agak pedas dan anda boleh sesuaikan ikut tahap kepedasan yang anda mau kan. Che mat guna cipi padi kampung hijau dan merah, dalam 10 biji (5 hijau dan 5 merah). Kalau anda guna cili padi siam, mungkin guna 2-3 biji sudah cukup. Cili dia orang pedas gileeerrr!!. Satu lagi yang penting keseimbangan rasa masam, masin dan manis. Kalau itu semua cukup, in sha Allah anda akan menghasilkan kerabu mangga yang menyelerakan. Kalau nak mencuba, che mat tuliskan resipi seperti di bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji mangga yang mengkal (isinya masih keras)
1 ekor sotong kembang, saiz sederhana
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, mayang halus*
5 biji bawang merah kecil, mayang halus*
1 kuntum bunga kantan, mayang halus*
5 biji cili padi kampung warna hijau, hiris kecil*
5 biji cili padi kampung warna merah, hiris kecil*
1 genggam kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci dan goreng garing
2 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar sos ikan atau secukup rasa
1 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas mangga, cuci dan lap kering. Kemudian disagat kasar atau dihiris memanjang halus2. Sotong kembang dihiris memanjang kecil2, cuci dan celur 1 minit. Tos dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan sotong, mangga dan semua bahan2 yang bertanda (*). Gaul rata, tambah kacang tanah, ikan bilis, gula, jus limau kasturi dan sos ikan. Gaul rata2 dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit lagi sos ikan atau secukup rasa. Hidangkan segera sebagai pembuka selera...

11 comments:

Sis Lin said...

Perghh Mat...mengancamm!
Kecik beso kecik beso je aku nengok menu ko ni mat...menggoda jiwa dn raga aku...

Mat Gebu said...

@sis Linn - buat jangan tak buat..sedap nihh...

Hans said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

Cik Aann said...

bestnye.. en.mat gebu.. ade suggestion tak utk menu yg org bujang duk sorang2 makan sorang2 ni.. saya tak nak beli kat luar..nak masak banyak2 lauk takut membazir plak..

My Favourite Supplements

Teacher Basariah said...

yang ni nmpk mcm sedap

ummu hasni said...

terlior weh bulan2 posa ni cm..hihi
vitamincintaummi.blogspot.com

Keladi Betawi said...

yumm yumm. tq cmg

Salamiah Hassan said...

Suka melawat blog ni pasal gambar2 tu cantik dan resepi pun mudah nak ikut.

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

selalu buat kerabu mangga gitu jer.. boh udang kering.. ni pestime la dalam hidup nengo kerabu mangga sotong bagai..

uiks! sedapnyerrr..

husna zahidi said...

kerabu mangga memang sedap!! tak puas makan..hehehe..

husna zahidi said...

kerabu mangga memang sedap!! tak puas makan..hehehe..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.